Lensa kamera pantas bekerja. Lampu yang berkelip dari flash kamera memeriahkan suasana. Gedung BookXcess di Setia Alam, Selangor dibanjiri manusia. Mungkin ada yang datang dari jauh, atau mungkin rumah mereka di sekitar itu sahaja. Tiada yang tahu. Namun dalam barisan yang panjang ini, bergaul lelaki dan perempuan tidak kira tua dan muda, tujuan mereka adalah sama. Terima kasih kepada media massa kini,cepat sahaja berita tersebar. Di hujung barisan sana, terlihat seorang wanita yang sedang menanda tangan sebuah novel demi novel. Pipinya yang lenguh tersenyum setiap kali diminta untuk bergambar ditahannya sahaja.
"Kita sekarang berada di acara sesi tanda tangan bersama Dian Jaunah atau turut dikenali sebagai teacher Dian di sebuah Gedung BookXces, Setia Alam, Selangor. Dian yang pernah viral sejak beberapa tahun yang lalu semakin bertambah peminatnya. Bukan sahaja kerana rupa yang cantik dan berperwatakan yang ceria sahaja berjaya mencuri minat orang ramai, namun setiap karya yang dihasilkannya juga turut berjaya menempah tempat dalam hati kita. Bersama dengan saya hari ini Wida Hartini dari Gbuzz, mari kita dapatkan Dian." Wanita muda yang sedang tersenyum manis dihadapan kamera terlihat kemas.
"And.. Cut!" Tegas suara lelaki dari belakang kamera mematikan senyuman Wida dan kamera yang ditatapnya juga dialihkan.
"Ok Wida. Sekarang kita cuma perlu curi masa Dian sekejap lepas semua ni settle. Habis pukul berapa semua benda ni?" Lelaki itu melihat jam tangannya yang menunjukkan pada 4.53 petang.
"Pukul 5 or 5.30. Lebih kurang ah." Jawabnya acuh tak acuh sambil melihat barisan yang masih panjang. Keluhan dilepaskan sedikit. Mungkin akan lebih lama.
Dari kejauhan Wida bertentangan mata dengan seorang wanita yang sedang berdiri di samping Dian. Senyuman dan anggukan kecil saling bertukar. Wida berpaling semua kepada dua orang lelaki bersamanya itu, "Jom, kita tunggu dekat café sebelah." Mereka bertiga mengangguk tanda setuju dan kaki mula melangkah keluar dari kesesakan manusia.
Beberapa minit berlalu. Wida menatap telefon bimbitnya. 'Dian maybe lambat sikit. Sorry.' Pesanan ringkas itu dibiar tidak berbalas seketika. Namun jarinya pantas menaip, 'It's ok. We'll be waiting here.' Jam yang berada di skin telefon memaparkan jam yang menunjukkan 5.44 petang. Dia menarik nafas dan menghembus perlahan.
"Ammar, kau nak order anything tak? Tekak aku ni sunyi dah ni." Wida tersengeh menunjukkan berisan giginya.
"Haa, kau nak apa?"
"Iced Caramel Machiato. Besar eh." Kad hulurkan pada Ammar.
"Nak order apa-apa tak untuk Encik Hadfiz sekali?"
"Tak payah ah. Aku rasa tinggal kita dua ja ni. Kalau kau nak beli apa-apa, pakai je lah kad tu sekali."
"Memang itu pun aku nak buat." Gelak kecil Ammar masih berbaki dalam setiap langkahnya menuju ke kaunter. Hujung jari Wida mengetuk perlahan sambil melihat ke luar dinding kaca café.
"Assalamualaikum."
Suara lembut yang menyapa mematikan lamunan Wida. Dia pantas berdiri dan menghulurkan tangan. Salam disambut mesra. Senyumannya mula terukir. Mereka berdua berbual kosong sementara menunggu Ammar tiba dengan pesanan mereka. Kata maaf dari Dian sebagai pembuka bicara atas kelewatannya di terima dengan terbuka. Wida tidak mahu memanjangkan cerita. Dia hanya mahu melakukan soal jawab ini dan pulang ke rumahnya sahaja. Ammar yang datang membawa dulang plastik tergesa-gesa meletakannya di atas meja dan terus bersiap sedia dengan kameranya.
"Boleh kita mula sekarang?" Wida memandang Ammar dan Dian yang saling mengangguk kecil. Isyarat tangan ok dari Ammar menandakan dia sudah mula merakam. Wida terus melihat skrin telefon bimbitnya. Terdapat beberapa soalan yang telah sedia tersenarai.
"Boleh Kak Dian cerita sikit mengenai karya baru Kak Dian kali ni?" Wida terus memulakan sesi soaln jawabnya. Tidak mahu lagi dia membuang masa.
"For Life or Love ni, seperti yang ramai dah sedia maklum tidak lebih dari sekadar sebuah diari kehidupan cinta saya yang lepas. Saya rasa kita seolah-olah dipaksa untuk belajar mengenai kehidupan melalui pelbagai jalan termasuklah kisah percintaan yang kita lalui. Macam-macam proses yang kita lalui untuk bangkit semula dari hati yang dah patah. Tapi bila kita tengok balik berapa lama kita berada dalam setiap satu fasa yang kita lalui itu, akan bagi kita banyak kelebihan." Dian tersenyum.
" Ramai yang menjangkakan bahawa novel Kak Dian kali ini akan jadi novel yang terlaris, tetapi Kak Dian sendiri menganggap karya Kak Dian kali ini tak lebih dari sekadar diari semata-mata. Adakah ini level marketing yang lain atau memang ada real stories yang terselit?" Soalan yang muncul tidak tertulis dalam mana-mana senarai yang telah dia sediakan. Dian tenang dan hanya tersenyum.
"Kalau kita perhatikan, ada tujuh fasa ketika kita sedang bersedih. Ke tujuh-tujuh fasa ini saya sampaikan dalam penulisan saya. Bila perkataan diari yang saya gunakan, mestilah kita akan tulis about our own life in our own diary. Kalau ada yang anggap ini sebagai marketing yang saya gunakan, terserahlah. Apa yang saya tulis dah tercetak, dan itulah sebahagian dari memori saya."
Wida tersenyum mengangguk, "Boleh Kak Dian share sikit apa tujuh fasa yang Kak Dian sampaikan dalam karya kali ni?"
"Fasa yang pertama yang kita akan lalui adalah kejutan. Bukan kejutan macam surprise birthday tu, tapi terkejut dengan situasi yang kita masa tu." Kedua-dua wanita yang duduk saling berhadapan ini tergelak kecil. Dian menyambung kembali biacaranya, "Benda yang buat kita terkejut sangat-sangat bukan bila kita tak expect benda tu nak jadi, tapi bila kita tak mahu terima dan tak mahu get ready dengan benda yang kita dah expect tu." Dian tersenyum.
Mata wartawan muda di hadapannya direnung dalam. Kotak fikiranya mula melayang. Keluar suara yang terngiang-ngiang dari memori silamnya. "Aidin tu dah pasang ramai Dian. Kau reject bila dia ajak kahwin, dia ada spare part lain yang dah ready nak kahwin." Tak dapat dia terima kenyataan itu. Bukannya dia tak mahu berkahwin. Tetapi dia belum bersedia. Dia masih muda. Baru sahaja menyambung pelajaran ke tahap diploma.Cita-citanya masih belum tercapai. Setelah hampir dua bulan putus hubungan yang dibina selama bertahun sejak dibangku sekolah lagi, dia menerima berita pertunangan Aidin. Dia tidak beriak. Tiada emosi yang tersalur pada jiwanya. Terasa kosong. Semakin mengejutkan dirinya apabila Aidin sanggup menghantar kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada hujung tahun itu juga. Apa dia jadi pak sanggup ke? Atau dia buntingkan anak dara orang? Nauzubillah. Nampak sangat gelojoh nak berbini.
"Dian kata sayangkan Aidin, tapi bila ajak kahwin tak mahu. Apa yang Aidin boleh buat? Aidin rasa sudah lebih dari sedia nak dirikan masjid bersama."
YOU ARE READING
DIAN JAUNAH
RomanceDian Jaunah. Seorang guru yang pernah viral di media massa dan juga seorang penulis novel yang pastinya mempunyai barisan peminat yang panjang. Karyanya yang bertajuk For Life or Love ini, sedang hangat diperkatakan dek kerana ianya merupakan coreta...