Selawat dulu yunk! Allahumma sholli a'la alihi Muhammad<3
......
“ABANG, tolonglah jangan jadi bendul sangat. Budak tu tengking kita tadi! Abang macam manusia yang tiada perasaan langsung kan?” sehabis mungkin dia cuba untuk menghalang Zarif untuk melepaskan diri. Namun, tidak sempat dek kerana Encik Sulaiman terlebih dahulu menarik lengan isterinya untuk berhenti
“Heh, awak cakap baik sikit Yu. Awak dah lupa? Awak yang beria nak kahwinkan anak kita tu dengan jantan tak guna tu. Takde angin, takde ribut. Tiba-tiba awak gelabah nak kahwinkan Zana. Saya dah cakap, banyak kali haritu. Cek dulu hospital. Cek dulu. Awak degil. Awak dengan Ismail beria nak diorang kawin. Jadi, awak nak salahkan saya? Budak macam tu Yu, takpayah kita nak beria tengking tengking. Awak tengok, dengan mak bapak dia sendiri dia berkau aku. Apatahlagi dengan kita ni? Biarkan je budak macam tu. Makin kita berkeras, makin dia tunjuk lemak nanti...”
Raut wajah Puan Ayu Raudhah sudah berubah. Serba salah kian mengundang. Salah dari dia juga sebenarnya.
“Habistu sekarang. Macam mana? Zana tu, dah kemaruk sangat nak cerai. Kalau tak, sampai bila-bila lah dia tak pergi sekolah? SPM dah nak dekat. Dah hampir sebulan pun dia ponteng...”
“Awak takpayah nak salahkan Zana sekarang ni. Awak yang salah, Yu. Sekarang ni. Bagi je Zana masa. Kita pun dah bagitau Guru Besar kan tentang kes ni? Diorang faham, insyaallah...”
.
.TENGKU ISMAIL dan juga Tengku Norlie, isterinya sudahpun pulang ke tanah air. Anggaran selepas dua ke tiga hari Encik Sulaiman dan Puan Ayu Raudhah meminta surat penceraian tersebut, mereka sudah pulang. Macam biasa, pagi-pagi sudah tentu Tengku Ismail sibuk dengan urusan kerja dan juga bisnis besar syarikatnya. Walhal beribu-ribu duit di dalam genggaman. Tetapi Tengku Ismail tidak lari dengan sifat kerajinan mencari duit.
Ismail's City centre, Kuala Lumpur, 9:20 am
Pintu kereta Honda dihempas kuat. Malas basa-basi lagi. Terus Puan Ayu Raudhah bergerak menapak laju ke dalam syarikat besar milik Tengku Ismail tersebut.
“Pagi, Puan. Boleh saya bantu?” tanya seorang perempuan yang memakai pakaian kot hitam
Puan Ayu Raudhah menayangkan wajah keret
“Aku nak jumpa Tengku Ismail.”
Ujar beliau tiada noktah.
Perempuan itu tersenyum tawar. “Maaf, Puan. Tengku Ismail sedang dalam mesyuarat mingguan. Pukul sebelas nanti baru dibenarkan jumpa...”
“Haih, aku ada urusan penting ni. Tolonglah.” keras Puan Ayu Raudhah menyampah
“Maaf sangat-sangat Puan. Bukan sengaja tak bagi. Tapi ini kerja saya...” rayu perempuan itu menundukkan kepalanya seperti burung belatuk
Ekor mata Puan Ayu Raudhah berputar kuat. Terus kaki dia bergerak masuk dalam lif tanpa serba salah. Perempuan itu sudah termangu memanggil pegawainya.
“Puan! Puan! Nanti dulu, Puan!”
BEBERAPA mata laju memandang Puan Ayu Raudhah yang agak tercungap-cungap berdiri di muka pintu bilik mesyuarat tersebut. Kedua anak mata itu menikam tajam Tengku Ismail yang sudah bertentangan mata dengannya. Wajah Tengku Ismail berkerut dan mata terus menoleh ke arah PA nya.
YOU ARE READING
{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<
Romance📢"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin dengan orang yang kita tidak cintai itu memang sakit. Tapi lagi sakit kalau dituduh bukan bukan oleh...