Satu peluang, takkan pernah berulang
Dua mata ini juga pasti terpejam
Tiga kali ucap untuk catat yang baru
Empat kupercaya kau hanya satuBukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga
•••
Semua ejen-ejen muda berkumpul di dalam bilik rawatan MATA. Mereka ingin menjenguk keadaan Ali.
Satu peluang, takkan pernah berulang
Dua mata ini juga pasti terpejam
Tiga kali ucap untuk catat yang baru
Empat kupercaya kau hanya satu"Alicia? Kau kenapa menyanyi sorang-sorang ni?" Tegur kawan-kawan rapat Ali iaitu Khai, Moon dan Iman.
Alicia hanya senyap tetapi tangannya menayangkan skrin telefonnya yang terpapar lagu Bukalah Matamu nyanyian Aisyah Aziz dan Bunga.
"Kenapa kau nya..."
Pertanyaan Moon terus dipotong oleh Khai.
"Aku rasa aku faham kenapa. Perjuangan Ali masih belum berakhir. Walaupun Ali tengah koma, dia masih boleh mendengarnya. Kira macam lagu tu untuk dia kuat dan bangkit dari koma. Apa kata kau Iman?"
Iman pula hanya mengangguk. "Hmm, betul tu. Disebabkan saya meminati bidang perubatan, saya tahu serba sedikit mengenainya. Betul apa yang Khai kata."
Alicia hanya memandang datar ke arah mereka. Dia tidak membenci sesiapa, cuma tidak biasa bergaul dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan ejen-ejen muda lain selain Ali.
Baginya, seorang ejen perlu fokus terhadap misinya. Tiada istilah berkawan dalam MATA.
"Hmm... Memang itu harapan aku."
Khai, Moon dan Iman memandang ke arah Alicia. Sebenarnya, tidak pernah mereka lihat Alicia sesedih itu selama ini.
"Dia kawan aku kat sini. Walaupun aku banyak bergaduh sebab menyampah dengan tingkah lakunya yang secara melulu... Dia tetap tak bencikan aku dan sanggup selamatkan aku walaupun aku sentiasa membenci dia sebelum ini."
Khai, Moon dan Iman terdiam mendengar kata-kata Alicia.
"Aku ejen yang sentiasa melakukan misi dengan sempurna walaupun nyawa menjadi pertaruhan..."
Alicia menghela nafas panjang.
"Tapi dia... Dia melanggar misi untuk selamatkan satu nyawa. Nyawa orang yang membenci dia."
Alicia teringat pula kenangan ketika ujian hari pertama di Akademi MATA.
"Sekali lagi dia selamatkan aku semasa ujian hari pertama di Akademi ni... Walaupun itu cuma ujian yang pada mulanya kami ingat serangan musuh.."
"Aku rasa tu mungkin dinamakan erti persahabatan... Tapi, kenapa mesti aku? Aku sentiasa sakitkan hati dan memandang rendah dia..."
Alica memandang Ali dan kemudian berkata sesuatu.
"Satu peluang takkan pernah berulang... Kerana hidup cuma sekali."
"Dua mata ini pasti terpejam... Kita pasti akan mati."
"Tiga kali ucap untuk catat yang baru... Berdoa kepada Tuhan dengan ulangan sebanyak tiga kali."
"Empat kupercaya kau hanya satu.... Aku percaya bahawa kau Tuhan yang hanya satu."
Sejurus itu, Alica terus keluar meninggalkan Ali, Khai, Moon dan Iman di bilik rawatan MATA.
Iman tersenyum kecil.
"Walaupun Alicia berbangsa Cina dan lain agama, dia memahami mesej lagu itu."
Selagi nyawa dikandung badan...
Selagi itu peluang ada untukmu.
Ingatlah...
Satu peluang takkan pernah berulang
Dua mata ini pasti terpejam...
Maka jangan dipersiakan peluang ini!
•••
YOU ARE READING
Bukalah Matamu¹ ✔️
Storie brevi(Short Story ver.) Sequel: Kita Jaga Kita Full name book Siri: Copyright (EA) Tema: Prolog Tajuk: Bukalah Matamu¹ Siri Copyright (EA) - Prolog: Bukalah Matamu¹ Sinopsis: Kau, bersinar Melangkah maju Walau gelita, tanpa hala tuju Hidup ini, hidup ini...