SEGALA CARUTAN MOHON DIMAAFKAN DALAM THIS STORY! 🤝🏻
........
KEEMPAT-EMPAT mata mereka memandang punggung kereta Audi R8 yang laju membawa kedua lelaki itu pergi dari situ. Fuh... Faris memusingkan badannya menghadap mereka. Pucat dek wajah mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka nanti
"Sudah! Memang mampus kita kalini... Weh, aku dah tak sanggup dho. Lebih baik aku gerak sebelum bapak aku pulak heret aku macam si singa tu heret Zarif!" motorsikal dihidupkan gelabah. Terus Faris pergi tanpa noktah. Andi termangu seketika. Amboi, laju nau!
"Dia punya gelabah tak rilek mat... Haha..." tawa Andi berura-ura untuk menenangkan hati masing-masing. Namun tawa itu terdengar hambar. Kesian, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata semakin buruk padahnya. Hanif yang termenung menghadap lantai itu mencengkam rambut
"Aah! Ni semua salah kau! Kan aku dah cakap awal-awal tak payah buat plan yang melibatkan family and privasi. Tengok apa dah jadi sekarang? Kau ingat benda ni akan stop dekat sini je ke gila!"
Nasib sekarang ini ibu dan ayah kepada Hanif berada di luar negara. Tapi masih tidak selamat, fikir benda ini akan habis sini aja ke? Lambat laun benda ini akan sampai jua ke telinga mereka. Selamat.. memang selamat kau Hanif...
"Nak salahkan aku pulak apahal! Kau yang setuju plan aku ni arn. Agak-agaklah nak salahkan aku pulak. Sekarang ni, kau! Aku! Semua salah!" jerkah Fikri tidak mahu disalahkan sepenuhnya kepada dirinya
Andi berdecit. Dada Fikri dipegang
"Sudah-sudah le tu. Aku lah aih..."
Rambut tebalnya digaru-garu rimas. Kalau tidak bertekak, memang tidak hidup geng 5 beradik gengster ini...
........
KERETA Tengku Ismail laju pecut memasuki ke dalam perkarangan rumah Encik Sulaiman. Dua saat seorang jejaka berwajah bengis itu keluar mengheret anak tunggalnya sekali. Lengan Zarif diheret kuat dan dicampakkan ke lantai. Terjatuh tersembam Zarif sekejap. Tengku Norlie sudah pun ada di situ sebelum tibanya Zarif dan suaminya. Terlampau kecewa dan geram dengan anak tunggalnya itu, terus tubuh tinggi anaknya dibawa ke atas dan dicubit-cubit lantas di pukul-pukul bahu anaknya itu
Zarif diam menekur lantai. Pipinya sudah terkesan air mata. Air mata sakit dipukul oleh ayahnya, bukan air mata penyesalan...
Zarif hati batu buat anda yang tidak tahu
"Engkau ni kan... Kenapa eh! Suka buat masalah? Eei aku lah, tolong lah stop buat perangai setan kau tu... Kau tak serik-serik ke Zarif!" berleter Tengku Norlie seraya tangan masih memukul dan mencubit-cubit lengan anaknya tidak puas. Sampai sakit dek kuku dia, tapi reaksi Zarif masih diam begitu. Dia tunduk menayangkan tengkuk
"Sekarang, aku nak kau jumpa dia. Mintak maaf dengan budak tu! Aku tak kira, aku nak kau mintak maaf dengan Zana sekarang jugak!" tengkuknya ditolak kuat. Zarif pasrah
"Hei! Kau ni tak reti-reti nak sabar ke? Anak aku tu baru je kena buat dengan anak kau ni. Kau fikir dia tak trauma ke? Kut ye pun, bagi lah dia masa dulu..." Puan Ayu Raudhah membuka bicaranya serius. Tengku Ismail menghembuskan nafas perlahan. Tidak mahu amarahnya bertukar pada seorang wanita ini pula
"Ayu, abang cuma nak benda ni settle dekat sini je. Malas nak panjang-panjang kan kes ni..." mendatar ayat Tengku Ismail yang membahaskan dirinya sebagai 'abang' kepada ibu menantunya. Mungkin mahu tunjuk hormat. Tengku Ismail jauh sekali dari Zarif yang sentiasa berbangga dengan kekayaan dan kemewahan yang ia miliki.
Puan Ayu Raudhah sudah memeluk tubuh. Jelingan mata diberikan meluat. Serabut!
"Man, anak kau mana? Aku nak suruh jantan bodoh ni melutut maaf dekat dia!" kepala anaknya ditunjal jari telunjuk. Membara-bara hati seorang bapa sewaktu ini. Kali ini kes yang Zarif pegang, bukan biasa-biasa.
YOU ARE READING
{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<
Romance📢"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin dengan orang yang kita tidak cintai itu memang sakit. Tapi lagi sakit kalau dituduh bukan bukan oleh...