BAB 4

6.7K 364 41
                                    


M

ikayla Haura berjalan laju untuk pulang ke rumah. Dari pagi, dia berada di luar kerana mahu selesaikan sebahagian urusan pengajiannya akan datang. Gambar sudah ambil. Tandatangan ketua perumahan dan Guru besar sekolah turut sudah diselesaikan. Fotostat dokumen itu dan ini, juga sudah siap. Lega bila urusannya tidak banyak perlu difikirkan selepas ini.

Bayu angin petang bertipu lembut. Mendamaikan kelelahan yang bertandang dalam diri. Mikayla semakin lajukan jangkahannya. Cardingan di tubuh dibetulkan sekilas. Entah mengapa hari ini dia terasa rumah Acik Raudah sangat jauh pula.

"Haura~" Satu suara memanggil Mikayla dari belakang. Mendayu-dayu bunyinya.

Mikayla menoleh. Dua kaki masih bergerak ke depan. Saat melihat tiga lelaki sedang menghampiri dia di sini, Mikayla buang nafas perlahan.

Awal pula tiga lelaki itu duduk berehat di pangkin kayu di situ. Aduhai.

"Haura, lajunya jalan. Dari mana?" tegur seorang lelaki apabila sudah berjalan di sebelah Mikayla. Dua lelaki itu pula setia berjalan di belakang Mikayla. Kawan nak masuk jarum, kenalah beri dorongan.

Mikayla pegang cardingan. Tak mahu kain itu terselak apabila ada angin bertiup. Sempat dia mengerling muka lelaki di sebelahnya dengan hujung mata.

"Dari pekan. Nak siapkan beberapa urusan." Sopan Mikayla membalas. Dokumen dan sebuah beg kertas dipegang dengan kemas. Tak mahu terjatuh ke jalan.

Lelaki itu terdiam. Mata sudah berlari mengintai ke barangan yang ada. Ternyata dokumen untuk sambung pengajian. Serta merta, alisnya tertangkup.

"Urusan? Kau... nak sambung belajar?" duganya.

Mikayla tersenyum Cuma. Kepala tidak menggeleng mahupun angguk. Namun, cukup membuatkan si lelaki mengerti.

"Fuh! Dah dapat tawaran lah ni? Alah! Rindulah aku lepas ni dekat kau. Kenapa kau jual mahal sangat?" Bagaimana agaknya dia mahu ikat Mikayla? Susah benar untuk dia mengetuk pintu hati gadis ini.

Mikayla diam seketika. Rambut yang teralun sudah diselitkan belakang cuping telinga.

"Saya muda lagi."

"Baguslah tuh, kalau dah andartu... tiada siapa mahu tau. Tak takut ke?" Tersengih-sengih. Dua tangan bersilang ke belakang. Wajah cantik Mikayla ditatap lama tanpa jemu.

Kalau Mikayla andartu sekalipun, dia tetap sudi!

"Awak dari mana?" Mikayla tukar haluan perbualan. Agak kurang selesa bila lelaki ini tak berhenti mahu mengusik dia.

Si lelaki menggumam. Kepalanya terangguk-angguk. Dia tidak buat apa-apa pun. Hari ini, kedai ayahnya tutup. Dapatlah dia berehat.

"Lepak dengan kawan-kawan. Kejap lagi nak main bola dekat padang hujung taman. Nak ikut?" pelawanya ramah. Cuba nasib. Mana tahu Mikayla sudi. Dia juga yang gembira gaban.

Mikayla lekas-lekas menggeleng kepala. Tiada rugi. Tak mungkin dia mahu terima. Kalau mahu rasa kena kejar dengan Acik Raudah keliling taman perumahan, buatlah! Huh.

"Maaf, saya kena jaga rumah. Acik ada urusan nanti." Mikayla tolak lembut. Seperti kebiasaan.

Perihal itu membuat dua lelaki di belakang tergelak kecil. Melihat air muka kawan mereka berubah menjadi sedih, benar-benar menggeletek hati.

Novel I  HIS FAITHFUL ANGELWhere stories live. Discover now