My pov
MUET test sudah berakhir. Maka berakhirlah tugas Sir Firman mengajar kami. Sekarang dia perlu fokus kepada junior kami pula.
Rasa rinduku padanya membuak-buak. Sudah lama tidak berborak dengannya. Dia sudah jarang ke surau untuk solat dhuha kerana kesibukan tugasnya.
Suatu hari, aku terserempak dengannya semasa aku berjalan seorang diri di komplex membeli belah.
Aku menegurnya.
“Abang dari mana?” Soalku membuka bicara.
Dia tersenyum memandangku.
“Dari kedai buku. Ada buku sikit nak beli. Qish pula?”
“Dari belakang nak ke depan.” Jawabku berloyar buruk.
Dia ketawa.
“Erry tak ikut sekali ke?” tanyanya.
“Dia ada date. Memang kami keluar sekali. Tapi dia pergi tempat lain. Tengok wayang kot. Qish malas nak kacau daun. Jom teman Qish makan.” Ajakku.
“Boleh juga.”
Kami sama-sama berjalan menuju ke MacDonald
Random pov
Buqhari dan Zeera dari tadi berjalan-jalan pusing satu mall. Akhirnya Zeera mengajaknya makan. Mungkin dah rasa lapar. Atau mungkin dah rasa penat.
Ingat tak tahu penat.
Beg-beg yang berisi barang yang dibeli Zeera dibawanya. Memang itulah tugasnya selain membayar barang yang dibeli oleh Zeera.
“Tu bukan Sir dengan Qish ke?” Tanya Zeera bila ternampak bayang guru dan temannya yang berada dalam MacDonald.Buqhari juga turut memandang ke arah yang ditunjukkan Zeera. Berapi rasa hatinya saat ini.
“Jom pergi tegur dia orang.” Ajak Zeera. Tangan Buqhari ditariknya.
“Tak payahlah kacau orang.” Halang Buqhari.
Sebenarnya dia tidak mahu Balqish nampak dia bersama Zeera sekarang. Hati isterinya juga perlu dijaga.
“Alah. Jomlah. Bukan nak pergi lama pun.” Pujuk Zeera.
“Nak pergi sana buat apa? Boleh tak jangan busy body pasal orang?” Tegurnya.
Zeera menyentak tangannya tunjuk protes. Geram dengan kekasihnya itu.
“Erry ni kan, suka cari pasal.”
“Erry yang cari pasal ke, Zeera yang sengaja mencipta hal?” Balas Buqhari Geram.
Zeera menjeling kekasihnya sambil memeluk tubuh.
“Ra pergi dulu. Ni ambil barang ni. Erry nak pergi gents kejap.” Beg-beg plastik diserahkan kepada Zeera.
Tanpa menunggu lama, Buqhari berlalu pergi dari situ.
Zeera pula malas nak tunggu lama di situ. Dia tahu Buqhari akan ikut juga kehendaknya nanti. Dia tahu benar perangai Buqhari. Walau macam mana pun dia buat perangai, Buqhari pasti akan memujuknya.
Malas menunggu di situ, dia berjalan ke arah restoran MacDonald.
Buqhari pov
Buqhari menolak kasar pintu tandas agar rasa sebalnya pada Zeera beransur hilang. Dia duduk di mangkuk tandas. Telefon dalam poket kanannya dikeluarkan dan dia menelefon Balqish.
“Sayang kat mana tu?” Tanyanya. Walhal dia sudah nampak tadi.
My pov
“Ada kat MacD. Makan dengan Sir Firman.” Jujur Balqish menjawab.
YOU ARE READING
Dejavu Cinta Balqies
Teen FictionGara-gara tertinggi suara dengan Erry. Lelaki itu merajuk dengannya selama beberapa bulan. Tiada lagi suara riuh rendah, usik mengusik di dalam kelas 6a7. Tetapi takdir mereka telah dirancang oleh Allah. Sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama...