bila sakit hati menjadi benci,
Bila amarah tidak tertahan lagi,
Bila cemburu menguasai seluruh hati,Itulah.., Manusia...
Bunyi seretan pasu bunga ditarik memecahkan kesunyian. Mak Menah sedang berkebun bagi mengisi waktu lapang untuk menghilangkan bosannya. Mak Menah masih mempunyai suami dan 5 orang anak lelaki yang sudah bekerja tapi masih bujang semuanya. Gelaran Mak Menah diberikan oleh orang kampung disebabkan terkenal sambal merah ikan bilis buatannya sendiri.
Sedang sibuk mengemaskan hasil hiasan Mak Menah, seseorang menghampiri dan memberi salam terlebih dahulu.
"Assalammualaikum..Menah,, buat apa tu?!"., sapa Mek Ros.
"Ehh, kau..Ros...dari mana nk ke mana tu..Aku berkebun nie haa hilangkan rasa bosan sambil² keluarkan peluh nie dah lama tak buat senaman",Jawab Mak Menah selepas bertanyakan Mek Ros.
"Aku ni haa nak pergi kedai hujung tu beli barang untuk buat masak, alang² nampak kau nie itu yang aku tegur tu kan kau nampak aku menonong je kang cakap aku sombong pulak", cebik Mek Ros sambil mata menglilau untuk mencari sesuatu.Perlakuan Mek Ros disedari oleh Mak Menah. Hairan juga kawan sorang dia nie tiba² datang saja kalau ada perkara yang penting sahaja kawannya itu datang.
"Kau cari apa Ros kat rumah aku nie..ada yang tak kena ke?!", soal pelik Mak Menah pada Mek Ros.
"Aku sebenarnya ada sesuatu nak bagitau kau nie itupun tak tahulah nak percaya ke tak dekat aku.." balas Mek Ros balik.
Aktiviti Mak Menah tergendala seketika bagai menarik minat Mak Menah yang ingin tahu.
" Haa..Apa dia..?! cakap lah macam betul² penting je", Tanya lagi Mak Menah.
"Aku ada nak tanya tapi... sebelum tu aku nak tanya kau, Menah..malam semalam ada orang datang rumah kau ke?!.." soal curiga Mek Ros.
Berasa pelik muncul sebelum Mak Menah menggeleng kepala menandakan tiada siapa² yang datang ke rumahnya semalam.
"Kenapa..Ros, kau tanya macam tu?", Jawapan di balas soalan. Mek Ros memandang seketika sebelum jawapan diberi.
"Semalam aku ada nampak orang datang rumah kau tapi...orang tu macam ada tabur sesuatu dekat depan rumah kau nie sambil2 tinjau engkorang anak beranak dekat dalam rumah..haa lepas habis je tabur tu terus blah macam tak ada apa² berlaku..ehh hati aku tak sedaplah jangan² ada orang nak dajjal kan kau tak tapi tulah aku tak berapa nak cam muka sapa dahlah gelap aku sorang pulak tu yus tak ada dekat rumah..kang tak pasal² aku yang kena kalau aku yang tegur sapa tu tapii lah kan yang aku sempat cam perempuan muda dari aku nampaklah bentuk badan pempuan tu...", seloroh Mek Ros bercerita pada kawannya.
Mak Menah terkejut bercampur hairan sapa yang datang ke rumahnya pada tengah malam tu. Sedangkan malam semalam hanya Mak Menah dan suaminya sahaja yang ada di rumah, anak²nya semuanya tak balik ke rumah sebabkan anak semuanya dah mempunyai rumah sendiri.
Syukur Mak Menah semua anaknya berjaya dalam hidup. Mak Menah berfikir positif tidak mahu kecoh².
"Ehh, takpe lah kalau tak nak percaya dulu, tapi aku sarankan kau kena ambik tahu apa yang aku cakap nie, kau cari² lah orang handal bab² nie, macam pak ustaz ke bomoh² ke..dahlah itu je aku nak bagitau kau pasal tu, aku pergi dulu ye kang tak jadi pulak nak masak nie.. Assalammualaikum", setelah Mek Ros beri nasihat kepada Mak Menah terus berlalu pergi ke untuk menyambung aktivitinya.
"yelah..terima kasih Ros,, Wa'alaikummusalam". Jerit sikit Mak Menah.Setelah kembali sunyi, angin seram sejuk menyapa seluruh tubuh Mak Menah. Mak Menah cepat² beristighfar bagi menepis fikiran negatif yang datang. Semoga keluarganya dijauhkan segala musibat. Sementelah, Mak Menah menyambung aktivitinya sehingga selesai..
Bersambung...
please vote and comment yaa🥺🙏✌️
YOU ARE READING
||-7Sihir-||
Terror~ perasaan takut ~bulu meremang ~ jantung berdetak laju ~7 kisah yang memberi peringatan dan pengajaran Tamak-Dengki-Hasut-Dendam-Khurafat-Nafsu-Syirik ....... 7 Peringatan 7 Pengajaran 7 Nasihat 7 Cerita Semua kisah di dalam ni tidak ada kena- meng...