"S
aiful. Kau ada duit atau tidak?" Pak Samat sudah tidak boleh sabar lagi. Dua tangan melipat ke dada sambil merenung lelaki muda di hadapan. Sudah 10 minit berlalu, tetap dia masih belum nampak kertas wang. Haih!
Saiful berdehem-dehem. Belakang leher digosok-gosok. Bagaimana dompet dia boleh tertinggal pula? Bahana dia keluar rumah lepas berehat tadi.
"Err... saya nak minta masuk buku dulu boleh, Pak? Dompet dekat rumah," balas Saiful perlahan. Takat separuh kerongkongnya sendiri.
Bimbang kalau didengari orang-orang yang ada dalam kedai ini. Malu! Jatuh 'Market' dia nanti.
Saat itu, mata Pak Samad membuntang luas. Dua tangan terus dicekak ke pinggang. Hutang? Jangan harap. Dia sudah serik dengan perangai orang-orang dalam taman perumahan ini. Dia juga yang mendapat susah nanti.
"Tak ada! Tak ada buku! Kamu tak ada duit, barang tinggal. Huh!" Pak Samad sudah marah-marah. Lantang suara tua itu bergema dalam kedai sehingga menggamit beberapa perhatian orang yang ada.
Saiful tersentak kecil. Aduh!
"Pak, saya tak tipulah! Saya..."
"Pak, kira sekali barang Saiful dan saya. Berapa semua?" celah satu suara yang menegur tiba-tiba. Langsung Saiful dan Pak Samad menoleh.
Saat itu, Saiful terus bergerak ke tepi sedikit sambil tersenyum manis. Alahai, rezeki dia dapat bersua wajah dengan kawan kelas dahulu.
"Hai Haura. Beli..."
"Semua tiga puluh ringgit. Kamu jangan melayan si Sepul ni. Duit tak ada tapi ada hati nak mengurat. Huh!" Selar Pak Samad sambil menjeling kepada Saiful. Membuatkan beberapa orang yang ada di belakang sudah tergelak kecil.
Saiful menjadi malu. Berbiram mukanya dibuatnya. Geram betul dia dengan orang tua ni. Cakap serupa macam siren!
"Saya ada duit. Berkepuk! Dompet tinggallah!"
"Alasan!"
Mikayla geleng kepala. Beberapa kertas wang dibawa keluar dari dompet. Kemudiannya, dihulur kepada Pak Samad. Selesai saja urus jual beli, Mikayla langsung berjalan keluar.
Saiful termanggu-manggu. Pantas dia ambil barangan di atas kaunter bayaran dan mengejar langkah si gadis. Tipikal Mikayla Nian Haura. Pendiam! Mulut itu macam ada emas lagaknya.
"Haura! Sekejap." laung Saiful sedikit kuat. Serta merta langkah Mikayla menjadi mati. Tubuh berpaling sebelum wajah rakan kelas lamanya menjadi santapan mata sendiri.
Mikayla masih diam. Senyum nipis.
"Terima kasih bayarkan. Nanti aku ke rumah Acik kau. Nak bayar balik," ucap Saiful berjela-jela. Senyuman manis dilemparkan kepada Mikayla.
Mikayla terangguk kecil.
"Sama-sama. Nanti beri saja pada Acik aku." perlahan. Namun jelas mencencang gegendang telinga Saiful. Angin sedikit kuat menerpa kepadanya. Tanda mahu hujan.
Selajur Saiful tayang ibu jari.
"Elok juga. Nanti aku..."
"Haura! Lekas balik. Udah nak hujan!" Suara Pak Samad menempik tiba-tiba. Sempat dia beri renungan tajam kepada Saiful.
YOU ARE READING
Novel I HIS FAITHFUL ANGEL
RomanceHerver Series I dia seorang gadis yang polos dan naif pada mulanya. hatinya tertarik sang jejaka berusia tua 11 tahun dari usianya. sang jejaka memberi janji padanya dan akan kembali. penantian demi penantian, akhirnya sang jejaka pulang ke Tanah ai...