3

13 3 0
                                    

Aku dan Adli tiba di sebuah taman untuk membantu dia merakam video buat tugasannya. Selesai sahaja segala kerja, kami berdua pergi mendapatkan makan di café dan kebetulan di sana juga aku terserempak dengan kawan-kawan Adli, Haziq dan Fairuz. Kami berempat makan bersama. Di hujung mata aku seringkali tertangkap Haziq yang sudah beberapa kali memandang aku dengan riaksi yang sukar aku fahami. Mungkin perasaan aku sahaja. Kami berempat berpecah membawa haluan masing-masing pulang ke kolej. Namun aku melangkah ke koperasi sendirian. Keluar sahaja dari koperasi aku bertembung dengan Haziq.

"Dian. Aku nak tanya sikit boleh?" Langkah aku terhenti. Aku berpaling melihat raut wajah Haziq yang tidak senang. Kenapa ni?

"Berapa lama dah keluar dengan Adli?" Dahi aku pula yang berkerut dengan pertanyaan yang muncul. Haziq menyambung semula katanya apabila melihatkan aku yang masih berdiam diri.

"Adli tu memang suka melayan perempuan sana sini. Tapi dia tu dah ada girlfriend. Tahu kan?" Aku menelan air liur yangtersekat di kerongkong. No! Tak mungkin kalau dia dah ada girlfriend, kenapa dia masih ada masa untuk aku? Aku menafikan kenyataan yang baru sahaja aku terima. Melihatkan aku yang kaku, Haziq mula memanggil aku. Mengheret semula ke dunia nyata. "Dian?"

"Hah? Ya. Aku dengan Adli tu kawan biasa ja. Tak lebih pun. Dia pun tak ada cakap apa-apa. Biasa je lah." Sekali lagi aku menidakkan kenyataan. Pahit aku terasa setiap udara yang aku sedut. Terasa bodoh. Sepanjang aku berjalan pulang, aku hanya memikirkan hakikat yang baru sahaja terima. Tak terhadam dalam fikiran aku. Sepanjang semester ini, tak pernah pula aku melihat dia dengan mana-mana perempuan yang berkemungkinan menjadi kekasih hatinya.

Langkah kaki aku membawa aku di muka pintu bilik. Petang sudah berlabuh. Sunyi sahaja rumah ini. Namun Sofia masih berada di hadapan komputer ribanya. Aku berdiri tanpa kata di belakangnya sehinggalah Sofia terkejut dengan kehadiran aku. "Kenapa ni?" Suaranya berbunyi risau melihatkan Dian yang sentiasa ceria, tiba-tiba sahaja senyap tanpa kata. Muka aku tidak beriak.

"Sofia.." panggil aku dengan sedih.

Aku mula meluahkan isi hati. Betapa aku rasa tidak percaya dengan hakikat itu dan betapa aku rasa marah dengan diri sendiri kerana terlampau bodoh. Terlalu naif. Lama aku cuba menerima semua ini. Namun hati aku kuat menafikan dan menolak untuk percaya. Dua semester sudah berlalu, aku masih dengan penafian kukuh di hati. Sehinggalah di hari graduasi diploma, aku melihat gambar Adli bersama seorang perempuan lain yang saling berpelukan mesra. Lama aku merenung kosong ke hadapan.

Ammar mencuit bahu Wida. Mereka berdua melihat pelik dengan riaksi Dian Jaunah yang termenung jauh. "Kak Dian?" Lamunan Dian terhenti dan tertawa kecil. Ah, semua itu itu cerita monyet. Hati dan jiwa masih mentah. Tawa yang terbit seolah-olah memerli diri sendiri.

"Maaf. Di mana kita tadi? Oh ya! Fasa yang ke empat pula adalah fasa di mana kita rasa emosi kita naik turun seperti roller-coaster. Sekejap marah, sekejap sedih. Kita akan jadi confused, dan dari fasa ini jugalah yang akan membawa kita kepada fasa penerimaan." Senyuman Dian di sambut dengan segaris senyuman dari Wida sekadar membalas tanpa sebarang rasa. Fasa ini jugalah yang menikam hatinya dengan sangat kuat, meninggalkan sejarah parut di hati dalam tempoh yang lama.

"Happy Birthday Dian Jaunah, may Allah bless you always! Stay pretty" kata Hani kepada aku iaitu salah seorang kawan rumah aku merangkap kawan baik aku sepanjang aku di UPSI. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku dan ketika ini aku masih berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Masih sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang mengejar segulung ijazah pendidikan. Cita-cita ku untuk menjadi seorang pendidik, akan aku capai dan gembirakan orang tua aku yang berada di kampung. "Terima kasih Hani, InshaAllah Aamiin." Aku menahan sebak yang bergetar di balik suara.

Air mata yang mengalir setitik dua, di seka perlahan dengan hujung jari. Tahun ini, aku tidak dapat menyambut ulangtahun kelahiranku bersama keluarga tercinta tetapi hanya Allah yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku apabila diberi nikmat kawan-kawan yang cukup baik dan sentiasa ada susah dan senang sepanjang aku di Tanjung Malim.

"Terima kasih semua!!!" terkeluar juga suara aku yang masih menahan sebak. Air mataku laju mengalir di pipi semula.

Hari berganti hari. Begitu juga minggu dan bulan. Aku hanya menjalani kehidupan dalam serba sederhana dan aku tetap gembira. Tenangnya hati biarlah aku sahaja yang merasa. Pada satu petang di pasar malam aku yang berjalan mencari makanan tiiba-tiba sahaja aku dilanggar oleh seorang lelaki dan makanan ditangan aku jatuh diatas jalan tar. Bibir mencebik sedih melihat rezeki yang tertumpah.

"Allahuakbarr !!! Sorry-sorry saya tak sengaja. Awak okay?" kata lelaki itu kepadaku dengan eksperasi muka yang risau.

"Takpe, saya okay" jawabku ringkas kepadanya.

Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi. Hati yang berdebar dapat aku rasakan. Bagai nak pecah dada aku menahan. Perasaan aku semakin tidak tentu hala. Tiada lagi nafsu untuk aku membeli dan aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Sesampainya aku di rumah, terus aku membawa diri untuk mandi dan solat maghrib. Fikiranku melayang dek kerana kejadian yang berlaku di pasar malam tadi.

"Dian, kau tak nak makan ke? Aku ada beli apam balik kan tadi?" Kata Hani kepadaku.

"Tak nak la Hani, takpe. Makan je lah dulu." Balasku ringkas kepada Hani.

Isnin bertemu kembali dan aku kembali sibuk dengan jadual kelasku yang sangat padat. Hari ini aku berada di fakulti bahasa sepanjang hari. Namun, hari ini juga hati aku kembali ceria melihatkan lauk kegemaran aku iaitu sambal tempe dan ayam masak kicap.Senyum panjang aku ketika mengambil makanan itu. Sedang aku makan di sebuah meja kosong bersama rakan-rakan yang lain, datang seorang lelaki duduk di bangku berhadapan denganku.

"Dian Jaunah kan?" kata lelaki itu kepadaku disaat aku memandang wajahnya.

Aku cuba untuk mengingati lelaki itu. Ya! Dia lelaki yang sama yang melanggar bahu aku di pasar malam tempoh hari. "Dian, kalau aku nak nombor telefon kau boleh?" kata lelaki itu kepadaku. Muka aku terus berkerut dengan permintaannya. Tiada adab! Aku hanya tersenyum dan segera menghabiskan saki baki makanan dan terus bangun berlalu dari situ. Tak kuasa aku nak melayan.

3minggu berlalu. Betapa gigihnya hati lelaki ini untuk mendapatkan nombor telefon bimbit aku, hingga ada sahaja hari dia datang berjumpa dengan aku tanpa gagal. "Nah, ambil ni." Kertas kecil yang terlipat diletakan dia atas meja. "Haihhhh rimas aku dibuatnya dengan kau ni. Dah jangan kacau aku." Aku melangkah pergi meninggalkan lelaki itu bersama sekeping kertas dan telefon bimbit di tangan yang laju menaip sesuatu.

Ting,ting !! bunyi telefon bimbitku tanda ada notifikasi dari aplikasi Whatsapp. Sambil berjalan aku melihat notifikasi itu dari nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum, Dian Jaunah?"

Aku pun membuka mesejitu. Senyuman meleret hingga ke hujung telinga. Muka yang memerah terasa hangat dengan haba.

DIAN JAUNAHWhere stories live. Discover now