bonnie & clyde

1.7K 202 6
                                    

Punyalah excited unboxing scented candle yang baru beli, Dahlia baru tersedar sesuatu, dia tak ada api untuk nyalakan lilin tu.

Satu nama contact ditelefon, "Hello, Afiq. Pinjam lighter."

"Ha? I mana merokok."

"See you later." Dahlia terus menutup panggilan. Malas melayan penafian palsu si teman lelaki.

Beberapa minit kemudian Afiq sudah tiba di blok kediaman Dahlia dengan motosikal. Dahlia turun ke bawah dengan selendang express dia.

Bukan lighter saja, malah sejambak bunga ros pun Afiq bawak sekali.

"Mana you dapat bunga ni?" Tanya Dahlia.

Afiq tergelak, "Tadi I dari kafe sebelah kedai bunga tu. I nak jumpa you, I bawaklah bunga sekali."

"OK, but did you pay for it?"

"Darling, I don't pay for things."

Seusai itu satu hempukan Dahlia beri pada kepala Afiq yang disarung helmet itu, "Next time bayar. Thanks, by the way." Dia memberi Afiq flying kiss sebelum naik ke bilik semula.

Afiq yang sedang tersengih tu berkata kepada Dahlia, "Esok pergi kelas sama-sama jom."

"Yeah, I'll pick you up." Ujar Dahlia tanpa menoleh belakang.

🌹

"Muhammad Afiq?" Dr. Nor memanggil nama untuk mengisi attendance kelas. Tapi tiada sebarang sahutan.

"Nur Dahlia?" Sekali lagi, tiada sahutan.

"Dorang dating kot, madam." Seorang classmate bergurau.

"Saya tak kisahlah nak pergi dating ke nak datang kelas ke. Asalkan gaji saya dibayar." Jawab Dr. Nor dengan sarkastiknya.

Satu kelas terburai ketawa.

"Tapi, sayang eh. Dahlia tu top student. Si Afiq tu pulak..." Dr. Nor terhenti apabila pintu bilik kuliah dikuak.

"Maaf lambat, madam." Tanpa rasa sebersalah, Afiq tersenyum kepada Dr. Nor. Dahlia yang berada di belakangnya hanya mengangguk. Alasan lambat biarlah dirahsiakan. Takkanlah mereka nak jujur yang mereka lepak atas rooftop sambil menghisap rokok dan berbual sebelum ke kelas?

"OK, you may sit down. Right now I'll be announcing your assignment marks. Congrats to pairing Nur Dahlia and Muhammad Afiq, you attained the highest mark. 28 over 30." Dr. Nor mengumumkan tanpa tangguh.

Satu kelas menepuk tangan, ada selitan gurauan perli oleh seorang classmate, "Tu confirm Dahlia je buat kerja. Afiq free rider."

Satu kelas termasuk Afiq dan Dahlia ketawa, "Elok sikit." Afiq melayan gurauan itu kerana ada lecturer kat depan. Kalau tak ada lecturer, dah lama dia mencarut.

"As expected of Bonnie & Clyde, the criminal couple." Dr. Nor yang tahu tentang perihal pelajarnya memberi komen.

Afiq tersengih manakala Dahlia hanya mampu berbunga dalam hati. Walaupun gelaran itu tak patut dibanggakan, tapi mereka cukup terkenal dalam batch mereka di fakulti tersebut. Infamous. Lagi pula rupa mereka sama menawan.

Dorang berdua baru saja mulakan hubungan sejak awal sem. Entah kenapa berita tersebar sampai lecturer pun tahu. Mungkin sebab kebanyakan lecturer ni makcik bawang yang suka gosip pasal student.

Darling Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang