AOD#-18(/Kisah Kedatangan Lyya/)

165 11 0
                                        

Disebuah kota yang sangat terpencil tinggal lah sekeluarga kecil yang sangat bahagia tapi kebahagiaan itu dihancurkan apabila datangnya seorang anak bernama lyya.

Kesalah fahaman yang memudaratkan fikiran seorang ibu yang baik telah pun menjadi kejam kerana benci akan kehadiran anak baru itu.

Seorang lelaki yang berumur 10 tahun bernama X hanya mampu melihat ape yang terjadi pade ibu dan ayahnya.

Pada keesokkannya,sedang seketika ibunya keluar ke pasar untuk mengambil angin segar di kota sambil berjalan manakala X,bapanya dan lyya tinggal bersama bertiga untuk masa yang agak lama.

Bapanya memanggil X sambil tersenyum manis dia mengusap kepala X dengan sangat lembut.

"X ayah nak kamu jaga lyya baik-baik,layan dia baik-baik dan jangan sesekali memukul dia" kata bapanya sambil memujuk lyya mengenalkan diri.

X senyum dengan sangat mesra kerana dia sangat gembira mempunyai seorang adik yang sangat comel.

X menghulurkan tangannya untuk berkenalan tetapi lyya dihadapannya hanya menjeling.

Bagi lyya X dan ibunya X hanyalah malang petaka bagi dirinya kerana dia sangat berharap kalau dirinya dapat tinggal bersama bapanya sahaja.

Ibunya meninggal ketika sedang melahirkannya dan dihadapannya hanya ada sesosok bayangan lelaki yang tidak ia ingati tapi dia yakin kalau itu adalah bapanya X.

Selesai bapanya dan X berborak ibunya telah pun pulang ibu X terus mencampak barang yang dibelinya dan terus mengambil dan memeluk X.

"Sayang kamu tak apa-apa kan jantan depan kamu cederakan kamu ke? Atau dia hasut kamu!?" Tanya ibunya dengan sangat risau.

X memeluk ibunya sambil menggosok-gosok belakang supaya keadaan ibunya dapat menjadi tenang.

Ibunya memandang lyya "sebab kau anak sial! Hidup aku,anak aku dengan suami aku macam ni!" Katanya dengan suara yang sangat lantang membuat lyya menangis teresak-esak.

Bapanya memujuk lyya begitu juga X mahu memujuk adiknya yang sorang itu tetapi tangannya ditarik kasar oleh ibunya.

Ibunya menolak lembut tubuh X dan suara yang lantang tadi telah pun berubah menjadi sangat lembut.

"X sayang tunggu sini diam-diam sebab ibu nak masak kita makan dalam bilik ni sama-sama ya"

Ucap ibunya sambil tersenyum manis tapi tidak bagi X untuk terpedaya senyuman itu.

X keluar senyap-senyap untuk melihat keadaan lyya bagi dirinya dia sangat berharap ibunya akan terima kehadiran lyya.

"Lyya(^-^) X takut lyya terluka di gegendang telinga sebab kekuatan ibu kan suara lantang yang menghancurkan telinga seseorang yang dia mahu"

Kata X tapi ditolak kasar oleh lyya "Senyap lyya harap X dan ibu X mati dalam keadaan yang mengerikan!!!!" Bersungguh-sungguh lyya mengucapkan ayat itu tapi nasib tidak menyebelahi dirinya ibu X datang.

"Dekat sini rupanya kamu! Ibu dah cakap jangan main dengan perempuan yang membawah kerosakan rumah tangga orang!" Kata ibunya lalu menarik paksa kasar tangan X.

X ditolak keluar dari bilik lyya manakala ibunya masih ade di dalam bilik itu.

Ibunya mengunci bagi tiada siapa yang masuk dan semestinya lyya dipukul habis-habisan.

Di luar bapanya tertanya kenapa X berada dihadapan pintu bilik lyya dan X memberitahu bahawa ibu ade sedang memukul lyya.

Bapanya terkejut dan terus menghacurkan pintu terlihat lyya sangat dalam keadaan yang teruk kemungkinan dia akan mengalami gegaran otak atau darah beku.

Ditolaknya ibu X ketepi dan terus mengambil lyya di bawa ke hospital yang terdekat dengan kota ini.

X tinggal bersama dengan ibunya. Ibu X mula menenangkan dirinya sendiri dan memberitahu X bahawa dirinya mahu berehat seketika di bilik seorang diri jadi dia tidak mahu X mengacaunya.

X semakin risau dengan keadaan ibunya yang semakin menggila terhadap lyya.

Pulang sahaja bapanya dan lyya yang masih lagi tak sedarkan diri di rumah X terus berlari menanyakan keadaan adiknya.

Bapanya mahu berbincang dan mengatakan hal yang sebenar kenapa lyya ade di sini tapi dihalang X kerana ibu mahu berehat dan tidak mahu ade sesiapa yang mengacau.

Jadi mereka bapa X juga pun berehat sementara X masih lagi risaukan keadaan adiknya yang comel lyya untuk bangun dari tidur sementara.

X secara tak perasan pun telah terlelap.

Keesokkannya bangun saja dari tidur yang lena dia terkejut dihadapannya ada wanita yang sedang memengang kapak dan pisau.

X terus mengejutkan bapanya dengan sangat terburu-buru lalu bapanya terbangun dalam keadaan terkejut dengan isterinya yang sudah seperti dirasuk.

"Kau dengan anak tu boleh sama-sama pergi mati!" Kata ibunya menyerang X tapi dihalang oleh bapanya.

Bapanya menyuruh X membawa lyya pergi tapi X masih dalam keadaan kaku dia semakin ketakutan.

Ketakutan kalau adiknya yang masih lagi tidak sedar ini akan dibunuh juga kalau pun ibunya sudah membunuh X.

X tidak mahu kalau dirinya lari akan dikejar oleh ibunya dia memandang bapa dan ibunya dengan padangan marah.

Bapanya tidak mahu isterinya tercedera sebab itu dia tidak mahu menyerang tapi dia terkejut pisau itu telah pun mencucuk lehernya.

X juga terkejut bapanya jatuh terkulai seperti bunga yang layu dia memandang ibunya.

Ibunya siap sedia menyerang X tapi entah bagaimana dirinya dicucuk dari berlakang.

Diri gagah untuk melihat berlakang dan dia terkejut bayang suaminya yang menyerangnya lalu dia memandang X dia terkejut kalau anaknya sendiri yang membunuhnya.

"Ibu minta maaf sayang tapi ibu amanahkan X tolong jaga lyya ya budak tu tak berdosa tapi ibu tak boleh kawal emosi" senyum ibu nya kali terakhir.

Bayang-bayang itu mencucuk kepala ibunya berkali-kali begitu juga bapanya sampai hancur.

X tercungap-cungap kerana dia menggunakan banyak tenaga "jangan sesekali jadikan lyya sebagai korban kesalahan!"

"Tak akan ade sesiapa yang dapat mengambil lyya lagi kalau ade yang tentang X akan bunuh!" Katanya dengan mata merah kehitaman.

Sejak saat itu lyya tidak mengingati apa pun kecuali kejadian yang dia dipukul.

Lyya masih lagi membenci X tapi dalam masa yang sama ketakutan dengan X yang pendiam tidak mempunyai seorang kawan dan tidak akan pernah menjemput rakannya ke rumah.

Tapi setelah beberapa tahun barulah X berubah dan menjadi seorang yang annoying.

Dia pelik dengan peragai abangnya kerana selama itu abangnya tidak pernah lansung marahnya kecuali kalau diri cakap mahu bercouple atau kahwin percakapan itu akan sangat dimarahi X.

Dark PowerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang