"It's been a rough journey, but I learned a lot about myself."
K
erana sayang, dia percaya. Kerana janji, dia setia. Bertahun-tahun, dia menanti dengan setia. Namun, semuanya bertukar menjadi debu bila si jejaka mengkhianati janji. Dia buntu. Dia tercenggang-cenggang.
Apa semua ini terjadi kerana dia ada membuat silap atau, faktor usia? Dia benar-benar tidak mengerti. Kesudahannya, dia menerima walau rasa itu terasa payau.
Dia, Mikayla Nian Haura. Gadis remaja yang baru mahu merandai alam dewasa. Memiliki tubuh ketinggian 172 sentimeter. Berkulit cerah kemerahan. Rambut ikal sehingga paras punggung.Tiada emak, tiada ayah. Hidupnya dijaga oleh mak saudaranya dari usia kecil.
Namun begitu, kehadiran jiran baru membuat Mikayla Haura terasa dirinya mempunyai kasih sayang ibu dan bapa. Bahkan juga, perhatian seorang abang.
Abang. Abang angkat.
Ares Iskandar Alexander.
Ares seorang lelaki pendiam dan suka bersendiri. Jarak usianya bersama Mikayla Haura adalah 11 tahun. Tubuh yang kekar. Berdada bidang. Keperibadiannya tidak pernah terungkai secara nyata. Sangat misteri.
Kerana terdesak, dia meninggalkan. Kerana marah, dia merosakkan jiwa si gadis. Bertahun-tahun dia duduk di Negara asing, buatkan hubungannya bersama Mikayla Haura ada jurang yang besar.
Hati Ares sudah dimiliki Aisha Farisya.
"Jangan cari abang lagi. Kita bukan adik beradik kandung!"-Ares.
"Tapi, kita dah janji yang..."- Mikayla.
"Balik! Sebelum rasa marah bertukar menjadi benci. Abang tak paksa Mika. Siapa suruh tunggu?"-Ares.
Melihat siapa pilihan Ares, tahulah Mikayla, Ares malu mahu menganggap dirinya selaku adik beradik angkat. Apatah lagi pernah berkenalan. Diri dia bukan seperti gadis melayu terakhir. Mikayla Haura sedar diri.
Tuntasnya, Mikayla ambil keputusan untuk jauhkan diri. Dia mengalah. Melihat Ares sudah pulang dengan sihat, itu sudah memadai.
Bertahun-tahun, dia telan rasa itu sendiri. Walau dia cuba hidup seperti biasa, Mikayla tidak mampu meningkah perasaan rindu yang menujah diri kadang kala. Dia dan Ares sudah berkenalan lama. Mahu buat-buat tidak kenal, cukup hatinya terseksa.
"Acik, Kayla tak mahu. Isteri nombor dua? Gila! Kayla muda lagi,"-Mikayla.
"Acik tahu tapi kita tak ada pilihan lain. Air muka mak ayah Ares macam mana?"-Acik.
Satu tragedi berlaku. Mikayla dan Ares disatukan. Mikayla Haura terasa hidupnya kelam. Mendengar lafaz nikah itu, cukup membuat kepalanya merengsa. Tak pernah dia terfikir mahu berkahwin dengan lelaki itu. Dia Cuma sayang seperti abang dan adik. Bukan laki, bini!
Lebih-lebih lagi, dia perlu berkongsi kasih. Mikayla Haura menjadi isteri kedua kepada Ares. Gila!
Penduduk taman dan Ares tidak sudah meletak salah kepada Mikayla Haura. Kerana keputusan ibubapa, Ares mula meradang hebat. Rasa benci mula bermukim di hati untuk Mikayla. Ares yakin, Mikayla sengaja mahu prejudis hidupnya kerana rasa tidak puas hati.
"A-abang, Mika boleh jelaskan. Mika dah cuba beritahu Acik yang..."-Mikayla.
"Peduli apa aku tentang kau! Nak sangat kahwin dengan aku? Sini! Aku tunjuk perangai sial sendiri dekat kau!"-Ares.
Rumahtangga yang terzahir sudah roboh. Tanpa penjelasan, Ares bertindak gila. Kerana marah, dia membunuh jiwa Mikayla. Tak cukup dengan itu, Ares membiarkan Mikayla menjadi isteri tali tak bergantung.
Hidup terkontang kanting dalam kota yang asing buat Mikayla. Tiada wang. Tiada makanan. Tiada apa-apa. Bagaimana dia mahu pulang ke pangkuan Acik?
"Tangkap dia! Aku nak dia!"- Usher Storm.
Belum selesai satu masalah, masalah lain pula meranduk dalam hidup Mikayla. Jiwa luar dan dalamnya habis bersepai. Mikayla berharap Ares akan hadir menyelamatkan dia. Namun, harapannya menjadi debu.
Tatkala Mikayla mahu putus asa dan bersiaga untuk mati, kehadiran seorang wanita bertudung telah memberi sinar kepadanya.
Nur Haisa Hadarah, penyelamat dia.
"Time will never return. Learn from the past, Kayla. Kau setuju dengan tawaran aku, esok aku bawa kau ke mansion sana."- Nur Haisa.
"Akak, Kayla setuju!"-Mikayla.
Dia perlu teruskan hidup!
Bertahun-tahun Mikayla hidup bersama Nur Haisa dan empat jejaka itu. Terus terang, Mikayla gembira. Berkerja menjadi pembantu peribadi, tidaklah teruk mana. Cuma...
"Kayla, kau ada nampak getah rambut Amanda?"- Evans Del Lucca.
"Kayla!! Boxer aku mana?!"- Elijah.
"Aku lapar. Masak untuk aku Lapar! Lapar! Lapar!"- Hunt.
"Aye! Mana pen aku? Kau ambil kan?!"-Lucas.
Dia ini pembantu peribadi atau menjadi isteri separuh masa untuk empat lelaki Itali itu? Dia dibuli! Kerana kesibukan, Mikayla tidak terlalu fikir perihal rumahtangganya. Mikayla selesa begini.
Namun begitu, baru Mikayla mahu buat keputusan, Ares kembali masuk ke dalam hidupnya. Demi sebuah perhitungan, Ares mahukan dia.
Mikayla Haura terbungkam!
"Abang suami Mika. Balik!"-Ares.
"Suami atas kertas! Abang tipu Mika!"-Mikayla.
Rahsia terungkap satu persatu. Ternyata, bukan sahaja Ares mempunyai misteri tersendiri. Ares tegadah. Ketika ini, dia perlu bawa Mikayla Haura kembali ke sisinya. Mikayla sudah berubah 180 darjah!
Tak mungkin, dia mahu biarkan Mikayla bersama wanita berbahaya itu! Nur Haisa Hadarah, bukan orang sebarangan.
"Aku nak dia. Bebaskan Mikayla."-Ares.
"Untuk apa? Dan... perlu ke aku, Mr Alexander?"-Nur Haisa berteka teki.
'What you focus will expands. Focus on the good. Then, good things will come your way.'
Apa Ares dan Mikayla akan bersatu? Dan apa rahsia yang disimpan oleh Ares? Apa perubahan Mikayla sehingga membuat Ares terasa gugah?
Memaafkan, melupakan dan mengikhlaskan? Semudah itu? Dan masih relevan kah?
"Dia menanti aku tanpa lelah. Penantiannya memberi aku sebuah harapan. Dia bidadari yang setia. My faithful angel." Ares Alexander.
YOU ARE READING
Novel I HIS FAITHFUL ANGEL
RomanceHerver Series I dia seorang gadis yang polos dan naif pada mulanya. hatinya tertarik sang jejaka berusia tua 11 tahun dari usianya. sang jejaka memberi janji padanya dan akan kembali. penantian demi penantian, akhirnya sang jejaka pulang ke Tanah ai...