"SAYA dah cakap dengan pengetua, yang saya tidak setuju untuk pemilihan itu. Cikgu Razi masih tak faham-faham lagi ke?" Teacher Rosmizah membantah tidak mahu mereka meneruskan undian tersebut pada keesokan harinya.
"Kalau Cikgu rasa hebat sangat, buat lah undian..." perli lelaki itu
"Boleh! Saya boleh pilih pelajar lain. Yang lagi layak daripada tiga ekor tu!"
"Kami buat macam ni, ada sebab Cikgu. Ada sebab kenapa kitorang pilih diorang bertiga. Memang, saya percaya apa yang Cikgu cakapkan tadi. Masih ramai pelajar yang layak. Tapi manalah tahu, dengan pelantikan pengawas sekolah ini. Boleh memulihkan perangai nakal mereka itu."
Teacher Rosmizah mendiam. Bukan dia seorang tidak setuju, masih ramai guru-guru menolak cadangan mengarut itu. Namun, apakan daya. Guru besar dan pihak atasan sudah pun bersetujui.
.
.
.MEREKA berlima memandang ketiga-tiga poster yang terpampang di dinding. Athirah garu kepala tak gatal. Serabut!
"Stress ah macam ni, cikgu desak-desak kita suruh pilih. Kau tengok ah siapa yang ada dekat dalam poster ni..." rungutnya
"Ye lah cikgu pun... Kalau nak bagi jadi pengawas, At least biar lah yang adab dia tip-top! Ini?... Err, #ridiculous vote!" Hteck gadis China itu berkata gedik serata mengimbas-ngibas wajahnya
"Tapi kan, cikgu kata. Dengan asbab pelantikan inilah, boleh buang perangai cetan dalam diri diorang tu..." giliran gadis genit berkaca mata itu pula bersuara
"Emy! Masalahnya diorang ni bukan calon manusia yang sesuai untuk dijadikan pemimpin! Kau pun tahu kan diorang ni macam mana..." marah Hteck geram. Emy memunculkan bibirnya
"Entah ah sekarang ni... Aku rasa malas dho nak undi..." kata Farisha memeluk tubuh
"Eh, Zana. Rasa-rasakan kau nak pilih siapa?" Emy bertanya melihat rakan barunya itu. Manalah tahu, budak baru ada clever mind ke...
"Kalau aku... Aku pilih Zarif." ucapnya biasa. Semua memandang nya kaget. Biar betul Zana ni!?
"HAH!? ZARIF?" serentak mereka menyoal. Rozana blur memandang wajah memasing. Apa? Dia ada tersalah cakap ke sekarang ini?
"K..kenapa? Salah ke? Dia kan gengster, acah-acah macam semua orang takut dengan dia. Boleh lah kan pegang pangkat sebagai pemimpin?"
Jawabnya polos. Farisha tergelak kecil
"Weh Zana, engkau tak kenal lagi dia kau diam lah. Nanti, mentang-mentanglah kp boleh pegang rotan. Ambil kesempatan pukul orang. Eee kau nak?" Rozana kini mendiam
"#Aku lebih rela pilih Azrol daripada mamat longkang ni! Hruh, tak kuasa..." rambut lurus Hteck di selak ketepi. Terkelip-kelip mata Emy tidak mahu rambut panjang gadis china itu masuk mata. Dia lupa kut, yang dia mata empat. Haha!
"Dari segi zahir memang mamat ni macam layak. Tapi tidak bagi mereka yang mengenali dia..." suara Athirah mendatar
"Betul, betul, betul..." ucap Emy perlahan. Mereka semua melihat gadis genit itu. Amboi, betul sangat tu...
Emy berdehem kecil. Cover malu. Haha!
.
.
.KRINGGG!!
Loceng kuat berbunyi. Farisha semakin gelabah menarik tangan Rozana masuk ke dalam kelas. Sudah tadi Cikgu Muiz beri mereka keluar kelas lambat. Semua kerana 5 beradik gengster tidak menyiapkan kerja sekolah. Tak pasal-pasal dengan mereka-mereka sekali kena dengar bebelan Cikgu Muiz pada 5 beradik itu! Argh, stress!
YOU ARE READING
{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<
Lãng mạn📢"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin dengan orang yang kita tidak cintai itu memang sakit. Tapi lagi sakit kalau dituduh bukan bukan oleh...