sofia

2.7K 245 85
                                    

fiaa kau katne
mana kau
sofiaa

Mesej itu hanya dibaca dari notification. Sofia yang baru habis solat tu cepat-cepat bersiap semula untuk ke kelas. Makeup dan tudung dia gayakan seringkas yang boleh. Mesej itu buat dia berdebar. Dia tak sabar mahu jumpa classmate crush dia tu.

Butang lif ditekan sebelum dia menerima call dari Fatin, "Fia, mana kau? Min cari."

Hati Sofia berbunga. Kenapa Min extra mengada hari ni? Sofia suka!

"Ish, kau suruh dia sabo." Sofia buat-buat jengkel.

Masuk ke kelas, kelibat Min tiada. Sofia memuncungkan bibir.

"Atin, mana Min?"

"Entah. Tadi dia memekik cari kau."

Heh. Sofia duduk di tempatnya. Apalah, dia dah excited dah. Sofia kemudian membuat keputusan untuk touch up makeup dia bagi upgrade sikit sebelum dia jumpa Min. Dia berdiri lalu keluar ke toilet. Selangkah dia keluar, satu suara menyapa, "Nak pergi mana?"

"Toilet je."

Sofia terus berjalan, tetapi dia dapat rasakan dia diikut. Kepalanya ditoleh belakang, "Kenapa ikut? Aku nak pergi toilet perempuan."

"Takpelah, aku tunggu." Min menjawab.

.

.

.

"Cantiklah eyeliner." Min memuji. Wah, tak sia sia Sofia touch up. Dapatlah pujian sikit.

"Best ke pergi site visit?" Sofia menukar topik.

"Tak best sebab takde kau."

Eleh. Dasar sweet talker.

"Dahlah. Jom masuk kelas."

"Ala, sabarlah sekejap. Lecturer masuk kul 2:30 kan? Lagi setengah jam. Jom lepak." Min mula memberi alasan.

"Lepak katne?"

"Rooftop."

Dan kemudian mereka pun naik ke tempat larangan itu.

"Tadi waktu site visit ada banyak wildflower." Min menyeluk poket seluar dia lalu mengeluarkan beberapa kuntum bunga yang sudah lunyai. Ada ungu, ada kuning, ada putih, yang penting semua cantik.

"Ala, dah hancur." Dia merengek.

Sofia tergelak, "Apasal kau bawak balik?"

"Nak bagi kat kaulah."

Sofia tersenyum pahit. Sungguh, tak dapat dia nafikan cinta terhadap insan di depan dia ni. Tanpa berfikir panjang dia bertanya, "Kalau aku cium kau, berdosa ke?"

Terjegil mata Min. Min tergelak, "Woi, tiber je kau ni."

Sofia tergelak nervous, "Gurau je."

"Nak try ke?"

Sofia menggeleng, "Better not."

"Yeah." Min mengangguk setuju. Orang kata perkataan 'try' ni permulaan untuk ketagihan.

Kemudian mereka berdiri untuk meninggalkan tempat itu. Kelas nak start dah.

Dorang suka sama suka. Tapi satu kelas anggap itu jenaka semata-mata. Kalaulah rakan sekelas mereka tahu tentang perasaan mereka sebenar-benarnya, mungkin mereka akan dipandang serong.

Sebab apa? Sebab nama penuh Min bukanlah Azmin mahupun Amin. Bukan juga Muhaimin atau Hakimin.

Nama penuhnya ialah Yasmin. Yasmin dan Sofia kongsi satu rahsia besar; cinta mereka yang haram.

Bila suka kat classmate ni susah. Susah nak move on. Mereka berdua hanya mengharapkan masing-masing didatangi seorang lelaki, supaya dapat mereka tanam perasaan terlarang mereka.

🍓

surprise surprise

inspired by lagu clairo - sofia

Darling Where stories live. Discover now