one

6 0 0
                                    

"Pearl!"

Jeritan seseorang menghentikan langkahku.Aku berpaling melihat kebelakang.Rakanku;Lisa sedang berlari anak menghampiriku.

"Yah,pagi ni kelas Sir Jumyeon aku taknak masuk" bisik Lisa sambil memeluk bahuku.Aku hanya tersenyum sinis "Aku tahu,sebab tu aku bawak ni" Aku menunjukkam isi didalam beg sekolahku.Mata Lisa bersinar.

"Daebakk!Jom!" terus tubuhku di tariknya melawan arus untuk kekelas.

===

"Kali ni perbuatan kamu berdua memang tak dapat dirunding" Pengetua mencampakkan dua keping surat kearah aku dan Lisa.Kami sejak tadi berdiam saja selepas kantoi merokok di belakang sekolah.Sialan mane yang beritabu cikgu disiplin tu memang nak kena dengan aku.

"Kamu berdua digantung dua minggu,dah keluar" halau Pengetua selepas aku mencapai dua surat itu dan berikan kepada Lisa.

Aku dan Lisa tidak mempedulikan pengetua dan terus keluar dari pejabat tersebut sambil ketawa kecil.

"2 minggu ni,nak buat ape erk?" soalku ingin merancang bersama Lisa.Takkan nak menangis pula
"Itu kejap lagi kita pikir,jom cari budak bedebah tu" ujar Lisa nampak kemarahan yang ditahan didalan matanya.

"Beres,jom" ujarku.Kami berlalu untuk ke block junior.

===

"Kau memang tak guna,suka sangat cari masalah dengan kiteorang" Aku mengenggam kolat baju sekolah gadis yang muda setahun dari aku da Lisa.

"Pelajar macam korang tak layak sekolah dekat sinilah!" ujar gadis itu seraya mencuba melepaskan diri dari cengkaman aku.Aku merengus kasar lalu wajahnya aku tampar dengan kuat hingga dia tersungkur.

Lisa tidak banyak bicara terus mengerjakan gadis itu dengan kakinya hingga puas.Selepas itu aku dan Lisa beredar untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Esok jumpa dekat tempat biase" ujar Lisa dan aku hanya mengangguk.Lisa berlalu pergi meninggalkan aku dengan basikalnya itu.Aku juga mula mengayuh basikal untuk pulang tetapi sengaja aku singgah ke satu warung untuk minum seketika.

Malas aku ingin pulang awal.Bukannya dipedulikan pun.Bapa tiriku itu persis syaitan.Pantang melihat aku dirumah,nafsu kuda akan keluar dan akulah mangsanya sejak ibuku meninggal tahun lepas.

Aku berkawan Lisa pun kerana kami pernah didenda untuk mencuci tandas sekolah selama seminggu bersama.Perangai kami sama.Gred juga teruk.Aku takdela pandai sangat untuk belajar.

Ketika aku sedang menikmati tteoboki,seorang nenek datang dan duduk disebelahku "Maaf cu,nenek tumpang duduk sekejap" simpati pula aku melihat nenek ini dengan bajunya yang lusuh dan rambut yang  disanggul keatas."Ya nek,duduklah makan sekali sini" ajakku tetapi nenek itu hanya tersenyum sambil mengangkat tangannya tanda tidak mahu.

"Takpe nenek,nenek makan dulu saya belanja" ujarku dengan senyuman manis.Aku berjalan ke kuanter dan meminta segelas air dan kembali ke tempatku semula dan tika itu aku terkejut kerana nenek itu sudah tiada disebelahku.

Aku melihat kesekeliling,satu bayangannya tiada."Mane pula dia pergi?" aku menggaru kepala.Nak tanya orang,mane sesiapa disitu kecuali aku dan pewarung itu.Pelanggan pun tidak ramai.Pewarung itu pasti tidak nampak kerana dia dibelakang saje.

Mataku tiba-tiba tertangkap rantai yang berada diatas meja.Rantai siapa pula ni?Setahu dan sesedarnya nenek tadi tidak memakai rantai.Jadi rantai siapa pula ni?

Jadi rantai siapa pula ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ILLEGIRL||BTS||Where stories live. Discover now