Kisah 2 part Last

12 1 0
                                    

 

2





Tanpa semua sedar...
keadaan semakin buruk apabila makhluk di dalam badan Ainnur cuba memberontak dengan cubaan mencederakan ustaz Abdullah tapi mujur ustaz Abdullah pantas mengelak serangan Ainnur.
Guru² dan murid yang terlibat berada disekeliling tidak dapat berbuat apa² sebabnya keadaan histeria di sekolah telah berjangkit satu pelajar ke satu pelajar yang lain jadi hanya beberapa pelajar yang selamat mencuba menolong memulihkan keadaan sementara situasi ustaz Abdullah dengan makhluk tersebut belum selesai. Tapi dengan izin dan pertolongan daripada Allah S.W.T, sebilangan pelajar menglaungkan azan sehingga bergema bangunan sekolah mereka.
Ini menyebabkan makhluk di dalam tubuh Ainnur lemah dan sebilangan yg kena histeria dapat dikawal. Ini peluang untuk ustaz Abdullah melawan makhluk tersebut dengan membaca kalimah Ayatul Kursi dan ayat seribu dinar disertakan dengan laungan azan beramai-ramai oleh pelajar lelaki.
'Dengan izin Allah, aku perintah kan kau untuk keluar dari tubuh umat Nabi Adam.... syaitan laknatullah!! Allahuakbar!!', tubuh Ainnur yang sedang berdiri jatuh dengan tiba² serentak Cikgu Amri dan dua orang rakan baik Ainnur iaitu Arlin dan Miera bergegas mendapatkan Ainnur untuk memeriksa keadaan Ainnur. Keadaan semakin beransur berkurangan dan terkawal kembali.

Dua jam selepas itu,
Ainnur tersedar dari kejadian yang berlaku pada diri dia. Ainnur melihat tempat sekeliling dia dan ye dia di bawa pulang oleh Cikgu Amri dan Cikgu Ummie serta dua rakan baiknya ke rumah.
'Alhamdullilah, kamu dh sedar', lega Cikgu Ummie sambil menghembus nafas lega begitu jugak dengan ibu bapa Ainnur. Kerisauan mereka jelas terpacar apabila mengetahui keadaan yang berlaku semasa di sekolah Ainnur dan kejadian yang menimpa Ainnur anak mereka sendiri.
Ainnur tersenyum pahit sahaja disebabkan menahan sakit badan sambil mengingati kejadian di sekolah tadi sebelum dia rebah di tempat wudhuk.
tu

flashback...
'Weyy.. korang! aku pergi dulu tau ambik air wudhuk takut tak sempat karang',.'Okay, pergi lah dulu nanti kitaorang datang', balas serentak Arlin dan Miera',. 'okay, aku pergi dulu', balas sambil Ainnur angguk sebelum melangkah pergi. Ainnur sampai sahaja di tempat wudhuk perempuan paling hujung dan tersembunyi sedikit. Sepintas lalu angin menempa ke arah Ainnur dan Ainnur berasa ada yang sesuatu memerhatinya. Ainnur melihat sekeliling untuk melihat jika ada kalau² ada kawan- kawannya yang lain. Tapi tiada sesiapa di situ kecuali hanya dia sahaja,Ainnur menggosok belakang bahunya yang tiba² seram sejuk menempa ke arahnya. Ainnur tidak mahu memikirkan lalu melakukan tugasan yang tertangguh tadi. Tapi dalam beberapa saat, Ainnur terdengar satu suara bisikan yang membuatkan Ainnur kejung satu badan.
'~Kau perlu gantikan rumah aku yang kau telah musnahkan  dan pulangkan semula hak aku yang kau ambil dari aku...',bisikan makhluk itu membuat kan Ainnur berpaling ke belakang tapi malang tiada sesiapa pun dekat situ. Ainnur cepat² beristighfar setelah tersedar. Belum sempat Ainnur membuka air paip dia terpandang sesuatu cecair merah sedang menitis di depannya bau hanyir darah menusuk ke hidung Ainnur membuatkan dia mahu loya tetapi Ainnur tersedar mula mendongak ke atas secara perlahan² dengan perasaan dengan takut mula menyelubunginya. Ainnur terkejut memandang sesuatu makhluk yang menyerupai seorang gadis rambutnya panjang menutup mukanya dengan baju berlumuran dengan darah yang banyak dan pekat yang sedang berdiri di atas tembok berhampiran dengan tempat wudhuk. Muka Ainnur berubah pucat dan diselubungi perasaan takut. Ainnur mahu melarikan diri tapi malangnya kakinya sedikit tidak dapat bergerak walaupun sedikit pun apatah lagi dia mahu menjerit untuk meminta bantuan. Ainnur memejamkan mata apabila melihat gadis menyeramkan itu perlahan² mahu mendekatinya tapi bila dia tidak mendengar pergerakan lagi perlahan- lahan membuka mata sambil menahan tangisannya. Tapi tiada penampakan gadis menyeramkan itu tadi, Ainnur melihat sekeliling dengan berhati- hati tetapi...apabila Ainnur memandang depannya kembali kelibat gadis itu muncul dengan tiba² betul² di depan dia. Ainnur menjerit ketakutan dengan kuat sebelum dia rebah dan tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.

Kembali ke asal...
Ainnur menangis tanda menyesal atas tindakannya yang dia buat. Ainnur mengeluarkan satu loket yang telah karat dan bersinar dari poketnya dan menunjukkan kepada semua yang ada disitu.
"Ini mungkin kepunyaan hak 'benda'  tu untuk menuntutnya, maafkan Ainnur sebab sudah susahkan semua orang sekeliling Ainnur atas perbuatan Ainnur ni", menyesal Ainnur." Kamu ambil barang yang ada dekat busut dekat² situ ke?", soal Cikgu Ummie. Ainnur mengangguk perlahan² tanda mengiyakan. Cikgu Amri dan Cikgu Ummie saling berpandangan dan memberi reaksi yang membuatkan orang yang disitu tidak faham. Cikgu Amri beristighfar sambil mengeluh nafas berat atas kejadian berlaku pada siang hari ini. Pn. Anis dan suaminya memandang Cikgu Amri untuk meminta penjelasan yang jelas untuk fahamkan situasi sekarang nie kerana ianya melibatkan anak tunggal mereka. Cikgu menjelaskan kejadian ini pernah berlaku sama setelah bertahun- tahun lama berlaku, tapi Cikgu Amri menerangkan kejadian yang berlaku ke atas Ainnur tidak seteruk yang berlaku pada 10 tahun lepas. Kejadian 10 tahun lepas yang menimpa pelajar di situ adalah dimana pelajar tersebut membunuh diri selepas kejadian histeria berlaku. Cikgu Amri memberitahu makhluk itu memang mahu berkawan dan mencari kawan kerana sepanjang hidupnya tidak sempat merasai sebelum dia dibunuh kejam tetapi makhluk itu berubah kerana memarahi pelajar itu hanya disebabkan 'rumah'nya musnah sama seperti Ainnur melakukan hal yang sama cuma Ainnur bernasib baik.
Cikgu Ummie mengiyakan juga kerana kejadian itu terjadi kali pertama yang berlaku di depan matanya yang baru berpindah di sekolah situ.
" Saya dan Cikgu Ummie pulang dulunya, maafkan atas apa yang berlaku pada anak Pn dan encik dan Ainnur, cikgu sarankan pulangkan kan semula yang kamu ambil hak yang bukan kamu punya dan perbanyakkan ibadat kamu supaya kamu dilindungi-Nya". Pamit dan nasihat diberikan Ainnur sebelum Cikgu berdua tersebut beredar. "Baiklah, Cikgu dan maafkan saya juga sebab sudah susahkan semua orang yang terlibat", balas Ainnur dan kawan keduanya mengangguk juga tanda setuju dengan Ainnur. Mereka berdua menemani Ainnur pada malam ini."Alhamdulillah, terima kasih juga pada Cikgu berdua sebab memaklumkan kejadian nie kepada saya dan inshaallah besok akan selesai semua masalah ini dan telah menghantar anak saya dengan selamat". kata En. Ismail dengan hati terbuka. Cikgu Amri dan Cikgu Ummie mengangguk sebelum beredar. Setelah mereka berdua sudah pergi.
En. Ismail memberi nasihat terus ke Ainnur"Ainnur, kamu mesti ambil pengajaran atas apa yang berlaku pada kamu dan besok kita pulangkan semula hak 'benda' ni, serta jangan lakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan nanti", nasihat jelas En. Ismail kepada Ainnur. "Baik, ayah dan maafkan Ainnur..ibu.. ayah sebab buat risaukan pasal Ainnur", kesal Ainnur." Tak mengapa, benda dah berlaku pun dan nasi sudah jadi bubur", kata Pn. Anis.

Semuanya telah selesai tapi benda tu belum puas untuk menuntutnya...







Sekian..

T.A.M.A.T

||-7Sihir-||Where stories live. Discover now