DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN.
Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetapi dia hanya ada satu peneman,GAME. Dia terkenal di dalam game dengan namanya sahaja namun tiada seo...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Eden bersiap-siap untuk ke sekolahnya. Rambutnya disikat lurus lalu diikat ponytail.
Setelah berpuas hati melihat penampilannya di depan cermin, Eden terus menuju ke dapur lalu bersarapan bersama ibunya.
Telefon dilihat seketika.
'New Notification'
Eden membuka inbox itu .
The Butchers
Daemon Eden gisekolahcepat!
Black_Cat morning guys!!
Eden tersenyum melihat mesej daripada mereka semua. Si Luke tu je yang belum on. Eden menaip laju di telefonnya.
Mesti Luke x bgunlagi Kn.
Black_Cat mamattummg Slalubgunlmbt
Daemon Jgnkawindgnlelaki Mcmtu tau Eden.
Tiber.
Eden tergelak kecil. Dah kenapa tiba kaitkan hal kahwin pula ni. Macam-macam lah diorang ni.
"Eden.. makan lah dulu..sejuk makanan tu nanti...sengih-sengih dah kenapa?" Tegur Ibu Eden dengan wajah seriousnya.
Eden tersengih "sorry ibu.." Tangannya terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Hmm memang sedap masakan ibunya itu!
Eden melihat jam di tangannya. Bulat matanya apabila melihat dia sudah lewat untuk ke sekolah.
"OMG IBU...EDEN DAH LAMBAT.. BYEEEEEE" Eden terus menyalam ibunya dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Ibu Eden mengeleng kepala melihat perangai anaknya seorang itu.
Beg dicapai lalu Eden terus berlari ke luar rumah dan mencapai basikal blue black miliknya .
Eden mengayuh basikal dengan kelajuan maksimum. Salah dia kerana tidak sedar masa berlalu dengan cepat.
༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ
Setibanya di sekolah, Eden memarkirkan basikalnya di tempat khas yang disediakan untuk para penuggang basikal.
Kelihatan laluan di sekolah mulai lengang kerana sudah pasti para pelajar sudah berada di kelas masing-masing.
Matilah kau Eden.. dahla sampai lambat.. matilahh.