"Sedap gila cookies ni." Kata Irsyad selamba sambil terus menjamu cookies dalam balang. Kalau ni rumah dia, dah lama dia habiskan cookies tu. Tapi sekarang dia berada di rumah kawannya jadi kenalah control sikit.
"Adik aku buat." Rakannya Aidan menjawab.
"Oh, adik perempuan kau, eh? Apa nama dia? Amalia?"
Aidan mengangguk.
Waktu itu Irsyad darjah 6, dan Amalia rasanya darjah 3 kot?
"Weh, dia bukan darjah 3 ke?! Pandai gila dia buat." Irsyad sendiri terkejut lepas buat pengiraan tadi.
"Hobi." Sepatah Aidan menjawab. Malas mahu melayan kawan sendiri.
Setiapkali Irsyad datang ke rumah Aidan, jarang dia mahu jumpa adik beradik perempuan dia sebab, yelah, dorang malas nak pakai tudung dalam rumah.
Sekali sekala je Irsyad pernah nampak si gadis yang telah memikat perutnya itu. Sehinggalah dia form 4 dan Amalia masuk sekolah sama dengannya sebagai pelajar form 1, barulah Irsyad sedar, cute jugak adik Aidan ni.
"Weh, tengok tu. Amirah lepak dengan adik-adik kau." Irsyad memberitahu Aidan sambil melihat dari jauh 3 manusia sedang duduk bersama-sama di kantin selepas habis waktu sekolah. Siapa Amirah? Pendek cerita, dia die-hard fan Aidan.
"Jom, lepak sekali. Kita buat family reunion." Irsyad mengajak. Tapi sebenarnya dia nak duduk sebelah Amalia je.
Aidan menjeling Irsyad. Siapa je nak lepak dengan adik beradik sendiri kat sekolah? Tambahan, ada peminat yang dibenci pulak tu. Tergelak Irsyad dibuatnya, "Kau taknak sudah. Aku nak join dorang. Bye." Lalu Irsyad meninggalkan sahabat baiknya.
Dia mengambil tempat duduk kosong di sebelah Amalia, "Hello, nak join boleh?"
"Mana best friend kau?" Macam biasa Amirah cari Aidan je.
"Best friend aku tak ngaku korang adik-adik dia. Jadi dia balik kelas." Selamba Irsyad menjawab sambil makan sepotong kek coklat yang ada di depan dia.
"Tapi aku bakal isteri dia." Amirah memuncungkan bibir. Semua orang di situ mencebik selepas dengar ayat tu.
Irsyad tergelak, pada masa yang sama dia kagum dengan kelazatan kek coklat tadi, "Sedapnya! Siapa buat?"
"Saya." Amalia dengan bangganya mengangkat tangan sekali dengan package senyuman riang.
Makin jatuh si Irsyad. Dia ada idea bernas dalam minda. "Jual tak? Kalau nak order boleh ke?"
"Boleh je."
Maka selepas itu setiap bulan ada saja Irsyad request macam-macam dari Amalia. Bukan kek coklat je dia minta, malah apa-apa yang dia request semua Amalia buatkan, dengan harga berpatutan. Bukan nak tunjuk yang dia ni minat kat Amalia, tapi makanan yang dibuatnya memang sedap. Amalia dah jadi macam personal baker dia dah.
Setahun lebih jugak Irsyad jadi pelanggan setia Amalia.
Satu hari Aidan beri Irsyad satu kotak kek vanila disaluti whipped cream dan dihiasi buah-buahan sempena birthday si Irsyad.
"Woi, besar bodo kek. Untuk aku ke? Kau lanje aku ke? Terharu sia." Irsyad mengelap air mata palsu.
"Adik aku buat." Aidan berkata.
Irsyad ternganga. Jantungnya berdebar. Tapi dia tak nak syok sendiri dulu, "Kau upah Amalia untuk buat kek ni, kan? Aduh, malu ah."
Aidan menjeling Irsyad. Tak faham bahasa ke? Senyuman Irsyad hilang, "Weh, adik kau buat khas untuk aku ke? Tanpa diupah?"
YOU ARE READING
Darling
Short Story🍒 your typical romance one shots. Kompilasi cerita pendek bertemakan cinta. Heavily based on my real experiences with my crushes heheh. © oddishh 2020. all rights reserved.