Bab 2

217 36 8
                                    

Keesokan harinya, persekolahan seperti biasa. Sejak peristiwa semalam, mungkin boleh dikatakan yang kami agak rapat. Cuma rutin harian kami sahaja yang berbeza. Bilik di asrama yang berasingan dan kelas di sekolah yang berbeza. Kami hanya berjumpa apabila hendak ke sekolah kerana setiap pagi ada perhimpunan umum.

"Hai, Fad!" sapa Haz dengan riangnya.

"Err..hai! Kau buat apa kat sini Haz?" soalku pelik.

"Haha.. mesti la nak makan. Sekarangkan waktu rehat.. kau ni dah kenapa?" Haz ketawa sekuat-kuatnya. Haih.. tak malunya kawan aku ni.

"Tak..ak..aku just pelik aje. Yela sebelum ni kita mana ada makan satu meja."

Jawab aku tergagap- gagap. Aku jarang bergaul dengan sesiapa. Sebelum ini aku rehat pun bersendirian di kafeteria. Duduk di penjuru kafeteria yang berhampiran dengan cermin lut sinar. Sebab itu lah aku pelik kenapa si Haz tiba- tiba sahaja duduk di meja aku.

"Hai, korang.. nak join boleh?" sapa lagi seorang atau aku boleh kata lebih daripada dua orang.

"Hai, Alia! Err.. kau Kay kan?" soal Haz sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hm.." jawab Kay lalu duduk di sebelah aku

"Member aku tak datang hari ni.. so aku sorang je rehat.. tak best rehat sorang. Kebetulan pula nampak Kay tengah order makanan tu yang ajak sekali. Then, nampak korang pula hehe." kata Alia sambil tersengih-tersengih.

Kami semua ketawa tiga harkat sahaja. Entah la.. aku pun tak tahu ketawa ini ikhlas ataupun untuk menyedapkan perasaan mereka. Sekarang aku berasa janggal dan sangat tidak selesa. Bukan kerana mereka menjengkelkan tetapi aku tidak biasa berkumpulan. Tidak mengapalah sekurangnya aku tidak bersendirian lagi.

"Korang.. esok dah mula cuti hujung minggu kan? Korang ada apa- apa rancangan tak nak buat?" soal Haz.

"Tak ada. Mungkin tidur." jawab Kay selamba.

Kay hanya jawab mendatar. Kay ini walaupun nampak macam sombong tetapi dia tidak pernah mengetepikan sesiapa. Dia cuma malas untuk berborak aje sebenarnya. Aku pula hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti akan jawapan aku. Alia pula sedang usaha menyedut air minumannya untuk melawaskan makanan yang disuap sebentar tadi.

"Erm.. aku takde idea sebenarnya. Kalau ada orang yang ajak join.. aku ikut aje. Lagipun roommate aku outing, so aku takde something to doing.. haha." Gelaknya sekuat hati.

Haha! Lawak betul ayat si Alia ni. Sebenarnya tak lawak pun saja buat- buat muka macam lawak. Aku masih meneruskan kunyahan makanan aku sambil memproses otak untuk menyusun jadual harian sendiri.

"Aku rasa.. apa kata kita jumpa lagi malam ni. Kat bilik aku macam semalam, lagipun kita tak sempat nak kenal sangat each other kan? Aku akan ajak yang lain." ujar Haz lalu memandang kami meminta persetujuan.

"Bereh boh." sampuk Dee yang tiba- tiba muncul dari mana entah.

Lemah semangat aku nasib baik tak ada sakit jantung. Katanya baru dapat keluar sebab kena siapkan latihan dahulu. Waktu rehat sudah pun tamat setengah jam yang lalu. Kami beredar ke kelas masing- masing untuk menyambung sesi pembelajaran.

Meskipun kami semua bersikap keanakan dan sangat nakal, pelajaran tetap diutamakan. Memang lah awal- awal begini sahaja yang rajin tetapi nanti masuk pertengahan tahun mesti semua jemu nak belajar.

THE SCARY LETTERWhere stories live. Discover now