~ perasaan takut ~bulu meremang ~ jantung berdetak laju
~7 kisah yang memberi peringatan dan pengajaran
Tamak-Dengki-Hasut-Dendam-Khurafat-Nafsu-Syirik
.......
7 Peringatan
7 Pengajaran
7 Nasihat
7 Cerita
Semua kisah di dalam ni tidak ada kena- meng...
kebosanan ada dalam cerita ini dan maaf typo ada di mana²...
*******************
Sya melangkah dengan perlahan² mendekati arah tingkap untuk melihat lembaga diluar itu..
Dumm! Hempasan kuat pintu bilik membuatkan Sya terkejut dan serentak itu dia terundur dari belakang sedikit. Menguatkan dukungan anak kecil di pangkuannya lalu berlari kecil ke pintu untuk keluar dari situ tapi malangnya pintu itu terkunci dari luar. Dan ini menimbulkan rasa panik Sya lalu menjerit memanggil suaminya sambil mengetuk² pintu.
"Abang!abang!abang!" panggil Sya pang! pang! pang! namun hampa sama sekali jeritan Sya tidak dapat didengari oleh suaminya. "Ya Allah, ya Allah, astagafirullahalhazim". Istigfar Sya sambil memujuk anaknya yang masih dalam esakkannya. Tetapi Sya tergamam apabila dia terdengar satu suara aneh dari arah belakangnya yang seperti menuju ke arahnya dengan perlahan.
~ergh~ergh~ergh! sayup di pendengaran telinga Sya itu. Satu suara itu masih melangkah kearah Sya. Sya yang mula takut itu perlahan - lahan berpusing ke belakang untuk melihat apa yang di belakangnya itu. Terbeliak biji mata Sya yang tampak terkejut melihat satu makhluk yang sedang merangkak ke arahnya.
anggaplah budak nie merangkak perlahan² ye...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aarghhh!!. Jerit Sya sambil memeluk erat anak kecil di pangkuannya dengan ketakutan. Esakan kedua² semakin kuat apabila makhluk menakutkan itu sedang menghampiri dirinya. "AllahuakhbarX3", bisik Sya dengan memejam mata rapat² apabila makhluk itu mahu mencapai sesuatu. Namun, tarikan kuat di belakang Sya menyebabkan Sya tersentak dan mengalih pandangan untuk melihat siapa yang ada di belakangnya. Syukur suaminya sampai di waktu saat genting ini. Halim memecahkan pintu bilik mereka apabila mendengar jeritan dan tangisan kuat isteri dan anak bongsu dari dalam bilik. Cukup terkejut apabila pintu bilik berjaya dibuka apabila dia juga ada nampak makhluk menakutkan sedang menghampiri anak isterinya yang sedang menakutkan. Nasib baik Halim tersedar awal apabila dia ingin menemani isterinya yang sedang memujuk anak bongsunya yang masih menangis namun sebaliknya ini yang sedang berlaku. Halim memulakan bacaan ayat² Ruqyah yang dipelajarinya untuk mengusir makhluk yang dilaknat oleh Allah itu. Makhluk menakutkan itu sedang menjerit kepanasan dan menghilang sementara waktu. Halim cepat² mendirikan isterinya yang masih terkejut dan menenangkan isterinya dengan memeluk erat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
*********************
Halim mengeluh kesian sambil pandangannya jatuh ke arah isterinya sisi sebelah pemandu sebelum mengalih kembali pandangan ke hadapan untuk sambung pemanduannya. Halim mengambil keputusan ke kampungnya malam ini selepas apa yang berlaku ke atas anak isterinya tadi. Halim juga sudah memberitahu kedua² orang tuanya untuk balik ke kampung kerana hal kecemasan tapi dia belum dapat memberi tahu tentang hal yang sebenarnya selagi dia sekeluarga belum sampai ke rumah milik mak & ayahnya itu. Selepas kejadian berlaku itu tadi Halim cepat² membawa anak² dan isterinya ke kereta dan mengemas apa yang patut hendak dibawa sahaja dan segera dia menghidupkan enjin kereta, Halim juga sempat memaklumkan perkara itu kepada Saleh dan meminta untuk tengok²kan rumahnya itu.
Halim perlu mencari punca dan penyelesaian perlu segera dibuat selepas kejadian yang berlaku ke atas isterinya. Tidak lama kemudian, mereka sekeluarga telah tiba di rumah kampung dan di depan pintu yang telah di buka terlihat kedua² wajah orang tua Halim. Kereta diparking dengan selamat Halim melangkah keluar dan mendapatkan anak² dan mengejutkan mereka bangun. "Bangun..Qila, Fazil, Iman...sudah sampai rumah atok nenek ni", kejut Halim kepada ketiga² anaknya. Setelah mereka bangun, Halim pula membawa barang mereka untuk masuk ke dalam rumah makayahnya dengan diikuti anak isterinya dari belakang dan menyalami kedua² tangan orang tuanya sebelum mereka semua masuk dan menutup pintu daun rumah setelah memastikan tiada apa² yang tertinggal. Setelah Halim meletakkan barang² mereka, dia menyalami kedua² tangan orang tuanya dengan memberi salam yang tampak risau dengan keadaan anak cucu menantunya. "Sebelum tu, ayah nak tanya apa yang berlaku dekat Sya dengan cucu² ayah tu", tanya Pak Aril kepada anaknya si Halim, " mcm ada benda buruk yang berlaku", tambah lagi Pak Aril. "Entahlah, Ayah... nak diceritakan pun susah nak terangkan sebb benda ni pun berlaku dengan cepat", terang Halim. Dia melihat dengan jelas kejadian yang berlaku di depan mata kepala sendiri. "Takperlah..besok pagi kau pergi jumpa dengan Tok Kadir tu nanti kau tahulah punca dari mana benda tu terjadi", pujuk Pak Aril. "Sudah pergi berehat dulu, malam ini biar ayah berjaga malam takut² ada berlaku apa² pula nanti", terang Pak Aril yang masih lagi kuat. " Baiklah, ayah..Lim masuk dulu", pamit Halim. Mak Imah juga telah masuk awal lagi untuk menemani cucu² tidur.
*****************
Malam itu di satu sudut sebuah bilik gelap seseorang sedang menatap geram gambar seseorang dan memandang benci lalu si dia membakar gambar tersebut di dalam sebuah bekas yang dibakar kemayan. Kempulan asap memenuhi bilik gelap itu, si dia tersenyum jahat kerana fasa terakhir akan berlaku dan akan menamatkan riwayat orang itu. Gambar si dia bakar tersenyum senang kerana gambar itu mudah sahaja si dia dapat dari media sosial yang diupload sendiri tuan empunya badan. Setelah gambar habis dibakar perahan darah pekat dan hanyir dicampur ke dalam lalu muncul satu lembaga yang duduk mengcangkung sambil menatap di depan tuannya. Si dia memberi amaran keras supaya makhluk itu lakukan tugas dengan betul dan akan memberi habuan jikalau makhluk itu berjaya. Setelah makhluk itu menghilang, si dia mula ketawa jahat.
T.A.M.A.T
okay..kisah 1 ini ada sambungan dia dan nanti kisah dia ada pulak berkaitan dengan kisah² yang lain.