New attendance

263 16 5
                                    


8:33 -Srt Cyberaya.

Di sebuah pagi, Cg. Munah masuk ke kelas Ali.
“Murid-murid. Harini ada Pelajar pertukaran akan masuk kelas kita.
Silakan masuk.”
Cg. Munah memanggil seseorang lalu masuklah seorang murid lelaki kedalam kelas itu.

“Ok, sila perkenalkan diri.”

“Nama saya Hazim. Selamat berkenalan.”
Murid lelaki itu memperkenalkan diri.

Huh? Macam kenal je.”
Ali memandang kearah Hazim.

“Kamu boleh duduk kat belakang syed.”
Cg. Munah memberikan tempat duduk pada Hazim.

“Baik cikgu.”
Hazim berjalan kearah tempat duduk yang ditunjukkan.

Alice kelihatan memandang tajam kearah Hazim.
Apa dia buat kat sini?”
.
.
.
.
.
.
.
Waktu rehat...

Ali berehat dengan viktor macam selalu di kantin. Tapi hari ni dia tiba-tiba rasa macam diperhatikan.

“Hmm... Viktor. Kau ada perasan apa-apa tak?”
Tanya Ali.

“perasan Apa?”

“Macam ada orang tengah tengok kita.”
Ali memandang sekeliling.

“Oooh, biasa lah tu. Kat mana-manapun
Orang boleh tengok kita.”
Jawab viktor sebelum meminum air sirap yang dibelinya.

Betul jugak. Perasaan aku je tu.”
Fikir Ali.

Tak jauh dari situ, ada seseorang sedang memerhatikan mereka.
Hmm.. target tengah makan, sembang dengan kawan...”

Hazim yang memerhatikan Ali cuba  membaca pergerakan Ali.
Tiba-tiba ada orang yang memanggilnya dari belakang.

ia menoleh ke belakang dan orang yang memanggilnya tadi ialah..

“Alice? Apa kau buat kat sini?”
Hazim bertanya kepada Alice yang memanggilnya tadi

“Aku pun nak tanya soalan yang sama.
Apa kau buat kat sini?”
Alice bertanya kembali.

“Aku? Aku nak belajar lah. Buat apa lagi?”
Jawab Hazim

“ jangan nak tipu lah Hyme..”

“H-Hyme? Siapa Hyme?”
Hazim cuba menyembunyikan sesuatu.

“Aku kenal kau lah. Dengar suara pun dah tau.”
Kata Alice.

Hazim mengeluh
“Ok lah aku mengaku. Aku Hyme.
Apa masalahnya kalau aku nak sekolah sini?”

“kenapa kau nak sekolah sini?”

“Sebab papa kata kalau tak nak membunuh dia ada tugas lain nak bagi aku. Dia suruh aku mengintip setiap pergerakan Ali. Dah macam spy! Lagi satu, dia kata Jangan bagitau sape² pasal hal ni.”
Hazim (Hyme) menyatakan tujuannya kepada Alice.

Nama Hyme akan ditukar menjadi Hazim sampailah habis waktu sekolah (Waktu dia tak menyamar)

Tugasan ni tak sesuai untuk dia. Cepat sangat dah kantoi”
Fikir Alice di dalam hati.
“Berapa lama kau nak sekolah sini?”

“Sampai Papa aku suruh berhenti.”
Jawab Hazim.

“Haih.. sukahati kau lah.”
Alice pergi dari situ.

“Ok bye!”
Hazim melambaikan tangan kepada Alice.

Alice hanya memandang sinis kearah Hazim

.
.
.
.
.
.
.
beberapa minit kemudian..

Hazim sedang berjalan di koridor sekolah pada masa yang sama dia mengintip Ali. Tiba-tiba ada seseorang
Menariknya dari belakang.

EJEN ALI :future chlid  (BM)Where stories live. Discover now