Bab 4

147 29 10
                                    

"Eh, Kay! Tadi kat surau tak nampak pun kau.. duduk saf belakang ke?" Soal Fad yang perasan akan keberadaan Kay.

"Ha?" Soal Kay pelik.

"Tapi tak nampak pula masa keluar surau.. roommate kau pun takde. Laju betul korang lesap." Kata Fad.

"Eh! Kay period la.. aku lepak dengan dia kat bilik aje daripada tadi" sampuk Dee.

"Asal kau tanya, Fad?" Soal Kay pula.

"Eh! Tapi.. tadi aku jumpa kau kat pondok yang dekat dengan surau. Kau kata tunggu roommate kau.. tu yang aku tanya kenapa tak nampak kau masa habis solat kat surau tadi." terang Fad lagi.

"Eh! Takkan kau tak tahu.. roommate Kay kan dah balik sebab emergency call. Lagipun roommate dia.. sekelas dengan kau. Siapa nama? Ecah? Jaja? ah lantak lah!" sampuk Dee.

"Err.. tapi?"

Belum sempat Fad membalas, Alia menyampuk perbualan mereka. Dia mengambil langkah awal bagi mencegah ketegangan yang berlaku. Hal ini, untuk mengelakkan rasa tidak selesa antara mereka. Terutama Fad, mungkin selepas ini mereka perlu tahu cerita di sebalik yang berlaku sebenarnya.

"Jadi, berbalik kepada perbincangan kita masa rehat. What a plan?"

"Err..entah" jawab Fad.

"Don't know" Kata Kay selamba.

"Jap.. fikir" balas Dee sambil tangannya ralit menyuap makanan ke mulut.

"Ah! Tak membantu langsung lah korang ni.. aku ada idea" sampuk Haz yang daripada tadi mengunyah biskutnya.

"Ha.. apa dia?" soal Alia

"Ok, dengar sini.. benda ni macam ni..." Haz menerangkan satu persatu rancangannya kepada mereka berempat dengan harapan rancangan itu berjalan lancar dan mendapat persetujuan semua.

Memandangkan mereka semua sebaya dan juga seorang senior, jadi mudah untuk mereka melakukan sesuatu perkara sebagai kumpulan meskipun baru berkenalan.

"Okay lah korang, hari pun dah lewat. Meeting dah selesai. So, enjoy your sleeping Cik Haz." ucap Dee sejurus sahaja rakan sebilik Haz masuk.

"Haha! Yela.. bye korang. Jangan lupa esok tau!" ujar Haz.

Mereka berempat berlalu ke bilik masing- masing. Jika dianggarkan, waktu sekarang sudah menunjukkan jam 23:50 malam. Lagi lima minit waktu berlalu untuk ke angka 00:00 malam. Kay tidur sebilik dengan Dee dan roommatenya kerana Kay tidak berani berseorangan. Itu sememangnya kebiasaan bagi pelajar asrama untuk berkongsi bilik pada waktu malam.

Alia pula biliknya tidak jauh daripada bilik Fad yang hanya perlu melalui beberapa buah bilik selepasnya. Bilik mereka juga berada di tingkat bawah. Jadi, mereka berdua turun ke bawah melalui tangga yang jarang digunakan pelajar. Oleh kerana, hanya tangga di situ yang diterangi dengan lampu berbanding tangga lagi satu yang hanya digunakan pada waktu pagi.

Mahu tidak mahu mereka melaluinya juga meskipun ada khabar angin yang mengatakan tangga di situ keras. Memanglah keras semua diperbuat daripada batu kan. Untuk menghilangkan rasa takut dan bosan, mereka berbual sambil berjalan menuruni tangga.

"Fad! Kau sebenarnya kelas aliran apa ek? Tak pernah nampak pula kat sekolah.. jumpa pun masa rehat aje tu pun terserempak" soal Alia. Diambil peluang ini untuk bertanya.

"Aku aliran akaun. Kau pula?" Soal Fad semula.

"Oh.. aku sastera je." Balas Alia biasa-biasa.

"Fuyyo.. sastera aje pun, budak- budak kelas tu semua hebat- hebat belaka." puji Fad.

"Haha.. biasa jelah. Eh! Itu bukan warden Maria ke?" Soal Alia sambil jarinya menghala ke arah figura di depan mata mereka.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now