Chapter 8

371 24 15
                                    

HARI RABU

"Ini guru baharu kita. Aaa..Taufan, sila perkenalkan diri kamu."

Semua guru lelaki dan perempuan yang ada di bilik mesyuarat itu fokus memandang wajah rakan baru mereka. Raut wajah tampan bercampur comel Taufan menarik perhatian mereka.

"はじめまして(selamat berkenalan). こんにちわ、みなさん(Hai, semua). Nama saya Ishikawa Taufan. Saya berasal dari Jepun. Ibu saya orang Malaysia manakala ayah saya orang Jepun. Jadi saya ialah kacukan. Tapi kalau kalian mahu tahu, saya boleh berbahasa Jepun dan Malaysia dengan baik. Saya gembira berjumpa kalian." Taufan memerengkan sedikit kepalanya dan tersenyum manis. Badannya sedikit ditundukkan tanda hormat.

"Selamat berkenalan juga Taufan." Semua guru membalas ucapan ringkas Taufan.

"Baik. Terima kasih Taufan. Kamu boleh mula mengajar pada pukul 11 nanti. Kamu bawa jadual kan?"

Taufan mengeluarkan jadual mengajarnya.

"Baik bagus. Meja kerja kamu di sana ya. Selamat bertugas, Taufan."

********

"Hai Taufan! Selamat datang ke sekolah ni!"

"Kalau ada masalah, beritahu je kami."

"Selamat berkenalan!"

Meja guru Taufan dikerumun habis oleh guru yang lain. Ah maklumlah dah nama pun first day kan? Mestilah kecoh sikit. =w=

"S-Selamat berkenalan semua." Taufan gugup. Emosinya cuba dikendalikan.

"Aku dapat tahu yang kau ni muda lagi dari pengetua dan kitorang. Umur kau berapa ek?" Tanya seorang guru perempuan.

"20."

Jawapan yang pendek tetapi cukup membuatkan semua guru yanh ada disitu tersentak. 20? Biar betul! Jauh beza dengan mereka semua. Ada yang dah umur 30, ada yang umur 23 tahun keatas. Kiranya, Taufanlah guru termuda di sini.

"Wah! Kalau macam tu kamulah guru paling muda kat sini!"

Taufan tersengih sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. Agak janggal untuk sesuaikan diri di situ.

"Eheh..iya. Itu betul."

::::::::::::::

"Lepas ni kelas Bahasa Jepun kan?"

"Haah. Kenapa tanya?"

Riuh suasana kelas kerana mata pelajaran Bahasa Melayu sudah habis masa. Saki baki masa sebelum kelas Bahasa Jepun digunakan para pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah atau lain-lain.

"Tak ada apa. Saja je tanya." Jawab Halilintar sambil menyusun buku Bahasa Jepunnya.

"Saja je? Ke kau teruja juga nak masuk kelas???" Yaya menyiku Halilintar. Senyuman mengusik terukir dibibir.

Halilintar menggeram lagi. Dahi Yaya dijentik kuat.

"Tak."

"Lantak kaulah Hali...jomlah pergi. Jap lagi kelas nak mula."

Mereka berdua lalu berangkat ke kelas 5 Radon yang menjadi kelas untuk semua pelajar Tingkatan 5 yang mengambil bahasa Jepun.

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now