“WEH! apahal kurang ajar sangat perangai kau ni setan!” bahu jejaka itu ditolak kasar Athirah. Gadis ini sekelas dengan mereka. Dia juga a.k.a penolong kelas. Tak lari dengan perangai tomboy dan ganasnya itu“Wehh!..”
“Mende ahh..”
“Tak apahal dia tu? Dengan budak baru pun nak gaduh ke apa ni?”
Mereka mula bersuara bising. Kantin tersebut mula riuh dengan suara suara mereka. Semua meluat dan menyampah dengan sikap si Zarif ini. Halal ditendang!
Farisya dan dua orang lagi gadis menolongnya. Membersihkan muka si gadis yang penuh dengan nasi itu. Habis kotor tudung dan baju sekolah nya.
“Eh kau diam lah tomboy! Kau nak kene jugak dengan aku ke?” Zarif mula bersuara kasar. Sakit hati berbuak buak. Amarah dia dan Rozana masih belum terlepas sibuk pulak si tomboy ini masuk campur
“Tak sekarang ni kau perlu ke nak buat macam tu dekat budak baru!? Ape kene dengan kau ni hah!” Athirah mula membara. Geram akan lelaki yang sedang mencerlung tajam kearah nya itu.
“Hek eleh. Kau tomboy jangan nak bajet sangat boleh tak? Karang aku tarik kau punya tudung tu, free free, free hair kang!” gumam Faris meluat.
“Perempuan ni yang kurang ajar dengan aku! Siapa suruh dia ambik barisan aku!” herdiknya bengang
“Dah kau tu tak reti nak beratur ke bodoh! Sekarang siapa yang potong barisan siapa ni? Kau ke dia!” balas Athirah tidak mahu kalah. Tajam tatapan mereka berdua. Akhirnya setelah lama meriuh dan membisingkan kantin itu Cikgu disiplin mula masuk campur
Keadaan yang hirau pikuk tadi mula surut setelah wajah cikgu disiplin kian terlihat di kantin tersebut.
“Kenapa ni? Hah? Macam orang gila aje. Dok terjerit jerit! Awak semua fikir ini pasar malam ke ha?.. pasar malam tak bising macam ni saya rasa,” sindir Cikgu Syikin. Anak mata dia teralih melihat Zarif dan Athirah. Dia menjeling tajam
“Ni lagi sorang. Satu hari kalau takde masalah memang mati ke cane ni? Ha Zarif?” penat. Sumpah penat dengan perangai lelaki ini. Satu sekolah rasanya sudah muak. Asyik asyik nama dia naik asbab terlalu banyak masalah
Zarif berdecit
“Cikgu. Saya takde cari masalah dengan cikgu tau sekarang,” selamba lelaki itu menjawab. Sebenarnya tengah tahan amarah. Ikutkan hati yang membara ini, nak aje maki semua orang
“Memang lah kamu tak cari masalah dengan saya! Tapi ada ke saya suruh bising? Nak beli makanan pun perlu gunakan suara ke?” sekali lagi lelaki itu berdengus kecil. Memekak aje orang tua ni. Sama aje dengan mamanya dirumah. Sehari kalau tidak membebel tak sah.
Semua senyap.
“Beratur elok elok eak! Saya dengar lagi suara memang siap lah. Korang ni kadang kadang memang kene bagi sikit. Baru sedo kepala otak tu!” hambur dia laju. 5 beradik gengster sudah mula mencebik. Mula lah tu tak puas hati..
.
.
.
.“KAU ok ark Zana?” Emy menyoal laju. Farisya mencerlung tajam
“Kau ni, tengok dia macam ni still lagi tanya ok ke tak? Memang tak lah!” marah Farisya geram. Emy menjuihkan bibir sedikit. Rajuk
YOU ARE READING
{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<
Romance📢"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin dengan orang yang kita tidak cintai itu memang sakit. Tapi lagi sakit kalau dituduh bukan bukan oleh...