AOD-#22

36 1 0
                                    

Timmy memanggil chris tetapi tetap saja sia-sia tindakannya itu apabila dirinya sendiri tidak mampu dipertahankan.

Chris memandang ke arah timmy manakala leo dan X yang pergi tadinya memberhentikan langkahnya.

Leo tiba-tiba menengking chris dari jauh "Chris! Kau memang menyusahkan orang lain! Bukan setakat apa yang dikatakan oleh orang asing tu je yang betul,benda yang aku lama pendam pun betul juga! Kau betul-betul menyusahkan dan tak berguna!" Suara yang hampir menjadi serak berjaya disampaikan.

Ucapan yang dilontarkan oleh leo itu membuat X dan timmy tergamam manakala chris hanya terdiam.

"Wahahaa~kau dengar tak tu tuan muda yang bodoh kawan kau sendiri mengaku kau menyusahkan~" ucap agen itu dengan sinis.

Lalu sambil tersenyum jahat lagi "aku boleh ubah kau~ tanpa emosi atau teman seteruk mereka~ semestinya aku akan buat kau lupa" ucapnya tapi di hujung ayat membuatkan chris berasa tidak sedap hati.

Chris cuba menghadap situasi "dia kawan aku bukan kawan kau,jangan pernah kau berani sentuh" katanya dengan pandangan tajam.

"Ahh~ takutnya kita~ nampaknya kau memang bodoh....hah..jay~" arahnya  dengan wajah yang sudah malas melayan tuan muda itu.

"Chris!" Jerit timmy bila melihat chris yang sudah pingsan diangkat oleh jay itu.

Timmy memandang leo dengan wajah marah kerana leo lah yang meninggalkan chris.

"Leo buat lah sesuatu!" Arahnya membuat leo mengeluh "Kau..apapun chris lebih menyusahkan! Dinding Perantara!" Jerit leo dengan kuat menyebabkan dinding antara dunianya dan dunia bawah perlahan-lahan mulai terpisah.

Agen yang membawa chris itu tadi tersenyum sinis "haha~ menarik! Kau nak sangat tuan muda aku ni yah~ silakan~ tapi kalahkan dulu tuan muda yang berguna ni~" katanya sambil tertawa membuat timmy tersentak.

Timmy tersentak apabila melihat sifat chris berubah 360 derajat "mm..mana chris yang aku kenal?" Soal timmy dengan suara yang lantang.

"Maksud kau? Ohh hahah~ tuan muda yang berpura-pura bahagia yah~ hakikatnya aku lebih mengenalinya kalau kau tak percaya sudah tapi inilah dia yang sebenarnya sebelum ada kawan memalukan seperti korang~" ucapnya sambil memegang chris yang muram dan tidak ada satu pun emosi tertunjuk.

"Chris musuh kau ada di hadapan~ ohh jangan sampai membunuhnya~" katanya sambil tersenyum sinis manakala leo dengan cepat membuat satu lagi dinding bagi menghalang timmy diserang chris.

"Timmy bahaya! Dinding penghalang!" Jeritnya manakala X mula terdiam melihat chris. "Oi chris" panggil X mahu memastikan tapi mereka semua terkejut apabila chris mula tersenyum sinis pada mereka bertiga.

"Takut atau bimbang?" Tanya chris kepada timmy dan X kecuali leo kerana leo sudah tentu tidak akan memilih kasih kawan atau adik jikalau musuh akan dibantainya.

Timmy dan X mulai resah pilihan mereka hanya ada 2 lawan atau membiarkan chris yang seperti ini pergi.

"Jangan risau tapi aku takut kalau korang berjumpa sekali lagi bukan sebagai rakan melainkan musuh~" ucapnya sambil tersenyum-senyum seperti itu sesuatu yang kelakar.

Timmy dan X terkejut begitu juga leo "kau!" Tapi dipotong oleh agen itu "hmm..kalau tak nak lawan jangan buang masa~ mari pergi tuan muda" ajaknya tapi dihalang oleh jeritan timmy yang sekuat hati.

"Jangan chris! Kita berdua kawan kan!" Tetapi ucapan itu diabaikan oleh chris dan mereka semua berlalu pergi manakala timmy masih lagi meraung dan air matanya mulai jatuh menitis.

Leo hanya mendiamkan diri dan memetikkan jarinya supaya ruang pemisah antara dua dunia kembali sedia kala manakala X hanya melihat dengan pandangan serba salah tidak mahu menegur timmy yang sedang terluka.

"Padahal aku rawat dia macam adik aku tapi....tapi korang bukan sebenarnya kau leo aku tahu kau nak bagi semangat tapi perkataan kau..." Pengakhiran ayat itu dibiarkan berlalu, air matanya diusap lalu bangkit.

"Aku harap permusuhan kita berdua berlangsung sekejap sebab aku tak akan sanggup nak lawan orang yang aku jaga separuh nyawa" ucap timmy dengan nada sedih.

Dark PowerWhere stories live. Discover now