Episod 2

7 2 3
                                    

Diambil dan diletak kan kembali pen berkali kali. Perasaan bosan menunggu client yang sudah dua jam tidak nampak batang hidung.Ikut kan hati nak saja Qiy balik namun disebabkan client kali ni nak bayar mahal. Duit masyuk jangan ditolak.

Tanpa disedari kerusi di depan terus di duduk oleh perempuan tersebut iaitu client nya. Wajah client itu tanpa bersalahnya tersenyum. Qiy memandang sinis. Eh perempuan ni harap je muka cantik tapi adab tak de.

"Cik dah isi semua borang online kan. Jadi saya nak tahu lebih terperinci lelaki idaman cik.  Tentang kesemua yang cik nak dari dia. Saya akan buat terbaik untuk bayaran kali ni." Nak tak nak Qiy bersikap sopan. Ye lah nanti melepas pula duit bayaran.

"Okay saya nak lelaki yang unik dari yang lain. Dari segi badan saya nak- yang buncit. Lepastu saya tak nak yang buncit gemuk tapi saya nak yang kurus kering tapi buncit. Nampak seksi gitu. Dan yang paling penting dia cokelat manis. Aumm!" Perempuan itu sudah macam orang tak betul.

Buncit? Lepastu kurus kering? Cokelat manis? Mana nak cari. Pelik betul taste kali ni.

"Ke cik nak yang ada sakit cacing . Sebab yang buncit tapi kurus kering selalunya ada cacing. Tu bukan nya seksi dah tu."

Wajah nya berubah." Suka hati saya lah. Nak orang macam mana sekali pun.Awak buat je lah ker-" Sebelum habis kata perempuan itu. Pintu dirempuh oleh tiga orang wanita. Qiy tersentak melihat wajah client yang pernah berurusan dengannya kembali dengan wajah bengis. Mesti ada yang tak kena. Mati!

"Maaf Cik Alaura. Saya dah kata ada client dalam ni . Tapi diorang rempuh juga."Wajah setiausaha turut takut memandang ketiga wanita itu. Qiy melepaskan keluhan dan angguk perlahan menanda tak apa. Lalu setiausaha melangkah keluar dari pejabat Qiy kini tinggal lah mereka berlima.

"Ada apa ye cik-cik sekalian. Bukan semua sudah berpuas hati dengan pasangan masing masing." Ketiga itu menghampiri Qiy. Client yang seorang itu duduk masih terkaku.

"Apa ni? Aku nak yang setia bukan curang!" Rungut badan besar itu.

Seorang lagi mara kehadapan. Badan nya ramping. " Ye I pun sama . Dia lebih rela pilih lelaki yang perasan jadi perempuan tu dari I yang cantik macam model. I tak faham langsung." Mukanya masih keadaan marah. Gay ke? Tak tahu pula lelaki tu gay.

"Dan saya pun sama. Semua lelaki kitaorang Niel yang rampas dari kitaorang. Saya nak tuntut balik semua duit saya. Saya tak kira." Qiy sudah mengurut dahi. Pening.

"Dalam penjanjian semua tidak boleh dituntut apabila dah lebih dari sebulan. Lain kali baca surat penjanjian dulu. Dan bukan masalah saya sebab kesemua pasangan korang curang. Hari tu korang juga cakap pasangan eloklah. Hensem lah. Services baik lah. Tiba tiba pulak."Panas hati Qiy. Lantaklah kena hentam berjemaah sekalipun.

"Kau memang nak cari pasal dengan kitaorang. Kitaorang geng gangster zaman sekolah dulu." Client tadi sudah pecut keluar. Ketiga itu mula merenggangkan badan. Qiy menelan air liur.

                     • ~•~•~•~•~•~•~•
"Mummy.Rindunya mummy ni." Daniel meletak kepala di atas peha madam Ailer. Madam Ailer tengah menonton telivisyen diatas sofa terkejut melihat Niel bergitu. Bukan selalu Daniel bermanja dengannya. Kalau manja macam ni selalunya mesti inginkan sesuatu. Rambut Daniel dielus perlahan.

"Niel kenapa sayang?" Daniel mendongak sekilas kearah Madam Ailer. Dia menggeleng kepala.

"Niel nak manja dengan mummy." Mata dipejam kembali. Daniel memang suka bermanja lebih lagi dengan Madam Ailer. Kasnuah langsung tiada niat untuk bertegur apatah lagi bermanja. Perangai daddy nya sentiasa sibuk membuatkan Daniel menjadi tak suka akan daddy nya sendiri.

My Dear NielWhere stories live. Discover now