Badan dihempas di atas tilam dengan jari runcing mengurut kepala terasa denyut. Lelahnya tidak habis lagi kerana terlampau banyak misi yang hendak di selesaikan.
Kingdom bawah naungan King Raler memang tidak sepatutnya. Langsung pandang remeh terhadap jenayah jikalau jenayah itu besar baru ambil tindakan. Patut sangatlah jenayah berleluasa di 'Kingdom Rler ' termasuk dirinya sekali.Pengalihan terbaharu sangat cuai dalam bidang pertahanan kingdom.
Deringan telefon tidak berhenti berbunyi mengejutkannya untuk turut bangun mencapai di kabinet.
Punat di gores. Tertera Boss Awaim.
"Hello. Ye." Jawapnya ringkas. Masih sedap baring di atas tilam.
"𝘈𝘥𝘢 𝘮𝘪𝘴𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨. 𝘋𝘪𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘨𝘶𝘴 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯. 𝘒𝘢𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘨𝘢𝘯𝘫𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳." Kata boss Awaim.
"Ye aku tahu aku bagus dalam misi. Tapi aku perlukan rehat. Penat tadi pun belum habis lagi. Fuhh geng golden mafia tadi nyaris nyaris tembak aku. Tolonglah boss. Nanti nantilah aku buat misi tu." Dia mengeluh seketikan. Mata dipejamkan nyaris nyawa diragut entah kali ke berapa.
"𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘦 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱. 𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘊𝘪𝘬 A.𝘘𝘪𝘺! 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘶𝘩. 𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘶. 𝘉𝘰𝘯𝘶𝘴 𝘱𝘶𝘯 𝘭𝘶𝘮𝘢𝘺𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳."
Aku dah terjebak dengan semua ni mana mungkin dapat undur ke belakang.
"Ye ye lah. Cakap kat tuan besar aku buat misi kali ni cuma misi yang lagi satu tu pun aku belum selesai lagi. Cakap kat dia bagi aku masa dalam sebulan lebih." Qiy menamatkan panggilan lalu telefon dicampak ke katil.
Diatur kearah komputer. Tertera maklumat tersedia mangsa dia seterusnya. Senyuman dibibir Qiy terhias.
•Maklumat Mission••Keluarga Syarikat Pasaran saham 'Vane' terbesar•
•Penjualan Senjata Haram luar kingdom•
•Persembunyian disebalik Syarikat Vane•
•Ada anak lelaki bernama Daniel Auvan berumur 26•
Mission Spy A.Qiy
- Akan diberitahu oleh Tuan Besar-
"Wauu keluarga syarikat besar. Sayang tiada siapa tahu kewujudan penjualan senjata haram kau selain daripada penjenayah dan mafia yang berurusan dengan kau. Hebat kali ni. Cabaran diterima. Musuh akan ditumpaskan." Qiy mengherotkan bibirnya. Sambil tangan mengurut dagunya seperti seorang lelaki. Walaupun Qiy perempuan berusia pertengahan 20, dia seperti lelaki berjiwa besar.
"Mummy!Niel mummy!" Daniel Auvan berlari keluar dari perut kereta berjenama king. Mukanya penuh dengan kesan lebam dan darah mengalir dari hidung. Air mata bercucuran jatuh dari mata hazelnya.
Madam Ailer Silver sudah menanti Daniel di pintu utama masuk. Perasaan gelisah menyerbu dirinya. Dikhabarkan oleh bodyguard Daniel bahawa Daniel kena belasah beramai ramai di shopping mall.
"Niel? Are you okay? Luka teruk ni!" Madam Ailer menyentuh pipi dengan perlahan. Rengusan Daniel menandakan sakit apabila disentuh.
"No mummy! No! Niel tengah tak okay sekarang! Semua perempuan jahat mummy. I jadi mangsa sekarang ni. Sampai hati!" Suaranya dikepitkan seolah suara perempuan. Tangannya menunding kearah Madam Ailer lalu menunding dirinya sendiri. Badannya lembut dan berpakaian perempuan seksi.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Dear Niel
FantasyAlva Qiy ingin membalas dendam dengan menyertai Kumpulam Mafia bernama Rebrown. Qiy berkhidmat sebagai Spy untuk kumpulan itu. Dijatuhkan semua musuh cuba mengambil kesempatan. Sesama penjenayah berbunuhan dan setiap ahli keluarga menjadi target sas...