bab 17

38 4 0
                                    

My pov

Sebaik sahaja aku dibenarkan keluar dari wad, kedua ibu bapa kami merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran di Vila Dejavu.

“Macam mana? Qish setuju tak?” Daniel meminta persetujuan anaknya.

Muka papaku, aku pandang. Berseri wajahnya.

Aku mengangguk.

Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum Manis. Senyuman yang terukir di bibir mereka membuatkan aku rasa bahagia.

Buqhari di sisiku meramas tangan ku yang aku sandar ke sofa. Aku perhatikan dia. Diriku juga diperhatinya.

“Ya Allah, tak sabarnya nak pegang budak. Dah lama rasanya tak main dengan budak kecil.” Ucap Nendaku sedikit teruja.

“Sabarlah mak. Tak lama lagi. Tunggu, tunggu.” Sampuk Serina.

Dia memandangku. Bahuku dipaut mesra.

“Mama sayang anak mama. Jadi ibu yang baik ya. Tak mau cengeng-cengeng.” Pesan Serina.

“Mana ada Qish cengeng, ma.” Rajukku. “Kan b kan?” Soalku sambil memandang Buqhari seakan memintanya agar menyokongku.

Buqhari mengangguk kepalanya.

“Qish tak pernah buat perangai ma. Tak pernah pula Erry tengok anak mama ni cengeng.” Balasnya.

“Anak papa ni manja tau Erry. Macam mana kamu layan budak manja ni? Tak nangis ke dia kena buat semua kerja kat dalam Vila ni? Risau papa masa kamu berdua nak masuk ke Vila ni.” Ujar Daniel memandang menantunya.

“Mana ada Qish nangis. Papa ni.” Cebikku.

Kedua tanganku disilang. Memeluk tubuh. Merajuklah konon. Manja.

“Jangan buat muka macam tu. Nanti turun ke anak.” Usik Daniel pada anaknya.

Gamat ruang tamu itu dengan suara gelak ketawa kerabatku. Adik-adik Buqhari juga turut sama ketawa.

Lagilah aku tarik muncung. Buqhari yang tidak sampai hati melihat isterinya itu dijadikan bahan usikkan, meminta diri untuk membiarkan Balqish naik rehat di bilik.

“Maaf bu, ma. Erry nak bawa Qish naik atas rehat. Dia bukan sihat sangat ni.”

“Haa, ye lah. Naiklah. Hati-hati.” Balas Datuk Farhad.

“Pa, ma, ibu, ayah dengan adik-adik tak payah baliklah ya malam ni. Bermalam saja kat sini. Ya.” Suruhku sebelum bangun dari sofa.

“Tak kacau kamu ke?” Tanya Datin Suraya.

“Apa pula ganggunya bu? Qish lagi suka kalau ahli keluarga semua berkumpul macam ni.” Balasku dengan senyuman yang mekar di bibir.

“Kalau macam tu, baiklah. Dah. Kamu pergi naik rehat. Nanti kami pandai-pandailah bawa diri dalam rumah ni. Pergi naik.” Arah Serina kepada anak tirinya.

“Qish naik dulu ya. Selamat malam.” Ucapku kemudian berdiri dan melangkah mengikut rentak langkah Buqhari yang memimpin tangan aku.

Zeera pov

Sudah berkali-kali nomber Buqhari didailnya. Tapi satupun tidak diangkat.

Sejak kejadian malam di Pantai itu, Buqhari sudah berubah total. Langsung dirinya tidak diendahkan.

“Mana jantan ni pergi? Angkatlah call! Saja nak bagi aku berangin.” Kasar sungguh bunyinya.

Bila didail tidak diangkat, kali ini dihantar chat pula. Sebab tadi dia buka Whatsapp. Nampak Buqhari online di rangkaian sosial itu.

Kau kat mana Erry? Aku call, asal kau x angkat?

Screen Gphone disentuh kasar menaip setiap perkataan.

Dejavu Cinta BalqiesWhere stories live. Discover now