My pov
Hari ini kami masuk ke dalam Vila yang disediakan arwah datukku kepadaku.
Semua kelengkapan sudah lengkap tersedia dalam rumah itu. Juga ada seorang pembantu rumah yang bernama Kembang.
Aku hanya membawa masuk buku-buku sahaja ke dalam rumah itu.
Sememang dalam vila ini sudah terdapat bajuku. Vila ini sebenarnya diduduki datuk dan nenda. Tetapi selepas datuk meninggal, nenda enggan tinggal di situ lagi.
Katanya, dia tidak betah tinggal seorang diri di situ. Jadi nenda memutuskan untuk tinggal bersama papa.
Ada juga aku ajak nenda kembali tinggal di vila itu bersama kami. Tapi dia menolak. Katanya tidak mahu mengganggu kami, pengantin baru.
Aku naik ke tingkat dua. Bilik yang disediakan khas buat aku sejak kecil lagi.Memang sejak kecil aku dibesarkan di sini. Cuma sekali sekala sahaja aku pergi ke rumah papa kalau cuti sekolah.
Tapi, lepas aku masuk ke sekolah menengah. Papa berkeras mahu menjaga aku. Jadi nenda dengan berat hati melepaskan aku kepada papa.
Aku memulas tombol pintu bilikku. Tersergam indah dengan susun atur yang masih sama seperti dahulu.
“Cantiknya.” Kagum Buqhari memandang ruang beradu mereka.
“ni bilik sayang dari dulu ke?” Tanya Buqhari.
Aku mengangguk. Aku ambil beg baju Buqhari. Aku melangkah ke arah ruang pakaian yang terletak bersebelahan bilik mandi dalam bilikku. Baju-baju Buqhari aku gantung di tempatnya.
Dalam Vila ini, akulah puteri raja. Sejak dulu, nenda dan datukku melayan aku tak ubah macam puteri.
Kerana akulah satu-satunya cucu yang mereka ada.
Aku beralih pula ke kamar mandi. Haruman lavender membuatkan aku terasa nyaman di situ. Dan aku beralih ke ruang solek.
Masih terletak kemas alat-alat solekku. Mungkin nenda sudah membeli yang baru. Tapi kebanyakkannya masih belum aku sentuh. Aku memang kurang gemar nak bermake up. Cuma kalau ada hari-hari penting sahaja aku mengenakan make-up pada wajahku. Itupun sekadar bermake up tipis. Ambil syarat sahaja.
“Besarlah bilik sayang.” Kagum Buqhari.
Sejak dari masuk ke perkarangan vila itu, Buqhari tidak habis-habis memuji keindahan Vila Dejavu.
Sejak masuk tadi, dia memuji kereta-kereta mewah yang tersusun di garaj. Kemudian beralih kepada motorsikal yang berkuasa tinggi yang menjadi kegilaan datuk sewaktu hayatnya masih ada. Masuk ke dalam vila itu, dia memuji susun atur ruang tamu yang begitu luas dengan hiasan perabot yang kelihatan elegan dan mewah.
“Jom turun. Qish rasa nak berenang la.” Ucapku seraya tersenyum memandang Buqhari.
Buqhari tercengang.
Berenang?
Tanpa diajak, Buqhari membontoti isterinya.
Mereka melintasi ruang tamu buat sekali lagi. Sebelah ruang tamu yang luas itu, terdapat pintu lain selain pintu masuk utama. Di hujung ruang tamu itu ada sebuah lagi pintu yang membawa mereka kepada sebuah taman yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Ditengah-tengah taman itu ada laluan menuju ke arah sebuah kolam renang.
Muka Buqhari kelihatan teruja. Tapi belum sempat Buqhari berkata apa-apa, aku sudah terjun ke dalam kolam itu.
Terlopong mulut Buqhari memadang Balqish sudah berenang-renang dalam kolam yang luas itu.
YOU ARE READING
Dejavu Cinta Balqies
Fiksi RemajaGara-gara tertinggi suara dengan Erry. Lelaki itu merajuk dengannya selama beberapa bulan. Tiada lagi suara riuh rendah, usik mengusik di dalam kelas 6a7. Tetapi takdir mereka telah dirancang oleh Allah. Sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama...