Chapter 2

643 35 10
                                    

Sudah tiba waktu mata pelajaran yang paling dibenci oleh Halilintar iaitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah tiba waktu mata pelajaran yang paling dibenci oleh Halilintar iaitu..subjek Matematik. Salah satu subjek yang paling dibenci olehnya selepas subjek Kimia. Kelas 5 Argon sedang menjalankan subjek Matematik yang amat dibenci semua orang. Tetapi ada juga sesetengah murid yang amat menggemari subjek matrmatik.

Walau bagaimanapun, Halilintar sering mendapat gred A dalam subjek yang paling dibencinya! Meskipun markahnya tidak sampai 90 peratus dan atas 80 peratus, tetapi bukan mudah untuk mencapai gred yang bagus didalam subjek Matematik!

Nasib baiklah Halilintar tidak pernah ponteng kelas atau sekolah. Kerana masih ada hormat, Halilintar masih lagi mengikut segala peraturan sekolah. Cuma yang menjadi masalahnya ialah tentang dirinya sendiri.

"Ish..subjek ni lagi. Kalau aku seorang bad girl, rasanya lama dah aku ponteng dari kelas ni." Gumam Halilintar secara senyap-senyap. Dirinya tidak mahu menumpukan perhatian kepada mata pelajaran tersebut. Mata sahaja memandang seakan-akan fokus, tetapi sebenarnya tidak.

"Halilintar Storm, sila jawab soalan ni." Guru Matematik bercermin mata itu terus memanggil nama penuh Halilintar untuk menyuruhnya menjawab soalan yang telah ditulis. Salah satu faktor yang menyebabkan dia memilih Halilintar adalah kerana raut wajah Halilintar yang tidak fokus kepada pelajarannya, jadi dia sengaja ingin menguji seberapa jauh kefahaman Halilintar.

Dengan wajah yang annoying, Halilintar berjalan ke hadapan papan putih dan mengambil pen marker biru dari guru tersebut. Dia memandang soalan yang ditulis di papan putih.

 Dia memandang soalan yang ditulis di papan putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Runi: Siapa yang tingkatan 5 atau keatas tu..bolehlah try jawab soalan ni. Ni pun saya cari kat google je. Tak faham langsung. 😅 TwT

Wajahnya selamba. Tangannya menulis jalan kira beserta jawapan persoalan tersebut. Kesemua pelajar kelas 5 Argon ternganga melihat tangan Halilintar yang begitu lancar menulis jalan kira beserta jawapan soalan itu. Bahkan guru Matematiknya juga sempat terbeliak matanya.

Setelah hampir 10 minit menjawab kesemua soalan tersebut, Halilintar meletakkan pen marker tersebut diatas meja guru.

"Dah siap." Usai berkata demikian, Halilintar kembali ke tempat duduknya.

Gurunya masih ternganga. Bukan kerana jawapannya salah, tetapi amat tepat! Jalan pengiraan juga tersusun baik dan rapi sekali beserta jawapan. Apa yang membuatkannya lebih ternganga ialah bagaimana anak muridnya yang satu itu boleh menyelesaikan soalan tersebut? Walhal dia langsung tidak fokus sama sekali!

"O-okey. Bagus, Halilintar. Jadi semua, apa yang dia tunjuk kat depan tadi ialah jalan kira soalan ni."

"Hmm. Soalan tu senang sangatlah." Gumam Halilintar dalam hati.

⛈⛈⛈

"Hali dah balik." Halilintar membuka kasut hitamnya dan memasuki rumah. Ibu bapanya yang sibuk melayan rancangan di televisyen, berpaling kearah anak tunggal mereka itu. Hari ini ibu bapanya agak sibuk, jadi Halilintar hanya menumpang teksi sahaja untuk ke sekolah dan pulang.

"Oh, Hali? Selamat pulang." Ucap ibunya. Beliau tadi menemani suaminya ke jamuan kerja suaminya atas jemputan. Dan mereka juga pulang 20 minit awal sebelum anak tunggal mereka pulang.

"Hmm.." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Dia ingin cepat-capat ke biliknya. Belum sempat dia menaiki anak tangga, ibunya menegur.

"Halilintar, kamu masih tak nak berubah ke? Tadi guru disiplin hantar mesej kat mak. Katanya kamu masih lagi dengam perangai lelaki kamu tu. Kenapa kamu masih susah nak berubah?" Lembut suara ibunya menegur. Selama ini, dia dan suaminya sudah bersusah payah menasihatinya supaya berubah. Namun, ianya langsung tidak membuahkan hasil.

"Mak ni, suka hati Hali lah nak buat apa." Petir kemarahan sedikit menyambar dalam dirinya. Dia segera ke biliknya yang berada di tingkat atas.

Ibunya yang dikenali sebagai Voltra mendengus letih. Suaminya, Storm dari tadi hanya senyap saja. Walaupun begitu, dalam hatinya terlihat sangat berbeza dari emosi luarannya.

"Sabarlah, sayang. Nanti lama-lama, dia akan berubah juga." Ucap Storm sambil mengusap bahu isterinya.

Voltra hanya senyap. Sampai bilakah dia mahu menanggung sikap tomboi tahap maksima anaknya itu?

☁️☁️☁️

Halilintar menghempaskan badannya ke katil bersaiz queen itu. Beg sekolah diletakkan diatas mejanya. Rasa letih pula setelah mendengar bebelan dari guru dan keluarganya.

Dia berdiri semula dari pembaringannya dan mengambil tuala mandi. Almari hitam miliknya fibuka bagi mengambil pakaian. Kalau dilihat, semua pakaian Halilintar ialah baju lelaki seperti kemeja, T-shirt, seluar slack, seluar jeans dan sebagainya. Halilintar mula berperangai tomboi sejak tamat sekolah tadika lagi. Maknanya sudah berpuluh tahun sikapnya begitu.

Halilintar kemudian keluar dari bilik menuju ke bilik mandi. Hendak bersihkan diri dari peluh.

SKIP TIME

"Aahhh! Selesanya lepas mandi.." Siap sahaja mandi dan berpakaian, Halilintar kembali merebahkan dirinya diatas katil. Laci di sebelah katilnya dibuka dan telefon jenama Samsung diambil dari situ. Halikintar membuka aplikasi Telegram untuk berbual bersama kawan-kawannya.

Lama juga mereka berbual. Hampir 1 jam lamanya. Setelah tamat berbual, Halikintar ke meja belajarnya untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah.

To Be Continued

Assalamualaikum semua. Maaf sebab dah lama tak up cerita ni...

Korang perasan tak yang kelas diorang lain-lain? Disini saya akan beritahu kelas diorang supaya korang tak keliru. Nama kelas ini diambil dari nama kelas sekolah menengah lama sebelum saya masuk sekolah asrama.

Halilintar: 5 Argon

Blaze: 5 Helium

Ice: 4 Radon

Solar: 5 Argon

Thorn: 5 Radon

Fang: 5 Helium

Gempa: 4 Argon

Gopal: 5 Helium

Ok Tataa!!! XD

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now