My pov
Aku mengusap mataku beberapa kali. Aku kembali tidur semula selepas selesai membaca al-Quran pagi tadi. Alhamdulillah, tidurku lepas itu lena tanpa sebarang gangguan mimpi ngeri.
Pelukkan Buqhari aku rungkai perlahan. Jam penggeranya sudah berbunyi menandakan hari sudah subuh.
Azan di masjid yang berdekatan juga sudah berkumandang.
“B.. Bangun! Subuh.” Aku mengejutkan Buqhari yang masih nyenyak di sebelah.
Aku menepuk bahunya beberapa kali sebelum dia membuka mata.
“Sayang pergilah cuci muka dengan ambik wuduk dulu. Nanti kita jemaah sama. Ya sayang.” Suruh Buqhari.
Aku mengangguk lantas turun dari katil.
“Bangun tau. Jangan sambung tidur. Siap b nanti kalau sayang tengok b sambung tidur balik.” Aku memberi amaran.
Buqhari mengangguk.
“Ya sayang, b nak bangunlah ni.”
Selepas solat subuh, aku turun ke dapur meneruskan rutin harianku.
Buqhari pula mengemas kamar kami. Aku nak buat, tapi dia melarang. Jadi aku biarkan saja dia lakukan seorang diri.
Aku menyibukkan diri di dapur dengan menyediakan sarapan.
“Nak masak apa hari ni, sayang?” Soal Serina yang baru turun.Aku memaling ke belakang melihat ibu tiriku yang sudah mengambil pisau untuk menghiris bawang.
“Nak buat nasi lemak, ma. Teringin.” Balasku.“Mengidam ke sayang? Selama ni, sayang bukan suka sangat makan nasi pagi-pagi macam ni.” Tanyanya kepada anak tirinya.
“Sayang mengidam nak makan apa? Biar ibu buatkan. Tak pun, ibu carikan.” Sampuk Datin Suraya yang baru turun bersama dengan nenda.
“Dia teringin nak makan nasi lemak. Tu ha, dia dah masak pun.” balas Serina kepada besannya.
Ibu mertuaku datang menghampiriku. Perutku diusapnya.
“Cucu nenek teringin nak makan nasi lemak ya?”Aku tersenyum bila ibu mertuaku itu tiba-tiba datang bercakap dengan bayiku yang masih berada dalam rahimku.
“Seroja kalau rasa nak makan apa-apa nanti, bagitahu dengan kami ya. Jangan pendam. Kalau malu nak bagitahu kami, kamu bagitahu dengan suami kamu. Boleh dia carikan. Bila lagi kamu nak dera dia.” Ucap Datin Suraya.
“Amboi bu... Mengajar isteri Erry buat benda jahat nampak. Apa dera-dera? Isteri Erry ni, sayang Erry tau. Erry pun sayang dia. Jadi buat apa dia nak dera Erry. Kalau dia rasa nak apa-apa, dia bagitahu Erry. Dengan rela hati, Erry dapatkan. Tak payah dia nak paksa Erry.” Sampuk Buqhari yang baru sampai di ruang dapur yang sudah penuh dengan golongan ibu-ibu.Aku tersengih memandangnya.
“Masak apa tu sayang?” dipeluk pinggang isterinya dari belakang.
“B.. Malulah. Lepas.” Tegurku seraya merungkaikan pelukkan.Mereka yang berada di dapur itu tersenyum memandang kebahagian anak menantu mereka.
“Peluk sikit je pun.” Rungut Buqhari bila Balqish merungkai pelukkannya.
“Dah.” Serina menepuk bahu menantunya. “Pergi depan. Borak dengan papa dan ayah kamu. Jangan kacau kami buat kerja kat dapur. Nanti lambat pula kita makan.” Arahnya.“Alah... Tapi Erry nak duduk dengan Qish. Nak teman Qish. Memang selalu macam ni apa.” Rungut Buqhari lagi, degil.
“Budak bertuah ni. Degil pula dia.” Kutuk Datin Suraya kepada anaknya sendiri.
YOU ARE READING
Dejavu Cinta Balqies
Teen FictionGara-gara tertinggi suara dengan Erry. Lelaki itu merajuk dengannya selama beberapa bulan. Tiada lagi suara riuh rendah, usik mengusik di dalam kelas 6a7. Tetapi takdir mereka telah dirancang oleh Allah. Sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama...