Stadium itu mulai dibanjiri dengan semakin ramai manusia yang hadir untuk menonton final antara The Tyrants dan Apocalypse.
Eden menepuk kedua belah pipinya. Come one wake up dearself!! Kau dah lepas finall!!!!
Bilik waiting room The Tyrants mula sunyi kerana masing-masing nyenyak tidur sementara menunggu final match selepas persembahan closing daripada idol. Patutlah si Justin ada kat sini, rupanya Group dia buat persembahan kat acara yang hampir penutup itu. Tv ditutup oleh Eden. Dia malas nak mengusutkan fikirannya sekarang. Setiap wajah ahli teammates nya dilihat seketika.
Bunyi deringan di telefon mengejutkannya. Eden mencapai phonenya lalu melihat nama si pemanggil.
(DANNY♥️)
Eden tanpa berlengah terus menjawab panggilan itu. "What's up?" Ujar Eden.
"EDENNN , OMAYGASHH EDENN IDOLA TERUKKSSS , AKU TENGOK PERLAWANAN KAU LIVE NI TAHU TAK!!!"
Terkejut Eden dibuatnya lalu dia melari-larikan phone itu daripada telinganya kerana si Danny menjerit bagai orang gila.
"Ha pastu?" Selamba jawapan Eden berikan. Danny tergelak besar mendengar jawapan Eden lalu dia kembali membalas
"Sebenarnya, kiteorang semua ada dekat stadium ni" ujar Danny di dalam talian.
Tersedak Eden dibuatnya. Family aku ada kat sini?! Seriouslahhh?!!!
"Weh kau biar betul, jangan main-main dengan aku" ujar Eden. Danny hanya tergelak kecil di talian lalu dia menjawab "ye.. kiteorang ada kat sini.. tak percaya tengok ni.."
Sebuah message tiba di inbox Eden. Eden membuka message itu lalu kelihatan gambar selfie familynya yang berada di stadium.
Tercengang Eden dibuatnya. MAYGASHHH DIORANG TAK MAIN MAIN!
"Wehh bila korang semua datang?! Kenapa tak bagitahu aku awal-awal!"
Eden berasa begitu happy setelah mengetahui family nya datang untuk melihat perlawanan final itu."Kiteorang nak surprise kau.. by the way...GUDLUCKK EDENN! GO CAPTAIN GO!!" Eden tergelak kecil mendengar suara familynya bersorak bersama peminat di tepi.
Tiba-tiba rasa malu sekejap."Hahahaha thanksss.. okaylah.. aku kena pergi dah ni..thanks sgt ibu and ayah sebab datang..Eden janji Eden akan buat ibu ayah bangga" ujar Eden sambil tersenyum.
Danny kemudiannya membalas bye dan dia terus meletak panggilan itu. Eden menyimpan phonenya kembali ke dalam beg.
Jam ditangan dilihat.
Lagi 10 minit lagi diorang nak naik pentas.Eden memandang ke arah ahli kumpulannya. Kelihatan Bunny sudahpun bangun daripada tidur dan melayan phonenya.
Leondre dan Waffer masih lagi melelapkan mata mereka dalam keadaan duduk di sofa dan bersandar.
"Bangun pakcik-pakcik sekalian, dah nak final ni" ujar Eden sambil bercekak pinggang melihat mereka. Eden faham mereka mengantuk kerana memang selalu setiap kali lepas perlawanan, mesti mata akan terasa berat. Mungkin sebab function daripada terlampau lama menghadap skrin elektronikBunny mengerling ke arah Suuin yang sedang tidur di sofa bersebelahan dengan sofa yang dia duduki.
Bahu Suuin ditepuk beberapa kali untuk mengejut lelaki itu.
Suuin membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang sekeliling bilik waiting room itu. Jam di tangan dilihat."Pergi basuh muka, karang keyboard dengan mouse pun kau tak boleh beza" ujar Eden membebel seperti mak nenek. Suuin hanya mengganguk faham lalu dia keluar daripada waiting room dan menuju ke tandas untuk membasuh muka.
Leondre yang terdengar suara-suara itu mula terjaga dan memandang ke arah Eden yang sedang merenungnya. "Pergi basuh muka" ulang Eden dengan perkara yang sama. Leondre merenggangkan urat-urat sarafnya seketika lalu barulah dia keluar daripada situ.
YOU ARE READING
GAMER ✓ - PREVIEW -
AventuraDAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetapi dia hanya ada satu peneman,GAME. Dia terkenal di dalam game dengan namanya sahaja namun tiada seo...