Aku mencelikkan mata tatkala merasakan sesuatu yang basah dan lembab mengenai kulit badanku.Aku terkesima seketika melihat sekelilingku.
Aku di sebuah pantai tetapi ini bukan pantai ciptaan tuhan yang selalu aku lihat.Airnya bewarna merah kejinggaan.Aku bangkit dari baringan dan mendekati air laut tersebut.Aku menyentuhnya.
Dingin dan jernih.
Apa semua ni?Ape yang dah jadi?Lautan itu kelihatan tenang diiringi bunyi ombak menampar pantai.Kaki berasa sejuk dan tatkala itu aku menyedari pakaianku bertukar.Aku melihat pakaianku.Sejak bila aku menukar pakaian memakai gaun putih ini?Seperti pakaian tidur era 50an.
Aku mengundur tatkala air bewarna merah itu mendekatiku.Aku tidak mengenakan sebarang sarung dikaki.Moga-moga tidak terluka.Aku memusingkan badan untuk meneroka alam sekeliling dan liurku ditelan perit tatkala hutan belantara memenuhi ruang mataku.Hutan yang berdaun merah.Semua perkara membuatkan hati aku berdebar.Aku tidak tahu mahu membuat ape.
"Ape semua ni?aku kat mane ni?" aku menyoal sambil melihat sekeliling Tiada satupun makhluk disini kecuali aku.Aku memegang kepalaku;cuba mengingati semula perkara terakhir sebelum aku sedar disini.
Rantai tu.
Aku memegang leherku dan terasa rantai tersebut berada di leherku aku meniliknya.Takkanlah kau punca segala ini?Aku menyoal didalam hati.Mustahil sekali.Rantai ini kelihatan seperti rantai lama dan tidak berguna.
Tiba-tiba aku merasakan ada angin menerpa kewajahku.Refleks aku melihat kearah hutan yang dedaunnya memerah itu.Aku sudah berasa tidak enak.Tetapi kakiku seakan berani dengan sendiri mendekati hutan tersebut.
"Ya tuhan,tolonglah aku" aku mengenggam hujung gaun putihku lalu menyusuri hutan sunyi tersebut yang hanya dipenuhi bunyi cengkerik.Sesekali aku menoleh kiri dan kanan takut ada sesuatu yang berbahaya.
Aku tidak tahu jalan ini menuju kemana tapi aku hanya terus kehadapan.
Prakk!
Aku berhenti melangkah dan melihat kekiriku.Bunyi itu dari arah kiriku.Sifat ingin tahu aku tolak ketepi,aku perlahan-lahan meneruskan langkah sambil mata tidak henti melihat sisi kiriku.bagaiman jika itu binatang buas yang memakan daging?
tamat begitu sajalah hidup aku di alam pelik ini?
Aku segera mempercepatkan langkah tatkala bunyi yang sama itu berada dekat denganku.Oh tuhan aku taknak mati sekarang.Aku berlari tetapi dengan keadaan tidak memakai kasut kaki aku serta merta sakit dan membengkak.
"Akh!"
Aku memejam mata tatkala satu susuk tubuh berada diatasku.Nafas aku terhenti melihat haiwan berbulu dan mata bewarna jingga diatasku.Nafasnya kedengaran seperti tidak sabar ingin meratahku. "T-tolong" aku tak mampu untuk menjerit.Airmataku terus jatuh.
YOU ARE READING
ILLEGIRL||BTS||
FantasySenyuman dia yang membuatkan makhluk-makhluk itu tidak dapat bertindak kejam terhadapnya tetapi ingin memilikinya. ||SHORT STORYLINE|| ||TYPO DITECTED|| Genre;Fantasy,Dark romance[No Conflict]