Bab 1
My POV
Motosikal EX5 warna merahku, aku parking di kawasan parking di blok tingkatan 4. Helmet laser merah hitam aku tanggal dan aku letakkan di atas kusyen motosikal. Sweater hitamku juga aku tanggal dan aku lipat.
Tudungku yang senget akibat memakai helmet tadi aku betulkan. Bila sudah berpuas hati, barulah aku memulakan langkah pergi meninggalkan kawasan parking itu bersama Bella. Kawan yang menumpang motosikalku.
Aku menumpangkannya kerana kami tinggal berdekatan. Jadi aku lebih senang jika kami datang bersama ke sekolah. Jadi, aku ada teman bersembang. Tak adalah aku bosan sangat bawa motor seorang diri.
"Dah ready untuk trial exam ni, Balqies?" Tanya Bella kepadaku ketika kami sama-sama berjalan menuju ke kelas. Aku menoleh ke tepi memandangnya. Senyuman aku ukir.
"Ready dah kot." Aku tersengih. "Aku pun tak tahu. Aku tak study pun semalam." Tambahku
"Kau tu, kalau tak study pun kau tetap boleh skor. Tak macam aku. Kalau tak study, pakai ke lautlah jawabnya exam aku nanti." Balas Bella. Aku hanya tersengih mendengarnya.
"Mana ada. Sama sajalah. Aku pun bukan pandai sangat. Cuma Alhamdullilahlah, aku dapat skor sem lepas. Doa tu penting. Solat jangan tinggal. InsyaAllah, Allah akan bantu kita." Bella mengangguk bila aku kata begitu.
"Dah macam ustazah dah." Kami sama-sama ketawa. "Aku naik kelas dulu." Pamitnya bila kami sampai di persimpangan tangga antara kelas kami.
Aku melambaikan tangan kepadanya yang semakin jauh naik ke kelasnya. Kelas kami berlainan. Aku budak sastera, dia pula budak ekonomi.
Bella sukakan math, sedangkan aku kalah dengan angka. Kami sudah lama berkawan. Sejak di sekolah menengah lagi sampailah sekarang. Dulu kami satu kelas. Kelas sains tulen. Bila ingat balik kenangan tahun lepas. Memang aku rasa macam nak pecah kepala."Weh. Aku nak tanya kau satu soalan." Kata Bella ketika aku, dia dan Zeera sedang buat study group matematik tambahan berhampiran pokok buluh di kawasan sekolah.
"Kau nak tanya apa?" tanya Zeera menunjukkan minat."Kau tahu tak, apa benda paling susah kat dalam dunia ni?" Aku tersengih mendengar soalan Bella.
"Nak jaga hati manusia." Jawab Bella dua saat lepas berfikir. Sekali lagi aku tersengih mendengarnya. Zeera menolak lengan aku. Geram bila aku sengihkan jawapannya.
"Hotak kau berjambul." Kutuk Bella.
"Dah tu, apa jawapan dia?" Tanya Zeera.
"Nak lulus add maths." Kami sama-sama ketawa. Memang betul. Nak lulus matapelajaran yang satu itu teramatlah susah. Kalah panjat gunung.
Teguran daripada budak-budak junior yang baru sahaja naik dari asrama menyedarkan aku kembali.
"Morning akak." Tegur mereka. Aku membalasnya dengan senyuman.
"Morning. Lambat budak asrama naik hari ni. Kenapa?" Tanyaku ramah.
"Cikgu Kamil meroyan hari ni, kak. Tu yang kami kena lepas lewat hari ni." Aku ketawa kecil bila mendengar rungutan mereka.
"Kau orang buat apa sampai dia boleh meroyan?" Saja tanya.
Buat-buat nak tahu. Sedangkan aku tahu, ni mesti kes budak-budak asrama malas naik solat subuh di surau. Tahu sangat dah."Ada budak tak naik surau subuh tadi." Jawab salah seorang daripada mereka.
Kan aku dah kata. Betul tak? Cish. Puji diri sendiri pula. Kutuk hatiku. Hahahaaa...
YOU ARE READING
Dejavu Cinta Balqies
Teen FictionGara-gara tertinggi suara dengan Erry. Lelaki itu merajuk dengannya selama beberapa bulan. Tiada lagi suara riuh rendah, usik mengusik di dalam kelas 6a7. Tetapi takdir mereka telah dirancang oleh Allah. Sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama...