Bab 7

20 4 0
                                    

Di asrama, setiap petang yang lain akan datang melepak di bilik Haz. Kadang-kadang mereka akan berborak sambil makan atau menonton movie di laptop Kay.

"Argh!!" jerit Haz sewaktu membuka almarinya.

Semua mata memandang Haz di balik pintu almarinya.

"Woi, Haz! Yang kau dok terjerit itu apesal?" tanya Dee.

"Stok makanan habis..." rengek Haz menggoyang-goyang bekas makanan yang sudah kosong.

"Itu saja? Ingatkan ada hantu lah tadi," kata Fad. Kini semua mata memandang ke tepat ke arah Fad pula. Bulat mata mereka merenung tajam.

"Shh! Mulut kau jangan syok sangat sebut, kang masin aku tak tahu," pantas Dee membidas.

"Alah aku gurau aje. Janganlah marah sangat..."

"So, kita nak curi-curi keluar lagi ke?" tanya Kay.

"Again?" tanya Alia yang agak ragu-ragu dengan soalan Kay. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukup-cukuplah kantoi dan diberi amaran oleh Puan Maria.

"Kali ini kita kasi clean punya. Aku ada plan baru. Amacam, nak ikut tak?" cadang Haz cuba meyakinkan Alia.

Alia, Fad, Dee dan Kay hanya mengangguk setuju. Lagipula mereka berkawan dah lama. Takkan nak biar salah seorang daripada mereka buat kerja sendiri. Mesti ada back up friend and back up plan.

"Cantik! Kalau macam itu dua orang alihkan perhatian guard, yang lain ikut aku panjat pagar."

"Aku ikut Haz!" laju Fad mengangkat tangan.

"Aku stay," kata Alia.

"Kalau begitu aku pun ikut Haz, Kay dengan Alia alihkan perhatian guard," kata Dee yang terakhir membuat keputusan.

"Okey, lancor. Sebagai back up plan, aku akan call Pijoi untuk cover escape plan kita. Malam ini juga kita gerak."

Mereka berempat hanya bersetuju dengan cadangan Haz sebagai ketua mereka. Walaupun bukan ketua kumpulan mereka secara rasmi, namun jika melibatkan extreme plan macam itu mereka hanya menyerahkan keputusan tersebut kepada Haz. Lagipun kes sebelum ini kantoi pun disebabkan Mia yang rancang plan tersebut.

"Majlis bersurai. Jam 9 berkumpul kat pondok bawah. Jangan lupa bawa lampu picit." Haz membubarkan perjumpaan mereka pada petang itu untuk persediaan malam nanti.

Dalam perjalanan balik ke bilik masing-masing. Alia menyuarakan keraguannya akan tindakan mereka untuk curi keluar sekali lagi. Dia hanya takut akan dikenakan tindakan tegas oleh Puan Maria. Jika sebelum ini hanya diberikan amaran sahaja, dia takut kali ini akan didenda pula.

"Jangan risaulah, percaya saja pada Haz. Lagipun kali ini kau just kena alihkan perhatian saja. Tak perlu ikut panjat pagar," kata Fad cuba membuang keraguan Alia.

"Herm, okey. Takdelah, aku cuma risau saja. Takut juga mana tahu kena buang asrama. Nanti mesti mak aku bebel."

"Aku kompem takde benda akan jadi. Kalau kantoi pun mungkin sebab orang sabotaj. Jangan fikir bukan-bukanlah, aku akan suruh Haz dan Dee buat kerja cepat. Kitorang akan ambil masa 10 minit saja."

Fad cuba meyakinkan sekali lagi. Lagipun kedai yang ingin dituju tidaklah jauh kerana hanya bersebelahan sekolah mereka. Asrama pula di dalam kawasan sekolah, jika mereka berlari pasti akan mengambil waktu yang singkat sahaja.

"Okeylah, aku yakin korang boleh. Lagipun korang bertiga kan pernah wakil sekolah lumba lari," kata Alia yakin.

Malam itu, seperti yang dijanjikan. Haz sudah menelefon rakannya, Pijoi untuk mengalihkan perhatian guard di pintu hadapan sekolah. Manakala, Alia dan Kay pula mengalihkan perhatian Cik Saodah, guard asrama mereka. Haz, Dee dan Fad berjaya meloloskan diri tanpa dilihat oleh guard. Rancangan mereka kali ini menjadi.

Dari kejauhan, Mia dan Faz pula senyap-senyap ingin mengikuti mereka untuk mensabotaj. Malangnya, Alia perasan akan keberadaan mereka dan cuba mengalihkan perhatian Cik Saodah untuk mengajak mereka berdua berborak sekali.

Selepas 10 minit, Haz dan yang lain berjaya kembali semula ke asrama tanpa kantoi. Kali ini mereka cuba merasuah Mia dan Faz dengan jajan yang dibeli supaya plan curi-curi keluar sebentar tadi tidak dilaporkan kepada Puan Maria.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now