𝑨𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏 𝑹𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆
𝖤𝗅𝗒𝖺𝗇𝖺 𝖠𝗆𝗂𝗋𝖺 - Nama yang indah seindah rupa.Siapa sangka dia adalah syaitan yang digeruni dunia.Walaupun masih muda tapi tidak menghalangnya untuk mempunyai kekayaan yang tiada tandinga.Siapa kata wanita tidak...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pintu dibuka tanpa memberi salam mahupun mengetuk.Kakinya lantas ke ruang tamu.Badannya dihempas ke sofa.Kepala disandarkan.Erfan yang berada di sofa sebelah mengerutkan dahi.Bila masa betina ni sampai pun dia tak tahu
"Bila sampai?"Erfan menyoal bila melihat El yang tiba tiba muncul di ruang tamu bertemakan gray itu.
"Tahun lepas"sengaja dia memerli si tuan rumah.Dah tahu tanya lagi.Baru je dia duduk kan maknanya baru sampai lah.
"Kau kalau masuk rumah tak reti bagi salam ke macam mana.Ye tak pun ketuk lah dulu bongok.Terkejut aku.Ingat lembaga mana tadi masuk"Matanya kini beralih je kaca television.Faris yang baru sampai duduk di tepi Erfan
"Pintu tak kunci.Aku masuk je lah"El dengan selambanya bangun dan bergerak ke arah tangga.
"Bilik sebelum dapur!"Laung Erfan kepada El yang baru sahaja ingin menaiki tangga.Tulah pandai sangat.
El hanya menangguk dan terus menuju ke bilik yang Erfan katakan tadi.Pintu dibuka tanpa dibuka.Kelihatan seorang wanita bersama baby bump yang sedang bermain phone sambil kakinya melunjur
"Hai gemok"El terus masuk dan menutup pintu.Dia duduk di salah satu kerusi di dalam bilik bertema gray itu.
"Eish aku tak gemok lah"air mata mula bertakung.Emosi ibu mengandung.Tambah lagi El suka mengusiknya dengan kata kata yang sangat sensitif
"Memang dah gemok pun"El hanya menjulingkan matanya.Elisya bangun dan berdiri di sebelah El.Dimana depannya terletak cermin
"FAKTA....F.A.K.T.A Faktaaaaa"El galak mengusik kawan baiknya.Dia juga tahu emosi Elisya semakin tidak setabil semenjak mengadung
"Eish...ahhh....aduh....El"Bahu El dicengkam.El membulatkan matanya melihat air ketuban Elisya yang sudah pecah
"ERFAN!!!!"Nama Erfan dilaung dari bilik.Dia berdiri dan mendudukkan Elisya.Erfan yang baru sahaja muncul masih lagi tidak mengesan apa yang terjadi
"Nak a...."seketika sebelum dia membulatkan matanya
"Kenapa you kencing dalam seluar"soalan yang bodoh.Maklumlah pertama kali jadi ayah memang bodoh sikit.Faris dibelakang menahan tawa yang ingin meletus