Bab 10

16 2 0
                                    

"Fuh! Penat gila." Haz bersuara dalam kelelahan.

"Apesal kau lari doh!" tanya Dee panik.

"Haah, terkejut aku!" sampuk Alia.

Fad dan Kay hanya mencangkung kelelahan. Pernafasan mereka tersekat menyebabkan kedua-duanya tidak tahu ingin berkata apa.

"Aku lari sebab aku terkejut. Yang korang lari sekali dah kenapa pula?" kata Haz.

"Aku panik! Kau lari, aku lari, dorang pun lari lah!" Dee menjawab bagi pihak mereka yang lain.

"Huh! Kau lari sebenarnya sebab dengar bunyi pintu kan? Fuh! Oksigen! Oksigen!" Fad tiba-tiba menyampuk.

"Hehehe. Aku takut kantoi. Itu yang lari." Haz tergelak kecil.

Mereka berempat menggeleng. Buat cuak sahaja. Tadi dia juga beria ajak mereka untuk pergi ke sana. Alih-alih Haz yang pecut dulu.

Di rumah perguruan, Aniq sedang memegang semangkuk bekas ubat nyamuk lalu diletakkan di luar. Ketika dia ingin membuka pintu grill yang sudah berkarat itu, tiba-tiba kedengaran bunyi seretan. Ibarat menyeret kasut di jalan tar. (bayangkan atau boleh cuba kalau nak tahu👻)

"Niq! Apa benda kau buat lama sangat kat luar tadi?" tanya Zarul ketika Aniq sibuk terjengah-jengah di pintu.

"Takde apa. Aku tadi nak kunci pintu, alang-alang bakar ubat nyamuk nak letak kat luar."

Aniq cuba menyedapkan hati Zarul. Walhal sebentar tadi dia mendengar sesuatu seakan-akan bunyi benda berlari. Tidak mahulah dia bersuara, nanti tak tidur malam pula si Zarul.

"Oh, baguslah. Nyamuk banyak sangat ini. Sudahlah sekolah dekat dengan hutan. Memang hari-hari aku buat misi menderma darah nanti," seloroh Zarul.

Aniq tergelak. Muka saja garang tapi sebenarnya dialah paling baik hati dan mesra antara guru-guru lain.

"Kau esok kelas pagi saja ke?" tanya Zarul.

"Haah kelas pagi saja. Asal?"

"Aku nak minta tolong kemas stor sukan bangunan belakang. Nak minta tolong budak-budak, takut ganggu kelas dorang pula. Nanti ada pula cikgu yang membebel ambil masa dorang."

"Boleh saja. Stor belakang saja ke?"

"Haah, dulu stor sukan tapi bangunan baru dah siap. Stor sukan pindah. So, aku fikir nak buat kebun bunga kat situ. Aku dah bincang dengan Pak Osman dengan pengetua."

"Minat betul kau jaga bunga ya. Garang-garang rupanya dalam hati ada taman," usik Aniq.

"Eh, mestilah! Sudahlah. Melayan kau tak tidur aku. Esok kita ada kelas pagi. "

"Baiklah. Selamat malam."

***
Keesokan paginya, sesi persekolahan diadakan seperti biasa. Suasana sekolah agak bising disebabkan para guru ada perjumpaan mesyuarat. Namun, ada juga kelas yang masih ada guru pelajaran.

Di kelas Alia, memandangkan guru tiada. Kelas itu menjadi tumpuan kelas lain termasuklah Kay dan Dee yang datang melepak semata-mata ingin melihat pelajar baharu. Mulut mereka tidak berhenti memuji ketampanan pelajar tersebut. Sebaliknya Alia pula hanya mencemuh kerana tidak suka dengan suasana yang mengganggu ketenteraman dia mengulang kaji.

"Wei, Alia! Kau tak bagitahu kitorang pun yang budak baru itu hensem," tegur Dee. Kay pula hanya mengangguk.

"Tak kuasa aku melayan. Dia bukan artis pun."

"Sumpah kalau kau taknak, bagi aku. Sekurangnya saingan aku bukan kawan baik aku. Hehehe." Dee berseloroh.

Alia acuh tak acuh melayan. Dia kembali fokus mengulang kaji. Dalam pada itu, Alia melihat ramai pelajar perempuan berkerumun di sekeliling pelajar itu. Entahlah, dia kurang tertarik dengan situasi itu. Boleh dikatakan juga bahawa budak baharu itu agak sombong.

Di sisi lain, Haz hanya mengeluh kerana bosan. Cikgu yang mengajar di hadapan kelas tidak dipedulikannya. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hari ini kelasnya sepanjang masa ada guru masuk ke kelas. Hari paling membosankan baginya.

Fad pula bosan kerana tiada cikgu yang masuk ke kelas dan menyebabkan kelasnya bising. Dia berharap agar waktu berlalu dengan cepat supaya dia boleh rehat. Dia hanya menghabiskan masa yang terluang dengan membaca komik.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now