Maaf typo ada di mana²😅
*********************
Tagisan bayi memecahkan kesunyian ruang tamu di dalam rumah sepasang suami isteri. Si ibu tidak berhenti- henti memujuk anaknya yang masih teriak menangis bagaikan ada orang menyakitinya. Si ayahnya pula sudah buntu untuk apa dilakukannya.
"shushh..sayang, jangan mcm ni"Si ibu masih memujuk anaknya yang masih menangis sambil menepuk punggung kecil perlahan.
"abang..."panggil si isteri.
"😔huh,, abang rasa kita kena cari jalan macam mana nak buatkan si Haqim berhenti menangis, tapi tulah abang tak tahu nak mula dari mana"ngeluh si suami kepada sang isteri.
"Sya tak kisahlah abang nak buat apa² pun,, janji kita boleh sembuhkan Haqim balik sudah 2 minggu si Haqim menangis, start dari pkl 12 tengah malam sampai ke subuh, kesian dekat anak kita,,bang" jelas Sya.
Halim hanya memandang kesian kepada anaknya yang masih menangis...ye sudah dua jam anaknya menangis tanpa henti. Dia harus cari jalan untuk sembuhkan anaknya balik seperti sedia kala. Umur anaknya yang baru memasuki 4 bulan itu mula memberi respon yang menunjukkan dia adalah salah satu bayi yang aktif..Tetapi sejak 2 minggu lepas kesihatan anaknya agak terganggu sedikit dan hampir setiap malam menangis bagai ada yang sakitkan anaknya itu.
"Mari sini abang pujuk Haqim pula, sayang pergi tidur biar malam ini kita bergilir-gilir jaga Haqim". kata Halim sambil ambil Haqim di pakuan isterinya. Kini, anak kecil itu bertukar dukungan si ayahnya pula untuk giliran memujuk anak kecil itu berhenti menangis.Haqim dan Sya sudah mendirikan rumahtangga selama 6 tahun dan mereka telah dikurniakan 4 cahaya mata.Tetapi kejadian yang menimpa anak bongsu mereka sudah naik buntu kerana apa cara sekalipun untuk melegakan tangisan anak bongsu mereka tidak berjaya. Sya juga sudah binggung kali ini kerana nak dikatakan anaknya demam tidak, dan perutnya juga tidak selesa dia sudah menyapu minyak telon untuk melegakan perut anaknya itu.
"Baiklah,, abang...tapi kalau abang nak apa² kejut je saya".pinta Sya yang mula berbaring di atas sofa panjang untuk memejam mata sebentar.
Haqim hanya mengangguk dan kembali memujuk anaknya dengan alunan selawat ke atas nabi dan ayat² suci Al- quran. Iya dengan cara itu anaknya si Haqim beransur-ansur henti menangis tetapi itu tidak bermakna anaknya pulih sebenarnya hanya sebentar sahaja kalau tidak meneruskan bacaan ayat² suci Al-quran itu. Halim sudah pasrah dan redho dengan ketentuan illahi ini.Mungkin besok pagi sahaja dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Halim juga perlu berdoa agar anaknya cepat sembuh seperti sedia kala.
**************
tetapi....
tanpa mereka sedar.... 'si dia' mula memerhati dan menjalankan tugasnya untuk menyesatkan umat adam.
sambung....
tq, pls vote and comment..
YOU ARE READING
||-7Sihir-||
Horror~ perasaan takut ~bulu meremang ~ jantung berdetak laju ~7 kisah yang memberi peringatan dan pengajaran Tamak-Dengki-Hasut-Dendam-Khurafat-Nafsu-Syirik ....... 7 Peringatan 7 Pengajaran 7 Nasihat 7 Cerita Semua kisah di dalam ni tidak ada kena- meng...