Wanita

268 51 0
                                    

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

•┈┈•••○○❁❁❁○○•••┈┈•

MEMANDANG WANITA

Lelaki, janganlah memandang wanita itu dengan nafsu. Pandanglah seorang wanita itu dengan impian untuk membimbingnya.

JANGAN SAKITI

Jangan menyakiti seorang wanita, kerana ia yang akan melahirkan anak-anakmu dengan rasa sakit.

BUKAN MAKHLUK LEMAH

Mudahnya bagi wanita menjatuhkan air mata bukan pertanda dia makhluk Allah yang lemah. Namun di balik air mata itu, Allah menciptakan kelembutan di dalam hatinya.

BAGAI MUTIARA

Wanita muslimah yang baik akhlaknya dan baik pembawaannya laksana mutiara di langit ketujuh, tak sembarang orang boleh melihat dan menyentuhnya.

MEMPERCANTIKKAN HATI

Kecantikan fisik tidak menjadi jaminan dalam hidupmu, maka cantikkanlah hatimu untuk terus meraih keberkahan dalam hidup.

TIDAK MENYAKITI WANITA

Lelaki yang masih ingat kalau dia pernah dilahirkan dari rahim seorang ibu, dia pasti akan berpikir beribu kali untuk menyakiti hati wanita, kerana sedar bahwa ibunya juga seorang wanita.

PERHIASAN TAKWA

Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku takwa, maka akan terpancar cahaya kesolehan dari dirinya.

IMAN DAN AGAMANYA

Akan ada saatnya wanita yang cantik parasnya akan kalah dengan wanita yang mempesona iman dan agamanya.

PERHIASAN PALING INDAH

Kamu tahu kenapa Rasulullah mengumpamakan wanita solehah dengan perhiasan yang paling indah? itu kerana semakin indah perhiasan maka semakin ketat penjagaannya dan tidak boleh ada yang memilikinya, kecuali yang pantas dan mengerti cara menjaganya.

WANITA HEBAT

Wanita yang hebat itu.., mampu membalut luka di hati dengan sabar, mampu hilangkan amarah dengan istighfar, dan mampu menghapus dendam dengan maaf.

SEMAKIN SEDERHANA

Wanita.. semakin tinggi ilmu agamanya, semakin sederhana penampilannya.

MADRASAH PERTAMA

Perempuan itu akan menjadi madrasah yang pertama untuk anak-anaknya. Jadi seorang wanita harus berpendidikan, terlebih pendidikan agama dan akhlak.

CEMBURU

Sesungguhnya wanita itu mampu menyembunyikan cinta selama 40 tahun, namun tak sanggup menyembunyikan cemburu meski hanya sesaat. - (Ali bin Abi Thalib)

DEKAT DENGAN ALLAH

Hati seorang wanita seharusnya begitu dekat dengan Allah, sehingga seorang lelaki harus mencari Allah terlebih dahulu hanya untuk menemukannya.

DI INGINKAN SYURGA

Tak perlu berlumba menjadi wanita yang cantik, kerana wanita yang cantik sudah terlalu banyak. Jadilah wanita cerdik kerana syurga menginginkan orang seperti ini.

BUAH MENCINTAI ALLAH

Percayalah.., seorang wanita yang mencintai Allah, Allah akan berikan lelaki terbaik untuk menjaganya.

MAKHLUK PERASA

Wanita itu makhluk perasa. Nasehati ia dengan lembut dan penuh cinta.

DUA PILIHAN

Ada dua pilihan untuk seorang wanita; yaitu menjadi sebaik-baik 'perhiasan' atau sebesar-besar 'fitnah'.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." - (HR. Muslim)

"Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita." - (HR. Bukhari)

DARI PINTU MANAPUN

Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, niscaya akan dikatakan padanya, "masuklah ke dalam syurga dari pintu manapun yang kau mau." - (HR. Ahmad)

TIDAK TAKUT

Wanita solehah tidak pernah takut menikah dengan lelaki yang miskin harta, melainkan yang ditakutkan adalah menikah dengan lelaki yang miskin ilmu dan miskin tanggung jawab.

SAYANGI, LINDUNGI, HORMATI

Sayangilah perempuan seperti seorang sahabat, lindungilah perempuan seperti seorang adik, dan hormatilah perempuan seperti seorang ibu.

TIDAK SILAU

Wanita solehah tidak akan silau dengan perhiasan dunia, sebab dialah sebaik-baik perhiasan dunia.

SEORANG MUSLIMAH

Muslimah.., emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, mahkotamu adalah auratmu, dan hartamu adalah akhlakmu.

STATUS WANITA

Status seorang wanita muslimah dalam islam: saat lahir, ia menjadi jalan syurga bagi kedua orangtuanya; saat menikah, ia menyempurnakan separuh agama suaminya; saat menjadi ibu, syurga berada di telapak kakinya.

•┈┈•••○○❁❁❁○○•••┈┈•

Share Motivasi Hijrah by MisteriusL yuk ke teman, keluarga, atau saudara
Semoga bermanfaat

Motivasi Hijrah - SELESAITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang