~ perasaan takut ~bulu meremang ~ jantung berdetak laju
~7 kisah yang memberi peringatan dan pengajaran
Tamak-Dengki-Hasut-Dendam-Khurafat-Nafsu-Syirik
.......
7 Peringatan
7 Pengajaran
7 Nasihat
7 Cerita
Semua kisah di dalam ni tidak ada kena- meng...
Maaf typo ada di mana² dan agak bosan dan panjang..
***************
Di bawah pohon yang rendang, Halim duduk berfikir dibangku bersendirian. Sesaat Halim mengurut pelapis dahi perlahan untuk menlegakan sakitnya di kepala.Sejak malam tadi tidak sempat untuk dia menlelapkan matanya disebabkan risau keadaan yang berlaku pada anak bongsunya itu. Iya dia juga sudah puas memikirkan cara tapi hanya dua cara dia yang dapat difikirkannya di dalam otaknya tetapi Halim tidak yakin anaknya tidak mengalami masalah itu...itu semua mengarut sahaja dan itu sukar untuk dilakukannya.
Tiba² seorang jiran yang dikenali oleh Halim melihat ke arahnya seperti ada masalah besar.
"Assalammualaikum, Lim". Sapa Saleh jiran sebelah merangkap juga kawan baik Halim. Terangkat bahu Halim sedikit apabila Saleh menepuk perlahan bahunya. "Waalaikummussalam, Saleh...kau rupanya",balas Halim sambil memandang dengan pandangan masih terkejut. "Dari jauh aku nampak kau termenung jauh fikir pasal apa ni..tapi kan malam semalam aku terdengar bayi menangis dari arah rumah kau, anak kau menangis ke sakit bukan aku nak menyibuk tapi sejak dua tiga minggu ni aku musykil aku selalu terdengar bayi menangis tengah malam sampaikan subuh baru berhenti". Jelas panjang lebar Saleh kepada Halim. "Betul, Saleh...anak aku yang bongsu tu yang menangis tengah² malam. Maafkanlah aku sebb menganggu kau sekeluarga tengah nak tidur tu". Jawab Halim. "Masyaallah, anak kau sakit kenapa tak bagitau dekat aku, mana lah tahu aku boleh tolong mana yang patut lagipun kau tu aku dah anggap macam saudara kandung aku". Bicara Saleh lagi. Halim hanya mengeluh kecil sahaja bukan dia tidak mahu minta bantuan tetapi dia tidak mahu menyusahkan Saleh sekeluarga. "Bukan aku taknak minta tolong tapi masa tak sesuai dan nanti akan menyusahkan kau pula". Luah Halim yang tampak kelihatan tidak terurus sejak akhir² ini. Nasib baik bos Halim memberi cuti kepada Halim sejak mula anaknya sakit lagi. "Apa yang menyusahkan aku pula, kan sesama islam kena saling tolong menolong dan kau juga bukan sesapa pun kawan baik aku".Jelas Saleh lagi.. "Sudah kau jangan susah hati lagi cuba kau bawa pergi klinik dapatkan rawatan doktor dulu, kalau stay benda ni berterusan baru kau boleh cuba rawatan cara tradisional atau islam pula". Cadang Saleh kepada Halim untuk melegakan hati kawan baiknya. "Terima kasih, Saleh..nanti aku cuba yang terbaik buat anak aku, aku cuma risau je kalau apa² berlaku dekat anak aku tu". Ucap Halim. "Tak mengapalah kalau ada apa² yang kau nak aku tolong, aku usahakan... insyaallah cuba ikhtiar dulu",haa aku masuk rumah dulu ye..takut isteri aku cari aku baru teringat aku beli barang tadi lupa nak bawak masuk". Pamit Saleh untuk masuk ke rumah. Sementara Halim hanya memandang dengan senyuman nipis sahaja sambil berkata" haa...yelah aku pun kejap lagi nak masuk, aku mahu ambik angin dulu". Saleh hanya sekadar mengangguk sahaja dengan berlalu pergi.
Dalam beberapa langkah sahaja satu tiupan angin kuat mengusik tubuh badan Saleh dan membuat bulu romanya naik. Ini membuatkan Saleh tergamam dan cepat memandang ke arah belakang untuk melihat kawan baiknya. Ini menimbulkan lagi kepelikan dalam diri Saleh yang mengatakan ada yang tidak kena berlaku pada Halim. Halim pula hanya memandang pelik ke arah kawannya yang terkejut tiba². Saleh pula membalas senyuman nipis dengan memberi maksud tiada apa² yang berlaku.
Skip...
Halim menghempas punggung untuk duduk di sofa dan menarik nafas berat untuk melepaskan apa yang tersimpan di dalam hatinya. Bagaikan mimpi sahaja bahawa anak kecilnya tidak mengalami demam selesema mahupun menghidap sebarang penyakit yang dikatakan oleh doktor tadi. Sya yang sedang berjalan menuju kearah suaminya lalu duduk di sebelah suamiya itu baru selepas menidurkan anak kecilnya lepas balik daripada hospital untuk membuat pemeriksaan berkaitan sakit anaknya itu. Sya turut kelihatan sedih melihat anak berkeadaan sebegitu. "Abang, abang," panggil Sya sambil menepuk perlahan paha suaminya. Halim yang memejam matanya itu dibuka perlahan untuk melihat isterinya. "huh ye, sayang.. kenapa?". Sahut Halim dengan nada lembut. Sya memandang suaminya kembali sambil berkata. "Sya rasa kita kena balik kampung makayah Abang untuk berubat anak kita dengan cara kampung pula." Cadang Sya." Lagipun dekat kampung abang ada orang yang boleh berubatkan orang sehingga sembuh." Tambah Sya lagi, dia juga kebingungan apa yang harus dilakukan supaya anaknya sembuh. Halim berfikir dahulu sebelum keputusan dibuat. Namun, tanpa mereka sedar hari siang sedang hampir melabuh tirainya untuk memberi lalu pula untuk hari malam jalankan tugasnya.
Dan tanpa mereka juga sedar adanya yang bermain dengan mereka...
*****************
Skip...
Waktu malam,
Pukul 11.59 malam, Sya sedang menyiapkan anak kecilnya untuk selesa bila tidur. Sementara ini anaknya belum mulakan tangisan kerana hanya seminit lagi kejadian itu akan berlaku. iya tepat jam 12 tengahmalam akan anaknya menangis tanpa henti sehingga lah waktu subuh menjelma. Sya menepuk perlahan paha anak kecil sementara Halim si suaminya menemani anak mereka yang lain tidur. Tetapi perasaan Sya agak lain kali ini dari tadi Sya cuba menepis perasaan yang tidak sedap hati yang bersarang di hatinya. Sedang Sya termenung, dia tersedar daripada perasaan apabila anaknya mula menangis tanpa henti dan esakan yang kuat. Sya cepat² bangkit untuk memujuk anaknya tapi hampa bagaikan tiada apa yang berubah. Tetapi sedang asyik memujuk anaknya Sya terpandang satu lembaga berdiri di luar tingkap bilik. Sya terkaku di situ dan dia juga pelik kerana luar tingkap bilik mereka tiada pun balkoni ataupun tiada manusia yang dapat berdiri di luar tingkap bilik mereka. Namun, Sya tidak dapat mengecam rupa lembaga itu kerana tingkap bilik mereka ditutupi oleh langsir berwarna maroon. (boleh tengok contoh gambar dibawah).
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.