AOD-#13

206 17 7
                                    

X membuat muka sangat gembira dan terharu tidak dia menyangka adik kesayangannya lyya mengingati hari jadinya itu.

Lyya yang dah faham sangat perangai abangnya itu mula menolak kasar kepala X daripada mencium pipinya yang gebu itu.

Tapi pada waktu yang sama juga lyya mula terasa gelisah seakan-akan sebentar nanti akan adanya sesuatu yang membuat mereka mengorbankan nyawa.

"Ya....yyaa.....LYYA!.." lyya tersedar dari lamunannya kemudian mukanya mula bertukar pucat lesu seperti dapat meramal apa yang akan jadi nanti.

Ye, tidak silap lagi yang didengari lyya tadi itu adalah salah satu dari hasutan daripada shadow ke....

Lyya mula melihat satu persatu kawan X tetapi kesemuanya nampak sangat-sangat normal seperti biasa.

Secara tiba-tiba mata lyya hanya tertumpu ke arah Chris sahaja dan dirinya mula mengarah agar yang lain di dekat X dan kemudiannya,lah masa untuk bertanya.

"Chris? Kenapa?" X terkejut dengan situasi itu apatah lagi 2 rakannya itu juga sedang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dan kenapa situasi boleh jadi macam ni?

"Kau tanya kenapa? Huh?! Daripada dulu aku benci KAU LYYA sepatutnya time mak bapak kau mati kau pun kena ikut sekali tapi sayangnya kau boleh bertahan hidup sebab abang dungu kau tu!" Suara Chris mula menaik seperti sedang memarahi orang gaji yang telah melakukan kesalahan.

"Huh!? Benci! Apa alasan kau?" Tengking lyya dengan mata yang berapi-api.

Lyya tidak seperti beberapa adik perempuan yang diluar sana, kalau ada yang membencinya dia tak akan nangis sebaliknya mahu tahu atas sebab apa kau membencinya jikalau alasan itu remeh siaplah dimakan oleh haiwan peliharaan lyya tapi jika alasan itu sangat munasabah dia akan berbincang dengan akal fikiran dan hatinya.

"Aku benci perempuan macam kau! Kau layan X macam dia tu orang bawahan kau! Kau ingat diri kau tu sebagai seorang ratu ke!?" Marah Chris dengan mata yang merah menyala.

"Cih" perkataan itu perlahan berbisik keluar dari mulut lyya tapi padangan mata lyya mula berbeza daripada padangan tadi.

Lyya mengambil satu kerusi plastik lalu melabuhkan punggung ke atas kerusi tadi dan mula menyilangkan kakinya layaknya seperti seorang atasan.

"Aku ada peraturan aku sendiri dalam rumah ni tak terkecuali si X! Alasan remeh macam tu aku tak boleh terima kau sepatutnya lebih memikirkan lagi alasan yang perlu kau bagi!?" Lyya mengangkat kening sebelahnya tanda mencabar apa si chris mampu atau tidak.

Chris memandang ke arah kawan-kawannya iaitu X,Timmy dan Leo tapi mereka masing-masing muka telah pucat tidak berani untuk bertegur sapa.

Ini dikeranakan dulu ade kes macam ni sama tapi semuanya kalah kalau lawan lyya yang sedang series itu.

Sangat mengerikan tidak tertanding bahkan cikgu mahupun hantu kalah melawan kemurkaan si lyya.

X cuba memberanikan diri mahu bersuara tapi belum sempat dia begitu lyya yang menegurnya dahulu "Diam,kalau tak nak lidah abang tercabut" hanya perkataan se-simple itu membuat X menutup mulut bukan kerana takut atau gementar tapi kerana lyya telah memanggilnya *a.b.a.n.g*.

Kegembiraan hati X yang tak tertandingi manakala 2 sahabatnya itu hanya mampu mengeluh terhadap abang yang tersentuh hanya kerana adiknya sendiri cakap dirinya *a.b.a.n.g*.

Dark PowerWhere stories live. Discover now