G70 (LAST CHAPTER)

6.3K 421 139
                                    

Semua para pro-Gamers yang menyertai pertandingan itu masing-masing menaiki pentas . Top 3 yang menang berada di barisan hadapan. Manakala yang tidak berjaya berada di barisan belakang.

Eden mengesat air matanya yang masih tidak henti-henti mengalir. Luke yang berdiri di sebelahnya menghulurkan tisu. Eden mencapai sepaket tisu yang diberi oleh Luke itu lalu dia mengelap air matanya. Luke memandang Eden dengan senyuman. Dia nak je peluk Eden kat situ, nak pujuk. Tapi, masalahnya sekarang tengah Live. Bahaya. Ramai manusia pandang.

Piala E-Sport World Championship tahun itu terletak cantik di atas pentas . Piala itulah yang menjadi rebutan ramai.

Majlis penyampaian hadiah dimulai dengan pemenang tempat ketiga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Majlis penyampaian hadiah dimulai dengan pemenang tempat ketiga.
Iaitu Team BlackShark.
Mereka mendapat cek berjumlah 1 Juta beserta medal setiap seorang.

Seterusnya pemenang tempat kedua ialah Team Apocalypse. Yang mendapat Cek berjumlah 2 Juta beserta medal. Mereka tersenyum di hadapan camera ketika menerima hadiah daripada Lagend Of Gamer iaitu Faker. Faker yang datang untuk menyarungkan medal itu kepada para pemenang.

"Dannnnn JUARA E-SPORT WORLD CHAMPIONSHIP JATUH KEPADAAAA!!!!!!!"

"THE TYRANTS!!!!!!!!"

Satu stadium menjerit bagai orang gila apabila The Tyrants mula menerima Medal daripada Faker.
Mula-mula yang menerima medal ialah Suuin, kemudian diikuti dengan Leondre.

Ketika Faker berhadapan dengan membernya sendiri iaitu Bunny, Faker hanya tersenyum dan menyarungkan medal itu kepadanya. "You have a good teammate" ujar Faker kepada Bunny. Bunny hanya tersenyum mendengar perkara itu.

Apabila Faker berhadapan dengan Eden untuk menyarungkan medal, semua orang di stadium itu mula bersorak. Almaklumlah semua teruja nak tengok interaction antara dua lagend itu.
Eden yang seperti tidak tahu mahu describe perasaannya ketika itu hanya tersenyum memandang Faker . Faker juga tersenyum lalu dia mengalungkan medal itu kepada Eden.
"Nice play.." ujar Faker.

Eden hanya tersenyum "thank you"

Kemudian, setelah mereka menerima medal, The Tyrants juga menerima cek berjumlah 4 Juta.

Dan of course, trophy yang diimpikan setiap pro-gamers. The Tyrants mengelilingi Trophy yang agak besar itu lalu mereka mengangkat Trophy itu bersama-sama. Satu Stadium menjerit happy melihat mereka yang sedang tersenyum gembira apabila mengangkat trophy itu.
Semua pro-gamers menepuk tangan atas kejayaan The Tyrants. Mereka memang layak pun berada di tempat pertama.

"Dan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua pro-gamers, siapakah yang akan digelar KING OF PRO-GAMERS? Siapakah yang akan duduk di Throne itu?"

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now