My pov
Aku dan Buqhari sama-sama duduk di sofa yang ada di ruang tamu.
Ayah dan ibu mertuaku memandang kami.
Takut juga aku. Takut kalau-kalau aku terbuat salah dengan keluarga mertua aku tanpa sengaja.
“Ada apa ayah nak jumpa kami?” tanya Buqhari tenang.
Datuk Farhad meletakkan cawan pada piring pelapik dan diletakkan di atas meja di hadapannya.
“Macam ni Erry...” Kami masih setia menunggu ayat tergantung Datuk Farhad. “Ayah dan papa Qish dah berbincang. Kami dah sepakat...”
Dup dap, dup dap jantungku saat ini. dah kenapa ni?
Tak akan pula ayah dan papa nak kami bercerai kot? Ke papa dan ayah nak cucu cepat? heh.. minta simpanglah. Aku muda lagi. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini.
“... Kami nak kamu berdua ni belajar hidup di rumah sendiri.”
Fuh, lega hati aku bila dengar bapa mertuaku berkata begitu.
“Maksud ayah?” tanya Buqhari berpura-pura tidak faham.
“Arwah Datuk Balqish memang dah sediakan rumah untuk cucu tunggalnya ini. seroja pun mesti dah tahu kan, kat mana rumah tu?” tanyanya kepada menantu sulungnya.
Aku mengangguk kecil.
Tapi itu bukan rumah. Itu Vila. Besar mak datuk kot. Ucap hatiku.
“Kami nak kamu berdua, cuba hidup di rumah sendiri. buatlah rumah itu seperti syurga kamu berdua. Memang patut pun kamu berdua hidup sendiri. mengenai kewangan, ayah akan bantu kamu. Selagi kamu masih belajar. Dan lepas sahaja Erry tamat belajar nanti, Erry akan mula berkerja di syarikat ayah. Ambil alih tempat ayah. Begitu juga Seroja. Seroja juga ada hak dalam syarikat itu. Syarikat tu, ayah dan datuk Seroja yang bangunkan bersama. Saham kami 50% setiap orang. Jadi hak Seroja tehadap Syarikat itu memang tidak berbelah bagi. Seroja kan cucu arwah. Jadi, belajarlah rajin-rajin. Nanti ambil alih syarikat tu. Sama-samalah kamu berdua pimpin syarikat itu. Majukan Syarikat Dejavu.” Jelas Datuk Farhad panjang lebar.
“Kat mana rumah tu, sayang?” tanya Buqhari pada Balqish di sebelahnya.
“Vila Dejavu, belakang Hospital Bukit Tinggi.” Jawabku perlahan.
“Bila ayah nak kami pindah?” tanya Buqhari, kembali berpaling memandang ayahnya.
“Up to you son. Ayah ikut sahaja. Nanti kalau ayah cakap lebih-lebih, kamu cakap ayah menghalau pula.” Gurau Datuk Farhad.
“Ibu tak kisah ke kalau kami duduk rumah sendiri?” tanyaku kepada ibu mertuaku.
Datin Suraya mendekati menantu sulungnya.
“Sayang, kalau ikutkan hati ibu. Memang ibu nak sayang tinggal bersama ibu dekat sini.” Ucapnya sambil megusap kepalaku. “Tapi, sayang dah ada tanggungjawab sayang sekarang. Mulai hari ini, Seroja kena belajar menjalankan tanggungjawab seroja sebagai seorang isteri. Boleh sayang?” sambungnya.
Aku mengangguk.
“Thanks Ibu. Sayang ibu ketat-ketat.” Ucapku sambil memeluk badan ibu mertuaku.
Buqhari hanya tersenyum memandang keakraban ibu dan isterinya.
Aku dan Buqhari menapak naik ke atas. Masuk saja ke dalam bilik, aku terus duduk di kerusi tempat aku selalu duduk menjalankan tugas aku sebagai pelajar.
Buqhari mendekatiku.
“Kenapa? Berat hati ke?” tanyanya.
Aku menggeleng.
YOU ARE READING
Dejavu Cinta Balqies
Ficțiune adolescențiGara-gara tertinggi suara dengan Erry. Lelaki itu merajuk dengannya selama beberapa bulan. Tiada lagi suara riuh rendah, usik mengusik di dalam kelas 6a7. Tetapi takdir mereka telah dirancang oleh Allah. Sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama...