Shawn mulai dengan live streaming nya di Youtube memperkenalkan diri semua karakter yang akan bersamanya pada malam itu.
Live di Youtube Shawn serta merta menjadi sebutan ramai kerana kemunculan semua Pro Gamers yang terkenal itu terutama Quinn Eden yang kembali muncul. Hampir berjuta views yang masuk kedalam live tersebut membuatkan Shawn sedikit terkejut. Tetapi seperti yang dijangka, semua tidak akan mustahil jika Quinn Eden ada bersama mereka. Lagi pula, gadis itu memang ramai peminat.
Semua karakter berkumpul di sebuah rumah yang dimiliki oleh Shawn atau namanya di dalam game DeathStalker.
Mereka mulai berbual sesama sendiri sebelum memasuki mana-mana peperangan selepas ini. Kelihatan ahli The Tyrants iaitu Bunny dan Suuin berada di tempat masing-masing dan mendekati karakter Axel.
"Aik, sejak bila kau tukar nama?" soal Eden kepada Suuin yang sudah menukar nama karakternya daripada 'Wafer' ke 'Suuin'.
"Hehe, aku rasa nak letak nama sendiri, sebab tu lah" Balas Suuin.
Eden hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lama betul dia tak on sampai nama karakter pasukan sendiri tukar pun dia tak tahu. Eden sedikit kecewa melihat ketiadaan Leondre di situ lalu dia memandang pula ke arah Karakter Bunny.
"Bunny, kau berapa lama tak on?" Soal Eden.
"Setahu aku, kau yang dah lama tak on... kiteorang stay je on sepanjang masa" Balas Bunny. Eden sedikit tersentak mendengar jawapan yang diberikan oleh Bunny. Kedengaran nadanya sedikit memerli dan marah. Eden kemudiannya hanya mendiamkan diri sambil mendengar suara Shawn yang berbual bersama orang-orang yang melihat Live Stream nya pada malam itu.
Karakter Axel di satu sudut rumah di dalam permainan video itu hanya menjauhi mereka semua seketika dan memerhati dari jauh.
Betul ke hanya dia yang tidak selalu on seperti mereka? Hanya dia sahaja?
Eden menyandarkan dirinya di atas kerusi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya ketika itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang paling menggangu fikirannya ialah Leondre sendiri. Ke mana lelaki itu menghilangkan diri? Walaupun Eden sendiri hiatus namun ada juga dia jenguk-jenguk siapa yang online. Tidak pernah sekali pun selama dia menjadi pemerhati di dalam Game itu, nama Phantom7 iaitu karakter Leondre kelihatan.
"Bunny, Leondre okay ke?" Eden mulai bertanya. Bunny yang sedang sibuk menukar skin weapon menjawab
"Aku tak tahu..., dah lama aku tak nampak dia online apa-apa. Bukan setakat Game dia tak online, chat pun tak on, apatah lagi apps yang lain..."
Eden sedikit keliru. Dia lagi serabut memikirkan hal ini apabila berkenaan dengan keadaan ahli pasukannya sendiri. Jika perkara ini berlaku, sukar untuk mereka sertai mana-mana perlawanan nanti. Leondre amatlah penting di dalam The Tyrants. Antara yang paling berguna dan jika ketiadaan Leondre ini berterusan, ia akan memberi kesan yang besar kepada kumpulan mereka.
Leondre seorang yang ceria. Tetapi mengapa semuanya jadi begini?
"Ada jalan lain ke?" Mic didekatkan sedikit ke mulut Eden. Risau mereka tidak mendengar apa yang dikatakan olehnya kerana suasana yang agak riuh di dalam rumah Shawn di dalam Game itu.
White Fury hanya mencuri dengar perbualan antara ahli-ahli The Tyrants itu. Kalau diikutkan hatinya, dia mahu sahaja sertai perbualan mereka namun dibatalkan niatnya apabila nada perbualan antara Eden dan Bunny kedengaran serius.
"Kau tentukan sebab kau ketua kumpulan ni" Balas Bunny pendek. Eden terdiam seribu bahasa. Memang jelas sekali nada Bunny seperti sedang memarahinya.
Dia faham. Bunny marah kepadanya kerana sudah lama tidak menjalankan latihan bersama. Bunny ada sebab tersendiri. Eden tidak tahu apa dia tapi dia faham. Salah dia kerana hiatus terlalu lama. Manakala Suuin, tidak mahu masuk campur dalam perbualan ahli kumpulannya setelah mendengar nada suara Bunny. Jarang sekali dia mendengar Bunny marah sebegitu rupa. Buat pertama kali Bunny jadi begini di hadapan mereka. Apakah sebabnya? adakah disebabkan oleh Leondre?
_________
"nah, makan ni" Kotak Pizza diletakkan di atas meja di tengah-tengah ruang tamu itu.
Leondre yang sedang baring di atas sofa hanya memandang kosong pizza itu. Sempat dia mengerling ke arah Bunny yang baru keluar daripada biliknya di tingkat dua tadi.
Rumah banglo milik Bunny itu, sunyi sahaja dan hanya didengarkan bunyi kipas yang berpusing perlahan di ruang tamu.
Bunny mengeluh berat melihat Leondre yang kelihatan tidak bermaya mencapai sekeping pizza yang sudah dipotong itu.
Dia sendiri tidak tahu apa lagi yang mahu dinasihatkan kepada lelaki itu. Sudah berkali-kali dia cuba namun sentiasa gagal. Bagaimana dia mahu mengajak Leondre kembali kepada dunia permainan video itu?"Eden tanya tentang kau tadi" Bunny memulakan perbualan.
Leondre yang baru hendak mengunyah pizza itu terhenti apabila mendengarkan hal itu. Pizza ditangannya kembali diletakkan di dalam kotak pizza.
"Pandai pulak dia on" Perlian sinis diberikan oleh Leondre membuatkan Bunny hanya mampu mendiamkan diri. Sikap Leondre langsung berubah. Bukan seperti Leondre yang dia kenal dahulu, seorang yang ceria dan pandai mengatur kata. Sekarang? lihatlah keadaan lelaki itu. Dengan rambut messy nya, dengan wajah beku yang ditunjukkan. Jiwanya yang kosong langsung sudah tidak berminat dengan permainan video lagilah membuatkan Bunny risau.
"Sebab Luke ajak, okay lah kan dia dah on, kau taknak join semula ke?"
Bunny menyimpan rahsia mengenai Leondre yang tinggal bersama dengannya. Dia tahu seratus peratus keadaan lelaki itu ketika ini. Leondre jadi tidak terurus selepas dikalahkan oleh kumpulan Justin iaitu HeKar. Bukan kalah sikit, namun maruahnya ketika itu juga tercalar sebagai Gamers. Justin memang menghentamnya habis-habisan ketika itu sehingga lelaki itu hampir trauma dengan apa yang Justin lakukan.
Selepas daripada kejadian itu, Leondre terus berubah dan mengambil keputusan untuk tidak bersemuka dengan sesiapa kecuali Bunny yang memang tinggal bersama dengannya.
"Kau ni, sampai bila kau nak macam ni?, kau ada kerjaya sendiri yang kau dah sia-sia kan. Takkan kau nak tinggalkan The Tyrants macam tu je?"
'PANG'
Bunny terkejut apabila Leondre membaling remote control ke dinding rumah itu secara tiba-tiba dengan wajah tanpa riak. Hampir gugur jantung Bunny ketika itu.
"Kau kenapa!" Amarah Bunny mulai tercabar.
Leondre tersenyum sinis lalu memandang Bunny. "Kalau kau sebut lagi nama team tu, aku takkan teragak-agak untuk keluar dari tempat ni"
Leondre terus bangun dari sofa dan menuju ke biliknya. Bunny yang masih terkejut hanya mampu menggengam erat penumbuknya. Mengapa jadi begini!
Leondre menutup kasar pintu biliknya lalu dihempaskan badannya di atas katil.
Lama dia memendam perkara ini tanpa diketahui sesiapa mahupun ahli pasukannya sendiri. Sejujurnya dia jadi begini bukan hanya disebabkan HeKar! Tetapi...Disebabkan kata-kata yang dilontarkan oleh Justin kepadanya ketika itu.
"Aku tengok, kau paling tak function dalam kumpulan kau... patutlah lemah semacam lawan kiteorang... Buat apa kau stay dalam tu? Eden dengan Bunny juga kan yang dapat nama. Kau? ada ke orang sebut-sebut nama kau sebelum ni?, bila kau nak keluar?... aku tunggu" Justin tersenyum sinis sebelum berlalu pergi dari pentas perlawanan tersebut.
"ARGHHHHHH" bantal dicampak kasar ke lantai apabila ayat itu berlegar legar dalam fikirannya. Air matanya kini sudah gugur tanpa mampu menahannya lagi. Bantal digenggam erat dan gigi diketap geram cuba menahan diri dari terus menangis.
Bersambung...
YOU ARE READING
GAMER ✓ - PREVIEW -
एड्वेंचरDAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetapi dia hanya ada satu peneman,GAME. Dia terkenal di dalam game dengan namanya sahaja namun tiada seo...