"Boss betul ke apa yang aku dengar tadi?" Tanya Qiy masih keadaan tidak percaya dengan apa yang Boss Awaim beritahu.
"Ye. Tuan Re sendiri yang suruh bakar butik tu. Dia kata nak tengok sebanyak mana kau boleh buat." Boss Awaim orang bawahan menghubungkan Tuan Re dengan pekerjanya. Tuan Re mempunyai pelbagai cawangan khas polis. Memang Tuan Re selalu menukar identiti diri.
"Kalau aku tak dapat mesti aku kena teruk dengan Tuan Re. Aku rasa bersalah dengan orang awam jadi mangsa dalam kebakaran tu. Kita menjatuhkan musuh bukan bunuh orang awam." Qiy paling benci melibatkan orang yang tak bersalah.
Boss Awaim bangun dari kerusinya. Malas layan dengan kerenah Qiy yang langsung tak masuk akal. Dah kerja mafia macam ni memang kerja membunuh tak kira lah orang awam sekalipun.
"Dah lah malas aku layan kau. Baik kau jalan kan misi ni sampai berjaya. Aku dengar misi kali ni bukan misi biasa yang selalu kau buat.Matikan musuh sebelum kau mati."
Qiy mengeluh perlahan. Tuan Re memang tak ada hati perut suka hati mengawal sistem yang dipasang. Febian melabuhkan punggung di sebelah Qiy.
"Kau okay tak ni? Aku tengok serius sangat je dengan boss tadi." Febian sesama rakan kerja jenayahnya dan merangkap kawan baik.
Qiy menoleh sekilas kearah Febian. Febian hanya menampakkan sebaris giginya.
"Aku tengah marah sekarang ni boleh pulak kau senyum kerang busuk." Pelipis nya diurut.
"Lah aku senyum pun salah. Tak payah lah marah sangat macam kau tak biasa pulak dengan Rebrown ni. Alah setakat bunuh orang awam je pun. Bukan masalah besar bagi Rebrown ni."
"Apa apa je lah. Kau pun sama macam diorang."Qiy mengetuk kepala Febian dengan beg nya.
"Woii sakit lah! Beg kau tu keras macam batu. Habis kepala hensem aku ni." Febian mencebik.
××××××××
Kaki sebelah kanan diangkat tinggi bersama tangan kiri diangkat ke atas. Ada yang sudah terjatuh kerana tak dapat menampung berat badan. Ada jugak tayang muka malas . Ada yang merungut dalam diam.
"Okay letak kaki kanan ke bawah. Dan angkat pulak kaki kiri ke atas lepastu angkat tangan kanan ke atas." Daniel mengetuai senaman pagi bersama pekerja nya. Sudah jadi rutin pagi bersenam bersama. Tapi itulah sampai dah muak sebab ulang senaman yang sama.
Ke sebelas mereka mengikut arahan Daniel.Ketika itulah ramai memberi alasan yang sama. Ada aja hendak mengelak.
"Tuan Niel.Saya nak terkucil pulak. Aduh tak tahan. Saya pergi dulu." Zyn berlalu pergi dari situ tanpa anggukan Tuan Niel. Dia dah biasa buat bergitu apabila bersenam.
"You all. Tak nak pergi tandas atau buat benda lain kan?" Daniel menoleh kebelakang. Kesemua mengangkat tangan. Muka semua minta simpati atas alasan bakal dituturkan.
"Tuan saya lupa yang saya ada kerja."
"Tuan saya pun sama."
"Tuan Niel saya sibuk sikit lah hari ni."
"Tuan-"
Daniel merenung tajam kearah pekerjanya. Nak potong gaji ye. Buat buat lah tuan kau macam ni.
"Tak pe kalau semua ada kerja boleh pergi. Kalau ada yang tipu I. Siap ya korang semua. I potong gaji." Daniel mengenakan baju sukan wanita dan mengikat rambut pendek . Tak lupa jugak sun block di pakai. Kulit sensitif perlu di jaga.
Kesemuanya sudah pecut keluar dari padang itu. Wajah dengan bayang langsung hilang. Kurang asam punya pekerja.
××××××××
Dia melangkah masuk perkarangan rumah mewah sebaik pintu pagar terbuka sendiri. Mula mula terperanjat lah sikit tiba tiba pintu pagar terbuka sendiri. Tapi disebabkan dia terfikir pintu automatik jadi buat apa terkejut. Biasalah orang kaya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Dear Niel
FantasiAlva Qiy ingin membalas dendam dengan menyertai Kumpulam Mafia bernama Rebrown. Qiy berkhidmat sebagai Spy untuk kumpulan itu. Dijatuhkan semua musuh cuba mengambil kesempatan. Sesama penjenayah berbunuhan dan setiap ahli keluarga menjadi target sas...