brother's friend

4.6K 537 111
                                    

Tipulah kalau korang ada abang, tapi tak pernah tersuka kat kawan dia.

Hanani seorang pemalu, berbeza dari abangnya yang peramah dan mempunyai ramai kawan. Selalu saja abang dia ajak kawan-kawan datang rumah.

Dalam ramai-ramai kawan abang dia tu, ada seorang saja yang Hanani perhatikan.

Lelaki bernama Ariff yang bermata sepet. Baik je tengok dia. Dia ini termasuk dalam jenis-jenis lelaki yang sedap mata memandang. Senyuman dia manis bagai madu. Kulit cerah macam setiap malam solat tahajud. Kopiah selalu di kepala, budak surau katakan. Sama seperti abang Hanani.

Tapi jangan terpedaya dengan rupa dia yang bagai malaikat tu. Perangai dia pun lebih kurang macam abang Hanani. Cuma lembut sikit. Sikit je.

Satu hari Hanani sedang mencuci pinggan. Selesai kerja dia, dia keluar dapur dan ternampak entiti yang dia tak familiar sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu.

Mata Hanani dan entiti itu terserempak dan dibiarkan bertemu buat beberapa saat. Tiada perkataan dikeluarkan, hanya kesepian yang tegang antara dua makhluk itu.

"Ma... MAMAAAAAAAAAAAA!!!" Hanani menjerit sekuat mungkin. Menjerit sebab dia tak pakai tudung tapi ada stranger dalam rumah.

Ariff terkejut dengar dia menjerit lalu dia terus mengalihkan pandangan dia dari Hanani.

"Sorry, sorry! Sorry weh!" Ariff meminta maaf sambil menutup muka dia dengan tangan. Yalah, nak respect aurat Hanani yang sempurna ditutup di luar.

Abang Hanani tergesa-gesa turun, "Weh, apa jadi?" Tapi dia terus faham apabila nampak Hanani dan Ariff yang tidak pandang antara satu sama lain.

"Nani, sorry do. Aku tak tahu pulak kau ada kat dapur." Abang Hanani, Hilmi pula mintak maaf kat Hanani.

"Gi mampus ah kau." Hanani lari lalu naik ke bilik. Dia rasa nak nangis je. Rasa macam maruah jatuh, walaupun Ariff tu orang yang dia suka. Penat-penat dia jaga aurat kat luar, tapi terdedah camtu je? Lagi teruk, dia pakai baju tidur dia yang lusuh. Rosak betul imej depan crush.

Selepas beberapa bulan, Hilmi ajak Ariff datang rumah lagi. Lama betul dia tak datang rumah. Mesti dia malu lagi.

"Erm, Nani." Tiba-tiba Ariff menegur Hanani. Punyalah sebelum ni tak pernah bersapa langsung, baru sekarang nak bertegur selepas insiden memalukan terjadi. Sudahlah dalam ramai-ramai orang, dia inilah yang Hanani paling tak nak cakap.

"Sorry, Nani. Kau... Kau nak aku bertanggungjawab ke?" Dia tanya Hanani.

Hah, apa maksud dia?

"Bertanggungjawab?"

"Ye, bila waktunya sampai, aku kah.. Em, kahwin dengan kau. Tapi... Tu kalau kau nak..."

Jantung Hanani berdegup laju. Kahwin? OMG Hanani mahu saja cakap 'YES PLEASE!' tapi ditahan.

"Takdelah sampai camtu weh. Bukannya kau sengaja pun nampak aku dalam keadaan camtu." Hanani menjawab dengan susah hati.

Tu baru nampak rambut. Kalau nampak badan tu lain ceritalah.

Ariff mengangguk. Kedua-dua makhluk tu rasa malu yang amat. Selepas tu mereka tak bercakap langsung.

🌸

Beberapa tahun kemudian

"Adik ipar, apa khabar?" Hilmi menyalam Ariff selepas majlis akad nikah berlalu.

Ariff tersipu malu. Dalam tangan kirinya, tergenggam tangan seorang isteri bernama Hanani.

Darling Where stories live. Discover now