Bab 9

13 3 0
                                    

Ibarat mencurah air ke daun keladi. Begitulah sikap mereka. Tidak serik diberi amaran. Kali ini mereka merancang untuk curi-curi keluar asrama lagi. Cuma kali ini bukan kerana ingin ke kedai tetapi mereka ingin cuba merungkai misteri surat tanpa pengirim.

Sewaktu pulang ke bilik, kali ini Dee pula yang menerima surat tersebut. Mereka semua berkumpul di bilik Dee.

"Aku rasa kan, macam ada benda tak kena lah. Korang tak rasa pelik ke dengan surat ini?" tanya Alia sambil membelek surat itu kemudian memberikan surat tersebut kepada Fad.

"Aku pun rasa something. Surat ini hari itu takde bau. Kali ini ada bau wangi. Cuba korang hidu," tambah Fad.

Surat bertukar tangan dan seorang demi seorang menghidup kertas itu. Macam bau kasturi!

"Kita nak siasat atau lapor pada warden?" tanya Kay.

"Apa kata kita siasat nak?" Haz mula memberikan cadangan. Ada sahaja cadangan yang bermain di fikirannya.

"Korang tak dengar ke amaran Cikgu Zarul? Tadi pun Cikgu Aniq dah pesan kan?" Alia menyampuk.

"Asal, kau takut ke? Kalau takut tak perlu ikut, janji kau simpan rahsia. Boleh?" tanya Haz ingin kepastian.

"Aku bukan takut, aku cuma taknak kena denda saja."

"Aku rasa ada baiknya kita bagitahu warden. Sekurangnya kita boleh elak perkara buruk. Mana tahu benda ini kes berat. Betul tak?" Fad cuba menyokong kenyataan Alia.

Mereka berdua sebenarnya memang takut untuk turut serta. Lagipula, cukuplah sudah berjumpa dengan kembar Puan Maria tempoh hari. Mereka tidak ingin berjumpa lagi sekali.

"So, Dee or Kay? Korang rasa?" Haz meminta pendapat dua rakan yang lain pula.

"Aku tak kisah. Mana-mana boleh," jawab Dee.

"Nak bagus report pada warden. Kalau nak cuba, boleh saja ikut cadangan Haz. Bila lagi... nak acah-acah spy."

Keputusan Kay telah memberi kata muktamad dalan perbincangan mereka. Mahu atau tidak, Fad dan Alia terpaksa ikut serta.

Malam itu, selepas guard membuat rondaan. Mereka diam-diam menyelinap keluar dari asrama. Berpandukan kata-kata di dalam surat yang ada terselit peta sekolah, mereka cuba untuk melalui jalan rahsia. Surat itu ada mengatakan sejarah di sebalik bangunan lama ruma perguruan itu. Katanya ada harta tersembunyi di salah satu tapak rumah, jadi mereka perlu melalui kawasan belakang untuk mecari harta tersebut.

Sebaliknya, kertas sebelum ini ada mengatakan supaya jangan percaya orang di sekeliling mereka. Termasuklah, jangan cuba merungkai misteri rumah guru lama. Dan seperti kebiasaan, mahu diikutkan darah muda. Apa yang dilarang itulah yang akan dibuat mereka.

"Haz, kau yakin ke nak pergi. Aku takutlah," kata Alia ragu-ragu saat mereka sudah menghampiri rumah tersebut.

"Shh! Ikut sajalah. Mana tahu betul ada harta karun. Jangan fikir bukan-bukan" pujuk Dee. Dia cuba meyakinkan rakan yang lain supaya berani walau sebenarnya dia juga turut merasa gerun.

Kenapa lah mereka pergi malam itu. Sepatutnya pergilah siang hari. Tapi dek takut ditangkap kerana menceroboh, ada baiknya pergi malam tanpa pengetahuan sesiapa kecuali mereka berlima.

Rumah perguruan lama itu ada 3 buah rumah dan hanya satu daripadanya sahaja yang digunakan oleh kedua-dua guru baharu iaitu Cikgu Aniq dan Cikgu Zarul. Memandangkan mereka masih baharu dan tempat asal jauh, keduanya ditempatkan di rumah yang sama kerana hanya satu rumah itu sahaja yang masih berfungsi fasilitasinya. Lagipula, mereka merupakan guru praktikal dan kerana itulah mereka dapat memohon untuk menyewa di rumah tersebut.

Baru sahaja ingin melangkah lagi satu meter dari jarak rumah tersebut sebelum bertemu laman belakang. Tiba-tiba, Haz yang berada di depan berlari menjauhi rumah tersebut saat mendengar bunyi seperti pintu hadapan rumah dibuka. Bayangkan bunyi besi yang sudah berkarat bagaimana.

Mereka yang lain apa lagi. Semua membuka langkah seribu kembali semula ke asrama dek terkejut. Dalam pada takut, terpaksa juga disembunyikan suara agar tidak kantoi. Kalau tidak silap hari bulan kena panggil pengetua. Lagipula kawasan itu memang kawasan larangan pelajat terutama waktu persekolahan tamat.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now