BAB 26-Part 2

8.3K 428 28
                                    



'Kau tak akan selamanya duduk di takhta Alexander, Ares. Kau cuma ada tiga tahun saja. Tiada anak, tiada pewaris? Keselamatan keluarga kau akan tergugah. Do it or never!'

P

agi itu, Ares gelisah di dalam pejabat. Sekejap dia mengurut pelipis dahi, sekejap pula dia bangun dan berjalan ke hulur hilir di dalam pejabat. Resah. Entah berapa kali juga matanya berlari ke arah jam dinding sana. Masalah 'A' belum selesai, sudah muncul masalah baharu.

Kehadiran sepupunya itu cukup membuat hati dia bernanar hebat. Ares mahu saja menumbuk muka lelaki itu. Mujur saja dia dalam syarikat, terpaksalah tahan diri. Boleh pula sepupunya itu datang ke mari dan berlagak.

Dia belum tewas lagi! Jangan harap dia mahu beri kumpulan Alexander kepada sepupunya itu. Huh!

"Pewaris. Shit!" Otak ligat berfikir. Bagaimana dia mahu memujuk Aisya? Tak mungkin isterinya sudi. Walau sudah bertahun-tahun dimamah masa, Aisya masih belum pamerkan tanda-tanda mahu mempunyai anak.

Jadi apa yang perlu dia buat?

"Knok! Knok!" Satu suara garau menegur di belakang telah menghambat lamunan Ares. Ares sedikit terkejut. Langsung dia berpaling.

Saat itu, muka Zariel terbias depan mata. Sahabatnya tegak berdiri di muka pintu. Ares buang nafas. Dua kaki bergerak menuju ke meja kerja.

"Masuk dan duduk, Riel." Pelawa Ares.

Zariel mengulum senyum. Dua kakinya terus menapak masuk setelah merapatkan pintu pejabat. Zariel menghampiri Ares di meja kerja dan mengambil tempat untuk duduk.

"Jadi, ada apa minta aku kemari?" Dia melabuhkan duduknya berhadapan si sahabat. Blazer di tubuhnya langsung dibetulkan.

Saat itu, Ares menghela nafas panjang.

"Nico ada kemari tadi," ujarnya lemah. Tidak bersemangat. Tubuh tersandar lesu di kerusi.

Zariel tegadah. Wajahnya terbega tidak percaya.

"Shoot! Dari France ke sini?" soalnya seakan ragu-ragu. Dua tangan terus direhatkan atas meja kerja itu. Mata sendiri sudah menyuluh lurus ke wajah Ares.

Angguk.

Selanjur, Zariel merengus.

"Apa dia nak? Dia ugut kau?" wajah Nico tertayang dalam benak tanpa dipaksa. Bukan dia tidak tahu sikap lelaki itu bagaimana. Suka benar menganggu ketenteraman Ares.

Selagi tak duduk atas takhta Alexander, selagi itulah Nico tidak berhenti mencari fasal.

"Sudah tentu, tapi kali ini aku susah nak tepis. Aku tak ada pewaris." Ares raup wajahnya dengan kasar. Kebiasaannya dia tidak akan mudah melenting dengan kata-kata Nico. Namun, kali ini dia gagal.

Nico betul. Kedudukannya boleh tergugah sekiranya tiada pewaris.

Zariel terjeda. Apa?

"Sekejap, usia kita berapa? Satu, dua... gosh! Kita dah tua!" Mata Zariel terbuntang. Tak jangka usia dia dan Ares sudah lewat. Patut sahaja emaknya sudah berkoyan-koyan meminta menantu. Aduh!

Ares diam. Nafas dihela berat. Dadanya terasa ketat sungguh. Kalaulah Aisya sudi, tentu masalah sebegini tidak akan wujud. Kalaulah Mikayla ada, tentu...

Novel I  HIS FAITHFUL ANGELWhere stories live. Discover now