Kill or Save

313 17 0
                                    

“Aku bukan sorang-sorang..”

Mereka bertiga tiba-tiba didatangi Beberapa Motosikal.
Di atas setiap motosikal itu terdapat
seorang lelaki yang memegang sebatang baseball bat. Ada juga yang membawa pistol.

“Heh! Apa Korang nak buat sekarang?
Korang dah tak boleh lari!”
Kata Fiza dengan lantang.

“Apa kita nak buat?!”
Tanya Ali sambil menahan serangan Dari salah seorang penunggang motosikal.

“Papa boleh lawan 4 orang yang naik moto tak?”

“Rasanya boleh!”

“Kalau macam tu, Papa lawan diorang ni! Saya akan lawan Fiza tu.”
Alice memberitahu rancangannya.

“Tapi.. boleh k-”

Bang!

Tiba-tiba Fiza menembak mereka sebelum Ali sempat habiskan ayatnya.
Tapi mereka berjaya mengelak.
“Korang tak perlu rancang apa-apa.
Sebab Korang tetap akan mati Harini!”
Kata Fiza sambil mengacukan pistol nya kearah mereka berdua.

“Bakudan!”
Alice menembak Fiza secara berterusan.
Fiza mengelak serangan Alice dan
Terbang ke udara lalu menyerang balas Alice dengan Riflenya.
“Kaze, Active!”
Alice mengaktifkan Kaze dan mula belari ke atas untuk memudahkannya
menembak Fiza yang sedang terbang.

Sementara itu Ali menyerang semua lelaki yang cuba menyerang nya menggunakan Motor. Ali menyerang
bahagian muka salah seorang penunggang motosikal menyebabkan dia terjatuh.
Ali terus menahan dan menyerang balas setiap serangan mereka.

Semasa perlawanan itu berlangsung,
Hyme tiba-tiba terbangun dari pengsan.
“Ergh.. Aku kat mana ni?”
Bila Hyme tersedar yang sedang ada perlawanan disitu dia cepat² sembunyi
oleh kerana waktu tu, Tukul dia dah rosak.
“Fiza lawan Alice?”

Kelihatan Fiza menyerang Alice menggunakan pedangnya secara bertalu-talu. Alice cuba mengelak Setiap serangan Fiza. Dia kemudiannya mengacukan pistol  Fiza
“Senko!”

Namun Fiza tidak menghiraukan tembakan Alice. Dia terus menyerang Alice di bahagian tangan hingga menyebabkan pistol nya terjatuh.
Fiza lalu menikam perut Alice menggunakan pedangnya.
“Aarrghh!”

“ALICE!!!”
Ali yang ternampak perkara itu mula menjadi tak fokus sehingga ada salah seorang dari lelaki disitu berjaya memukul Ali dari belakang.
Ali terjatuh lalu pengsan disitu.

Alice yang ditikam Fiza menjadi lemah longlai kerana hilang banyak darah.
Fiza kemudiannya menghempas Alice ke tanah dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan Alice bertambah parah. Alice tak boleh bangun akibat kecederaan itu.
“Kalau Aku bunuh Ali tu dulu, kau pun akan lenyap sekali. Tapi, macam bosan pulak macam tu. Jadi baik kau yang mati dulu.”
Kata Fiza dengan nada Angkuh.

Fiza terbang keatas.
“Untuk meraikan kejayaan untuk bunuh kau Harini, aku akan bagi kau
cara paling bagus untuk mati, Alice. ”
Fiza mengangkat sebelah tangan nya.
“Bazuko! Mode Fino.”
Tiba-tiba sebuah rocket launcher (bazooka) muncul di tangan Fiza yang diangkat.
Fiza kemudiannya menghalakan Bazooka itu kearah Alice.

Alice yang sudah nyawa-nyawa ikan
tak mampu buat apa².

“MATI!”

BOOM!

Fiza menembak Alice menggunakan bazooka. Jelas kedengaran letupan kuat dari bazooka tadi. persekitaran Alice tampak berasap sehingga mengaburkan Alice yang di tembak.

Hyme mula tergamam melihat apa yang Fiza buat.
Fiza kemudiannya mengambil nafas
sebelum memandang kearah Ali yang sudah pengsan.
“Semua tepi! Biar dia dapat cara mati yang sama.”
Fiza mengarahkan Bazooka kepunyaan
kearah Ali.

EJEN ALI :future chlid  (BM)Where stories live. Discover now