BAB 3

6.5K 393 34
                                    


"A

duh! Pedasnya sambal ni, Kayla. Berapa banyak cili kamu letak? Air! Air!" Tidak sampai lima saat, segelas air kosong sudah selamat melegakan anak tekak Acik Raudah. Nafas lega dibuang dalam-dalam. Pedih lidah dia dibuatnya. Lupa pula anak saudaranya suka makan pedas!

Mikayla mengerutkan wajahnya. Sambal hijau terus disua masuk ke dalam mulut. Wajahnya terpamer selamba. Bagi dia, ini pedas manja. Barangkali Acik Raudah tidak gemar makan makanan yang pedas.

"Okay je. Kayla makan. Kalau gulai biasa tu pun, Acik kata pedas." Menjeling penuh makna. Nasi di tangan terus dia masukkan ke dalam mulut.

Acik Raudah jegilkan mata. Hidungnya yang berair lekas-lekas dilap dengan tisu. Tak nampak ke mata dia sudah memerah? Berair tak sudah!

"Amboi! Perli nampak?" Tisu dibuang tepi pinggan. Menyesal sungguh biar anak saudaranya masak hari ini. Kalau begini setiap hari, boleh kena tahan wad!

Mikayla angkat bahu.

"Cakap yang betul saja." Tak mahu kalah. Sengaja mahu sakitkan hati mak saudaranya, sambal hijau atas pinggan diratah begitu saja. Senyum kemenangan.

Acik Raudah menggeleng. Tak mahu layan gila Mikayla, terus dia kembali menjamah nasi di atas pinggan. Jiran kata, Mikayla ini pendiam dan sombong tapi hakikat yang sebenarnya?

Tetap ada perangai biul juga. Huh!

"Kayla, dekat mana nanti sambung belajar?" Saja mahu berbual. Makan bersila sambil menikmati angin malam, memang ada rasa seronok kadang kala. Terasa santai-santai sahaja.

Kedengaran Mikayla menggumam. Isi ikan dicarik-carikkan dengan berhati-hati.

"Berlin," sahutnya ringkas. Mulut gigih mengunyah. Dia suka lauk ringkas begini. Ikan goreng. Sambal. Nasi panas dan kicap.

Acik Raudah terdiam seketika. Sungguh?

"Jauhnya. Jangan lupa Acik pula nanti." Rasa hiba mula merusuh diri. Dia dan Mikayla sudah biasa berdua. Selepas ini, tentu situasi akan berubah canggung.

Saat itu, Mikayla tergelak halus.

"Tidaklah. Kalau Acik ingat Kayla, Kayla akan ingat Acik," balas Mikayla dengan penuh makna. Nasi yang ada di atas pinggan mula dihabiskan.

Acik Raudah diam. Mata dia sudah merenung muka anak saudaranya lama. Entah mengapa ayat tadi itu tampak berkias. Apa ada terguris hati lagi dengan Ares?

"Gaya bahasa Kayla macam merajuk je. Dengan siapa?" sengaja. Kalau terjah terus, khuatir pula Mikayla akan terasa hati. Ada baiknya dia beri, 'Signal' terlebih dahulu.

Mikayla menggeleng perlahan. Mulut masih mengunyah.

"Tiada sesiapapun."

"Okay... dan kalau Kayla nak tahu, arwah dulu belajar dekat luar Negara juga." Lekas-lekas Acik Raudah mengubah haluan perbualan mereka. Tak mahu suasana bungkam tiba-tiba.

Seraya itu, Mikayla panggung kepala. Apa?

"Iya?"

Terangguk-angguk kepala Acik Raudah.

"Arwah ayah Kayla ambil architecture. Sama macam Kayla ambil sekarang ni. Memang korang ni darah buat bangunan agaknya," ujar Acik Raudah bersama sengihan nipis. Mesra.

Novel I  HIS FAITHFUL ANGELWhere stories live. Discover now